Jarey Cat Lovers

Jarey’s Cat On The Blog

Belai Si Comel Bersama Friskies – Episod 1 Mei 18, 2009

Kepada sesapa yg ketinggalan dari menonton rancangan Meow! Belai Si Comel Bersama Friskies setiap Sabtu di TV3 disebabkan oleh bekerja atau tidak mempunyai masa sesuai, disini Jarey kongsikan link YouTube utk kita sama2 menonton rancangan ulangan secara online, terima kasih buat user YouTube yg bergelar belaiSiComel kerana mengupload video2 tersebut untuk dikongsi bersama, yeayyyy!! :)

Episod1 :

 

Cat Of The Week – 13 Mei 4, 2009

catoftheweek13-chucky

Nama : Chucky
Baka : DLH (Domestic Long Hair)
Umur : 7 bulan++
Jantina : Betina
Makanan : Iam’s, RC Kitten
Tabiat : Sangat pemalu, bersembunyi dibawah kerusi/meja sekiranya ada tetamu datang.
Kegemaran : Suka melepak di kaki tuannya serta gemar bermain2 dengan tali, bola dan cahaya lampu suluh.

Sekali lagi tahniah buat Is (ahemm.. ahemm)! :)

email ke : jareyj@gmail.com utuk kucing anda masuk ke Cat Of The Week dan pastikan gambar jelas dan terang, berserta butir2 kucing anda yang lengkap..

 

IOI Mall – CFA 2nd International Cat Show 2009 April 23, 2009

cfa-2nd-internationalcatshow2009-ioimall

IOI Mall – CFA 2nd International Cat Show 2009
Tempat: IOI Mall, Bandar Putra Kulai, Johor
Tarikh: 30 – 31 Mei 2009
Masa : 10.00 pagi – 5.00 petang
Juri : Ms. Pam Delabar (AB), Ms. Carolyn Lyons (AB)
Yuran :
Pedigree – All Entries RM40 / RM80
Household Pet – All Entries RM25 / RM 50 (HHP Entry Limit – 25 cats)

Kepada sesapa yang bertandang atau singgah ataupun limpas di Johor hujung bulan Mei ni, datang2 lah ke IOI Mall jenguk cat show yang akan berlansung.. ;)

 

Cat Of The Week – 12 April 18, 2009

13-catoftheweek-ratu

Nama : RATU
Baka : DLH (Domestic Long Hair)
Umur : 2 bulan++
Jantina : Betina
Makanan : Science Plan & Tuna (Premium)
Tabiat : Suke mengigit kaki sure yg selalu jadi mangsa owner dielah, suka menetap kat toilet, suke air-cond kalau tidur nak atas katil jer kalo tempat lain sure tidur sekejab, Kuat main sambil gedik2 gitu & sangat manja.

Tahniah buat are_u 3193! Seekor kitten yang comel berbulu hitam. Hmmm.. Ratu ni kecik-kecik suda pandai manja-manja gedik haa. Apa apapun Tahniah sekali lagi.. :)

Kepada semua pembaca2 yang masih belum menghantar gambar kucing kesayangan anda, bolehlah email ke jareyj@gmail.com dan pastikan gambar anda jelas, terang, berserta butir2 kucing yang lengkap..

 

Merawat Jangkitan Fungus Pada Kucing April 10, 2009

Hi semua!! Yeehh.. Jarey kembali :)

Terlebih dahulu terima kasih diucapkan buat semua pembaca2 blog serta comentar2 yang cukup setia pada blog jareycatlovers diatas semua sokongan dan sumbangan anda!! saaaaayang korang! Kali ini Jarey ingin berkongsi serba sedikit pengalaman Jarey dalam merawat jangkitan fungus pada kucing.

Pertama sekali kita mesti tahu apa itu fungus..

Apa itu Fungus?
Secara ringkasnya Fungus adalah sejenis kuman yang sangat halus pada pandangan mata kasar manusia dan hidup menumpang bersama haiwan peliharaan anda. Fungus boleh mengakibatkan jangkitan kulit ke atas kucing secara berperingkat dan jika tidak ditegah dengan teliti, fungus akan merebak ke keseluruhan anggota badan kucing anda.

Apabila ini berlaku, jangan biarkan kucing anda tanpa sebarang rawatan susulan seberapa segera. Mengikut pengalaman Jarey, terdapat beberapa cara mudah untuk anda merawat jangkitan fungus ni..

