Jarey Cat Lovers

Jarey’s Cat On The Blog

Persian Ke Kucing Aku???? Januari 20, 2008

Filed under: Bicara Kucing — jareyj @ 5:00 pm
cat-snuggle-new.jpg

Tentu ramai yang masih keliru tentang jenis baka kucing kesayangan mereka. Tidak semua kucing yang berbulu panjang atau yang mempunyai hidung yang memek itu dipanggil PERSIAN cat. Kita sebagai tuan punya kucing harus tahu dan bijak apabila memilih kucing untuk dipelihara. Sekarang terdapat sebilangan kucing-kucing yang di jual di petshop adalah bukan dari baka yang sebenar. Oleh itu saya akan terangkan serba sedikit sama ada kucing anda adalah dari baka sebenar atau tidak.

Terdapat dua kategori kucing yang mempunyai muka memek (Flat nose) atau separa memek (Semi flat nose).

Pertama : anak kucing yang yang lahir dari baka yang sebenar dan dikahwinkan dengan jenis baka yang sama atau pure Persian di kenali sebagai PEDEGREE PERSIAN. Biasanya kucing yang lahir dari baka sebenar atau pure Persian mempunyai sijil kelahiran, iaitu sijil yang mengesahkan kucing adalah dari baka sebenar atau telah didaftarkan.

Kedua : Manakala anak kucing yang dilahirkan dari induk baka sebenar dan di kahwinkan dengan kucing yang tidak mempunyai sijil pula adalah dipanggil DOMESTIK LONG HAIR (DLH). Kucing ini mempunyai bentuk muka menyerupai seperti kucing parsi, mempunyai ciri-ciri seperti berbulu panjang dan juga berhidung memek, tapi kucing-kucing seperti ini hanya boleh di panggil DOMESTIC LONG HAIR (DLH).

Oleh itu kita jangan keliru ataupun tertipu apabila hendak membeli kucing. Adalah disyorkan lebih baik anda membeli kucing dari pembiak baka (breeder) yang berdaftar, kerana dengan itu kita dapat mengetahui sama ada kucing itu mempunyai sijil atau tidak dan berpuas hati dengan tahap kesihatan kucing tersebut selain mengetahui latar belakang kucing tersebut.

Kucing-kucing yang kerap terdapat di petshop sebilangannya tidak mempunyai sijil dan penjual kucing-kucing tersebut ada sebilangannya mengatakan kucing mereka adalah dari baka kucing parsi (Persian cat). Oleh itu jangan tertipu dan keliru! Jika mereka mengatakan kucing mereka adalah pure Persian, pastikan anda meminta sijil pendaftaran sebagai bukti kucing tersebut adalah dari baka sebenar .

Selain baka kucing yang meragukan, kesihatan kucing juga tidak terjaga dengan baik. Sebilangan kucing-kucing tersebut tidak diberikan suntikan vaksin yang berjadual serta kucing yang selalunya di jual di petshop ada sebilanganya tidak begitu diberi perhatian mahupun dimanjakan dan ini secara tidak langsung dapat memberikan kesan kepada pembeli. Contohnya, kucing yang telah dibeli tidak pandai berinteraksi dengan orang selain berkemungkinan kucing tersebut bersifat liar.

cff-logo-new.jpg            tica-logo-new.jpg

Selalunya BREEDER yang bertanggungjawab akan mendaftar kepada persatuan kucing antarabangsa seperti CFA ataupun TICA atau sebagainya. Breeder kebiasaanya tidak akan meletakkan kucing (pure Persian) mereka di petshop untuk dijual.

About these ads
 

124 Responses to “Persian Ke Kucing Aku????”

  1. chaser Berkata:

    saya pun minat kucing. sekarang ada lebih kurang 12 ekor kucing yang berbulu panjang tu. Kalau Jarey tau di mana ada jual baka2 lain macam maine coo, bengal di KK ni? saya sedang mencari baka2 kucing baru.

  2. jareyj Berkata:

    hi chaser….bestnyaaa…sampai 12 ekor. semua tu persian ke atau DLH? n klu tak keberatan org kk ke? kk kat mana? saya ada tau seorg yg biakkan baka jenis maine coon ni. tp not sure pure maine conn ke tak. sbb sekrg ni bkn senang cari baka yg btl2.

  3. isteri Berkata:

    huhu..banyaknya anak kucing.mesti murah rezeki you kan chaser ?i jaga satu anak kucing pun dah taklarat. macam2 karenah…asyik gadoh ngan suami aje..

