Jarey Cat Lovers

Jarey’s Cat On The Blog

Apa Itu Vaksin Pada Kucing? September 11, 2007

Difailkan di bawah: Kesihatan Kucing — jareyj @ 12:00 am

Pernah dengar VAKSIN? Ok! begini.. vaksin adalah sejenis virus yang dilemahkan untuk membantu memberikan antibodi kucing supaya mendapat memberi perlindungan daripada penyakit. Tapi tidak semestinya setelah mendapat suntikan vaksin kucing tersebut bebas daripada penyakit. Namun, penyakit yang menyerang biasanya tidak akan menyebabkan kematian.

an-159-feline-aids.jpg

Biasanya kucing yang berumur 8 – 9 minggu boleh mendapat suntikan vaksin. Ini kerana antibodi yang di terima melalui susu induknya tidak lagi kuat. Tetapi tidak semua anak kucing yang sudah mencapai umur yang sepatutnya mendapat vaksin boleh di berikan suntikan vaksin, ini kerana badan mereka tidak semua 100% normal dan kuat.

Jadual vaksinasi kucing :
Umur 8-9 minggu

  • Pemeriksaan umum
  • Vaksinasi TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)
  • Pemberian ubat cacing

Umur 12-14 minggu

  • Pemeriksaan umum
  • Vaksinasi ulangan RICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)

Umur 20 minggu

  • Pemeriksaan umum
  • Vaksinasi Rabies

Selepas itu bolehlah anda membawa kucing peliharaan anda setahun sekali untuk mendapat rawatan dan suntikan vaksin. Vaksin perlu di ulang kerana daya tahan atau antibodi kucing tidak selama-lamanya kuat. Oleh kerana itu kucing akan mudah di jangkitioleh pelbagai jenis penyakit.

Bagi seekor kucing yang tidak pernah mendapat rawatan atau suntikan Vaksin, kucing tersebut bolehlah membuat pemeriksaan umum dan mendapat suntikan Vaksinasi TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia) dan Vaksinasi Rabies.

Penyakit-Penyakit Yang Selalu menyerang kucing adalah :

  • Feline Panleucopenia(Distemper kucing)
  • Rhinotracheitis dan Calicivirus
  • Chlamydia
  • Feline Leukemia
  • Rabies.

Semua penyakit ini boleh menyebabkan kematian pada kucing.

 

42 Responses to “Apa Itu Vaksin Pada Kucing?”

  1. mrs amanjit Says:

    ui geng… buli jadi ibu kucing ni
    buli dapat sijil ni
    syabbas… hehehehe

  2. iyta Says:

    mcm ne nk jaga anak kucing yg tiada ibu???

  3. jareyj Says:

    iyta, anak kucing umur brapa bulan? sbb anak kucing yg baru lahir sgt fragile…kena jaga persekitaran. termasuklah tempat anak kucing tu di letakkan…pastikan tempat tidonya dlm keadaan selesa. dalam usia begini kena carikan susu khas untuk menggantikan susu ibunya.susu tu blh cari kat petshop…n boleh susukan baby dgn susu botol khas dua jam sekali. kena selalu periksa baby dlm keadaan yg bersih dan lap2kan badan dan anusnya dgn tuala atau tisu lembab seolah2 ibunya menjilat2 badannya. Mungkin selepas sebulan keatas, anak2 kucing ni da blh mkn kitten food da…yg paling penting kena trend dorang buang air kat mane….he..he..he..brapa umur anak kucing iyta?

  4. sue Says:

    ada seekor anak kucing dtg kerumah..cantik bulu lebat.. rasa macam nak jaga tapi tak tahu macam mana.. berape umur kucing tu.. dah ada sakit atau ape ke.. tak tahu. So far dia diam je.. mungkin hari hujan kot. Saya ada anak kecil umur 4 tahun..dia cukup suka dgn kucing tu siap bagi bantal kat kucing.. bual-bual dgn kucing macam cakap dengan adik kecil.. tapi takut anak boleh dpt sakit dari kucing… tolong bagi nasihat.. lagi satu saya ada ke masa nak jaga kucing ni?