Salah satu cara tersebut ialah dengan menggunakan ubat gel anti fungus yang betul. Jarey menggunakan gel anti fungus berjenama ‘Natural Pet’ yang boleh didapati dari kedai2 pet shop berhampiran (kemungkinan tidak di semua kedai pet).

naturalpet-antifungalgel

Ini adalah salah satu gel anti fungus yang sangat2 berkesan, dengan harga dari RM30 – RM40, anda sudah boleh tersenyum apabila melihat hasilnya yang berfungsi merawat jangkitan dengan baik selama 24 jam selepas setiap sapuan. Manakala hasil keseluruhan boleh dilihat dalam jangka masa 1 ke 2 minggu. (bergantung pada jenis baka kucing)

Cara menggunakan :
- Sapu gel ‘Natural Pet’ anti fungus dengan rata pada anggota badan kucing yang terdedah dengan fungus.
- Boleh dilakukan dua kali sehari (pagi dan petang/malam)
- Gunakan glove/sarung tangan ketika menyapu gel ke atas kucing yang berfungus

Manakala alternatif yang lain pula, Jarey mencadangkan supaya kucing anda diberi suntikan anti-fungus yang betul. Suntikan ini anda boleh dapati daripada klinik kesihatan haiwan (biasanya dari klinik kerajaan) serta vertinary2 yang berdaftar.

suntikan-antifungus

Dengan sekali suntik yang berharga dari hanya RM10, suntikan anti-fungus ni boleh bertahan sehingga 30 hari dalam badan kucing anda untuk melawan sel2 fungus2 tersebut. Pastikan jarum suntikan di rendam air panas selepas digunakan dan jarum tidak terdedah (patut ditutup rapi) sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

Kesimpulan :
Berikut adalah antara langkah2 alternative bagi anda yang mempunyai masalah untuk merawat fungus berdasarkan pengalaman Jarey.

Walau bagaimanapun cara anda merawat fungus pada kucing, Jarey tetap berpendapat adalah lebih baik sekiranya kucing anda setiasa bersih dan dijaga rapi dari sebarang kuman dan kotoran.. kerana ‘mencegah itu lebih baik dari merawat’ betul tak???

Till we all berjumpa lagi di article akan datang!! :)

 

Cat Of The Week – 11 Mac 18, 2009

11-catoftheweek-polar

Nama : Polar
Baka : DLH (Domestic Long Hair)
Umur : 1 Tahun
Jantina : Jantan
Makanan : Royal Canin

Tabiat : Kuat main, ngorat kucing betina jiran sebelah (almaklumlah handsome!), gemar berkepit di kaki tuannya, sangat pintar serta penyayang.

Polar adalah nama panggilannya di bandar, kalau di kampung di gelar si Pol, sangat femes dikalangan kucing2 betina dikampung (cewahh!!)

Tahniah buat Is! :) (ahemm.. ahemm) Ini sudah macam kucing playboy nih ye, ramai peminat pulak tu, he! he! Apapaun syabas..

Kepada semua pembaca2 yang masih belum menghantar gambar kucing kesayangan anda, bolehlah terus email ke jareyj@gmail.com dan pastikan gambar anda jelas, terang, berserta butir2 kucing yang lengkap..

 

Kucing Berdengkur? Mac 12, 2009

Difailkan di bawah: Video — jareyj @ 9:54 pm

Haa.. nak tau bagaimana kucing berdengkur.. tengok nih!

 

Cat Of The Week – 10 Februari 18, 2009

10-catoftheweek-dale

Nama : Dale
Umur : 5 bulan
Jantina : Jantan
Makanan : Iams
Tabiat : Makan, makan dan makan!

Tahniah buat pengirim yang bergelar Kuat Gagah! :) Kuat betul Dale makan ye, sampai hobinya pun makan, makan, maaaaakan ja. Apapaun tahniah sekali lagi..

Kepada semua pembaca2 yang masih belum menghantar gambar kucing kesayangan anda, bolehlah terus email ke jareyj@gmail.com.

 

Meow! Belai Si Comel Bersama FRISKIES Februari 16, 2009

meow-belai-si-comel-bersama-friskies

Bermula 21 Mac 2009, kita akan dapat menonton rancangan terbaru terbitan TV3.. rancangan program realiti kucing terbaru yang pertama di Malaysia. Rancangan ini boleh dikatakan sangat ditunggu-tunggu oleh semua peminat-peminat kucing, termasuklah Jarey sekali..heh! heh! Menawarkan hadiah utama sehingga RM10,000 (Waaah! buleh beli maine coon dah nih!) dan hadiah saguhati RM500 serta barangan kucing produk FRISKIES®.

Tujuan utama program realiti ini diadakan adalah untuk memberi tumpuan kepada kucing dan peserta perlu menunjukan kasih sayang dan kemahiran memelihara kucing kesayangan mereka. Uji bakat telah pun dijalankan di Giant Stadium Shah Alam dan Kota Damansara pada 7 – 8 dan 14 – 15 Februari yg lalu. Sama-samalah kita tunggu episod pertama rancangan Meow! Belai Si Comel Bersama FRISKIES pada 21 Mac nanti, jangan lupa ya bermula 12.30pm di TV3..

 

Cat Of The Week – 09 Februari 11, 2009

09-catoftheweek-hunny

Nama : Honey
Baka : DLH
Jantina : Betina
Makanan : Frieskies
Tabiat : Menangkap cicak, bermain dengan bola serta tidur.

Tahniah buat tuan punya kucing, Azie Azizah! :) haa kalau ada kucing baru jangan lupa email gambar lagi yek! Tapi pastikan gambar terang dan jelas okay!