  5. Sepanjang pengetahuan saya…tiada penyakit berjangkit dari kucing ke manusia…maybe kutu…namun u boleh bawa kucing tersebut ke klinik haiwan…lazimnya vet akan vaksin, deworm dan semburkan anti-fleas ke kucing tersebut…should be ok..

    Cuma u kena pastikan anak u tidak alah kepada bulu tertutama bulu kucing…terdapat ramai kanak-kanak yang alah pada bulu kucin terutama jika mempunyai penyakit keturunan seperti asthma..

    Jika u mengambil keputusan membela kucing tersebut..apabila ia mencapai umur 6 bulan..neuterkan ia agar ia tidak ’spray’ sekeliling rumah…

    Goodluck!

  6. balqis Says:

    hi sis…
    saya memiliki 5 ekor kucing (2 dewasa 3 dalam 4 bulan). saya ada sedikit mslh. saya akan balik beraya di kg (kelantan) tidak lama lagi. memandangkan masa perjalanan agak panjang, saya bimbang jika mereka ’spray’ atau ‘membuang’ dalam kereta. kadang-kadang saya rasa seperti ingin bagi je ubat tidur agak tidak menggangu keadaan. ini kerana mereka tidak pernah keluar rumah (rumah flat lagipn anak jiran suka pukul mereka).
    tolong saya sisi selesaikan masalah saya. patut atau tidak sya beri mereka ubat tidur atau ada alternatif lain?

  7. khairul Says:

    hello,
    boleh saya tahu sukatan makanan kucing untuk satu kali makan, dan satu hari, dan berapa liter air yang diperlukan kucing untuk satu hari

  8. Jehan Says:

    Jareyj, kucing stray kt umah saya tak penah di vaksin dari kecil. skrg umurnya dah 1 tahun lebih. masih blehkah divaksin? Sebab sya bercadang utk neuter die.

  9. Jehan, tiada masalah..anda boleh memulakan vaksin pada bila2 masa sekiranya ia belum di vaksinkan…selepas itu setahun sekali.

    Khairul, kucing seperti manusia..ia makan bila lapar. jadi saya syorkan anda sentiasa memastikan ada makanan untuknya begitu juga air. Walaupun begitu, lazimnya kucing hanya minum sedikit air.

  10. dinz Says:

    salam sume..sy masih baru dlm bab kucing ni.mntak bntuan rakan di luar sana tunjuk ajar..baru2 ni kucing sy kena fungus kot..byk bulu gugur.tp cara gugurnya mcm setompok2..sy dh sapukan cream antifungal..cuma risaunya bleh ker tempat yg bulu dah gugur tu tumbuh balik bulunya..mntk nasihat n pandangan.

  11. mohd asneh Says:

    jgn risau la akan tumbuh juga balik tu….sementara saja tu teruskan rawatan fungus tu

  12. dinz Says:

    mekasih byk2 ats respon tu.

  13. Hafiz Says:

    salam,

    bagi saya, vaksin kepada kucing2 adalah lebih berbentuk pembaziran. haiwan seperti kucing memang dicipta dengan sistem yg boleh menjadikan mereka imunn dengan penyakit. jika kita memberikan mereka sistem keimunan palsu, ini takkan membantu mereka isitem pertahanan semulajadi. kucing akan jadi sangat fragile dan kita perlu mengulang vaksin setiap tahun, konon nya mengelakkan sakit.ia hanya memberi keuntungan pada pusat haiwan tersebut (dan sebenarnya tidak membantu dlm penjagaan haiwan peliharaan, lain la haiwan ternakan yg memang kotor)

    pengalaman saya membela kucing, kucing saya yg di hantar vaksin kelihatan ‘pasif, lembik dan sering berair hidungnya’ , manakala yg dibiarkan nampak lebih cergas dan hidup lebih lama.

    adalah lebih elok duit yg kita peruntukkan utk vaksin itu diberi pada anak2 org miskin dikampung2 yg tak dapat suntikan BCG dan lain2.

    bagi saya, teknik penjagaan kucing yg betul sebenarnya penentu kesejahteraan mereka. jangan beri kucing makan sembarangan (makanan berasaskan tumbuh2an yg kononya bagus tuk kucing, nasi, ikan kering, ikan bilis—yang masin2 WAJIB dielakkan).

    sekarang ini saya menetap di Perancis, dan memiliki tiga ekor kucing (parsi, maine coon dan tak der pedigree). mereka tidak divaksin kan atas nasihat seorang doktor yg jujur sebab mereka tak pernah keluar. (mungkin kes berbeza dgn outdoor cat, tapi di Malaysia dulu mcm lebih kurang sama jer indoor or outdoor).

    dan lagi satu pesanan utk saya dan yg lain, sila la mandul (spay/neutre) kan kucing anda jika tak mahu anak kucing yg akhirnya anda sendiri pun tak dapat jaga. kesian kucing2 terbiar.

    salam hormat dari saya!meow meow!

  14. wan Says:

    betul ke ni Hafiz kucing x perlu di vaksinkan????

  15. mohd asneh Says:

    wan,
    u fikir2kan la hehehhe, lain org lain pendapat kan, ada juga betulnya tu..saya pun kadang confuse juga..klinik jabatan haiwan vaksin 2 kali saja sebelum ulangan tiap tahun, klinik swsta hampir semua vaksin 3 kali sebelum ulangan tiap tahun, berdasarkan pengalaman saya kucing yg divaksinkan lebih daya tahannya..lagipun kalau ada kemudahan dan teknologi baru kenapa kita tidak gunakan…

  16. Hafiz Says:

    ermm, but i think that’s more commercial instead of helping the cat itself. what’s the different between human n cat’s immunization system? we are human, a tremendously big creature, only need a SINGLE shot of Polio,MMR,DTP,Hepatitis B,Varicella etc in our lives. then, why a cat, cute little fluffy creature, needs more than one syringe to extend their life span?
    how about tumor caused by the needle? how about other cats which don’t have opportunity to this luxury medical treatment, are they dying soon? a girl in iraq who never get vaccinated?or maybe in our country a poor little aborigine boy in the jungle of Borneo, their soul doesn’t cost much?are we too exaggerate in petting our pet?

    it’s only a personal point of view. thus, everyone can do anything with their own property (pets included). but for me, there are a lot of peeps who need more our helps. for my three beautiful cats, it’s enough with warm cuddling and the jot that we share.huhu!(sentimental huh?la plus belle vie est quand on montre la verite!sometimes we need it!).ok, peace!;)

  17. pinky Says:

    terpulangla…tapi kucing saya mmg pernah mati sb tiada vaksin sb kena virus ( menyesal pun tak guna)..yg suda vaksin pula masi hidup..

  18. naza Says:

    salam kepada semua…. sy berminat untuk bela kucing parsi niii… ada tak sesapa di sini yg ingin menjual kucing parsi yg cantik2 dgn harga murah….. anak pun tak apa…. apa2 sms sy 0123211107…

  19. wan92 Says:

    Saya pun nak juga bela kucing parsi ni mcm naza..
    Budget below RM1k.. Kepada sesiapa nak jual or nak adoptkan kucing parsi bole jual kat saya..
    Location KK, Tawau…
    sms saya +60138852264..

  20. ali Says:

    Kucing saya berumur 6 bulan & tidak pernah mngambil sbarang suntikan. Baru2 ini saya kerap kali ternampak kucing saya dlm keadaan seolah2 kena sawan, mengelupur seolah2 kesakitan ttp selepas di urut berapa kali baru kucing saya ok ttp dimulutnya tdapat sdikit air liur. Soalan saya adakah kucing juga mgalami sawan? atau jika tmakan serangga sperti lipas @ semut @ digigit haiwan lain apakah simptomnya? tolong jawab segera saya sgt risau keadaan kucing saya jika berlaku apa2 yg x diingini

  21. ely@rawang Says:

    nktye la…anak kucing saya mata nye tiba2 xleh bukak dan bengkak..ape sakit nye tue..tolong bgtau..kesian sgt

  22. Radzey Says:

    my kittens pon penah kene cmtu..mata bengkak n x leh bukak..bile bukak kuar sumthng cm nanah..better u bwk gi jumpe vet..takut kene infection sbb kittens pnyer immunity kureng sket..

  23. yati Says:

    i ada bby kcing yg baru lahir tp ditinggalkan ibunya… so camne i nak jaga dan bgi dia susu? coz… i betul2 xde xperience jga baby kcing…
    please… bagi tips2 pnjagaan bby kucing

  24. mohd asneh Says:

    yati,
    u pergi saja mana2 petshop belikan kitten tu susu khas utk binatang cari jenama MIKLADOG atau ANIMAC ini yg terbaik…di petshop juga biasa ada jual puting utk menyusukan kucing….selamat mencuba

  25. alya santos Says:

    hari ni hari yg sy x dapat lupa kan…kucing sy name baby white mati pukul 9.45am,setelah 2 hari baby menghilangkn diri,puas sy mencari disekitar rumah2 jiran2 sy tp tiada…akhir nya dia pulang sendiri..selepas 2 sy terus mendukung n mencium baby…tiba2 sy melihat kemaluan baby berdarah…sy terus mandikn baby,,,mlm itu puas sy dan mama mencari baby tp x jumpa puas kami memanggil name nya….tapi baby tidak menyahut,keesokkn pgnya papa cuba mencari baby disekitar semak2 akhirnya papa jumpa baby dah x bermaya lg…terus papa memanggil sy untk membawa baby ke klinik spacialist haiwan… dalam perjalanan ke klinik baby meow buat kali terakhir..dan teru pergi buat selama2nya…..sy sendiri tidak tau apa puncanya baby jadi begitu,,,adakah baby dipukul org atau pn memang punca dr penyakit…

  26. mohd asneh Says:

    biasa kencing berdarah tu berkaitan dengan buah pinggang….mgkn kucing u tu kena batu karang….biasa kucing makan frieskies atau wiskas atau apa2 makanan supermarket dapat penyakit ni…dulu perna juga kucing saya kena penyakit ni n mati….apa pun ajal maut di tangan tuhan kan byk2 bersabar….

  27. zaini Says:

    alamak syahdunyer cerita tuu tapi kan sape la mama? sape la papa? kompius la jugak … ape pun sabar yg patah akan tumbuh yg hilang akan berganti drp saya doakan u dapat kitten yg lebih comel .. aminn

  28. amy yanti Says:

    kutu kucing boleh nyangkit pada manusia ke?? bukan ke species kutu kucing ngan manusia tak sama?? klu boleh nyangkit, mcm mane kita nak elak dari nyangkit ye??

  29. mohd asneh Says:

    rasanya ada yg jangkit tu…menyebabkan kita gatal2…utk mgelakkan senang saja…pastikan kucing kita tiada kutu la heheheh

  30. anggun Says:

    salam….

    en.asneh and all cat lover…

    i nak tanya yea knp kucing i kadang2 berak berdarah?? die hanya makan royal canin for 1-4 month…. dan kadang 1 bagi makan iams…. die sembelit ke?… susu pun die minum juga….

    thanks :)

  31. mohd asneh Says:

    anggun,
    kucing berak darah mgkn disebabkan cacing….cuba bagi dia makan ubt cacing atleast 2 bulan sekali…..

  32. anggun Says:

    saklam en.asneh,

    tapi saya mmg make sure ada bg kucing saya u bat cacing… so mcmn yerkk…. i bg troy worm syrup. adakah kemungkinan lain yg menyebabkan die berak berdarah? myb pemakanan ke atau kurang minum susu… kucing i baru nak masuk 3 bulan… i bg ubat cacing hari tu kat die permulaan 6, 8,12 weeks.

  33. mohd asneh Says:

    ok la tu…kalau byk sgt darah tu bawa dia jumpa doktor….kdg sebab kurang minum air juga tau…apa pun monitor saja kucing u tu

  34. anggun Says:

    ok….. accly darah die xde lah banyak. tpi takut juga kalau jg teruk pulak..hehe :) ok tq yea en.asneh

  35. wareez Says:

    sy baru jumpa anak kucing n tktau umur dia berape,selang dua hari sy jaga kucing ni,menampakkan yg anak kucing ni tk sihat.bdn kurus n tk berselera utk mkn.sy bg mkanan utk kitten yg terdapat dipasaran,kucing ni mkn sket jek,pastu najis dia berdarah,mata dia lak berair dan merah..so,sy bwk p klinik haiwan..doc,bagi ubat cacing,vit n ubat sapu untuk mata…lps mkn ubat cacing,najis dia kuar cacing btl2,tkejut saya..n skrg ni,mata dia still tkleh buka n hidung dia berair..mkn pun still tk byk..mcmn sy nak rawat kucing ni…tlg sy

  36. mohd asneh Says:

    wareez,
    bgs la u sdh bawa jumpa doktor…utk mata tu u cari ubat ni COLIRCUSI GENTADEXA (eye and ear drops)…plg berkesan utk sakit mata mcm u cakapkan tu…u try la titis kan d mata 3 kai sehari…ubat ni u boleh dapatkan di mana2 farmasi….

  37. wareez Says:

    skrg ni sy gn ubat doc bagi,ubat tiub utk sapukan pd mata.now,kucing mcm slesema teruk sgt,semlm p vet,tp tk bwk dia,n doc kasi ubat utk demam n selesema..pil.saya ada belikan susu tp dia tknak minum n semlm dia tk buang air..risau saya

  38. mohd asneh Says:

    wareez,
    u kat mana…. cari la ubt saya bgtau tu…plg berkesan utk mata kucing yg bengkak sebab demam, pastikan kucing tu makan…suap dia, kucing tdk makan 3 hari boleh mati…..all the best…kalau u d kota kinabalu bawa jumpa doktor rasit d SAMC…dia plg pakar kalau demam…all the best

  39. wareez Says:

    thanxx 4 ur information.actly sy di pahang..jap2 lg nak p farmasi nk cr ubat yg en asneh bgtau 2.br jap td kucing sy mkn dh sket,sy campurkan susu yg sy beli semlm,similac isomil advance ngan ikan sket.doc suggestkn mcm 2..sy try dl ape yg ader.. anywy thanxx ya…..

  40. arman Says:

    Salam smua,
    Tadi petang aku ada beli “laxapet gel” rm18 kat pet di penang,taukeh kedai tu bagitau gel tu sesuai untuk membuang hair dalam perut pasal kucing suka jilat bulu badan,takut nanti dah banyak bulu dalam perut akan jadi keras seterusnya menyebabkan masalah kepada kucing.kalau bagi gel nie bulu kucing tu akan keluar ikut saluran najis de bila berak.
    Sampai rumah aku pun dengan semangatnya letak gel tu sepanjang 5cm kat jari bagi kucing jilat gel tu.
    Selepas tu lebih kurang 3jam aku tenampak muntah kucing, aku tengok dalam muntah tu ada mcm rambut 2-3 helai pastu seekor cacing dalam ukuran 2 inci.
    aku pun pelik mcm mana cacing plak yang keluar dengan muntah kucing aku tu huhuhu…
    sapa2 bleh bagi pendapat atau bantuan apa patut aku buat?

  41. mohd asneh Says:

    arman
    maknanya kucing u bercacing…cari ubt cacing bagi dia makan…ubt cacing utk kucing k…


Leave a Reply