  4. JAREYJ Berkata:

    he..he..he..gaduh ngan suami ye…alah lama2 tu fahamlah dia..mcm i pun kdg2 mcm tu gak. bkn pasal apa, bila je start mu wulan(mycat) da bermain lari2 habis 1 rumah berterabur dibuatnye…my husband bising bknnya apa, habis sofa hancur kena kuku c wulan…

  5. chaser Berkata:

    sy punya kucing tu DLH semuanya.. tp yg penting nda prnh ter’Kawin’ dgn kucing kg. la. hahaha.. nakal juga kucing2 korang. Kucing sy pun apa kurangnya. Sekarang ni sy jual anak2 kucing yg ada. terlampau byk pun susah mau jaga. kesian kurang kasih syg. Ari tu ada juga tanya2 psl maine coon tu & baka2 yg ori untuk di jual, tp mcm d KL yg byk. O..by the way sy tinggal di putatan. Korang pula tinggal sebelah mana? Sy selalu juga bw kucing2 sy p Dr. Rassit tu.

  6. JAREYJ Berkata:

    Tinggal kat putatan???? wah putatan kat mana ye….sbb i pernah beli 2 kitten kat area sana tp da mati da..sbb kena virus. memang tak blh selamatkan virus tu. bila da jd mcm tu dr rasit nasihatkan utk cuci tempat tu klorok. u ada website tak? nak juga tengok2 gambo2 kucing u tu. plssss blh tak????

  7. chaser Berkata:

    sy tinggal dkt2 ketiau. Mungkin ko beli kucing dari bibi zaleha yg di putatan tu. Susah kucing kena virus ni, sihat hari ni esok tiba2 jak mati. boleh ka cuci kurngan kucing dgn klorok? Tiada efek ka tu dgn kalau terhidu bau klorok? em.. saya teda website lagi. belum ada masa mau buat la. ingat mau buat juga untuk advertise kucing2 yg mau dijual.

  8. jareyj Berkata:

    Ya, doktor rassit yg bgtau suruh cuci dgn klorok tempat tu.tp lepas tu bilaslah dgn air bersih2. Syukur alhamdulliah kucing i yg seekor ni sihat je sampai sekrg. i nak tengoklah gambar2 kucing u. kucing i seekor je DLH tp klu nak nengok i ada simpan kat frienster. u ada frienster? i nak sgt nengok 12 ekor u punya tu..

  9. isteri Berkata:

    sy tinggal di semenanjung msia, puchong. kucing sy mungkin cmpuran kucing kg dan siam. sy tak pernah hantar kucing ke klinik lagi dan tak pernah beli kucing. selalunya kutip tepi jalan dan amik kucing saudara mara je. syukur, sihat walafiat je kucing tu. cuma yang tengh bela ni, mata nya dulu asyik penuh dengan tahi mata. pernah onday, sy taruk eyes more. now dah ok..hehe..byk lagi kena belajar jadi breader yang baik.

  10. jareyj Berkata:

    alah tak kisah kucing mana pun tetap sama gak. bulu je lain2. sygggg miaw….

  11. chaser Berkata:

    sy tak upload gambar kucing2 d frenster. Malas la.. sikit2 jak yg ada. Kalau ada email boleh bagi? boleh sy bagi melalui email.

  12. jareyj Berkata:

    Oooo di alu-alukan… jareyj80@gmail.com atau jareyj@yaho.com hantar cepatk…i tak sabarlah nak tengok….he..he..he.. u nye friendster ape haaaa….tak nak add friend ke?

  13. jawsni Berkata:

    rajin nyer mummy wulan ni…
    congrat on ur wedding too….

  14. jareyj Berkata:

    eeee…jos ni…dah dekat setahun da….anyway tima kacih yaa….

  15. chaser Berkata:

    saya suda add jarey d frenster.

  16. jareyj Berkata:

    tq ya chazer…gambar u ke tu? u ada jual kucing lagi tak..saje je tanya…kucing u ada cert tak?

  17. chaser Berkata:

    hahaha.. lor.. mesti la gambar saya.. buat apa letak gambar org lain.. anak2 kucing saya da habis kena beli, saya tgh tunggu sekor kucing saya yg tgh mengandung.. hehehe.. kucing saya tak ada cert la. kucing u ada cert tak? cute la yg color oren tu.. berapa umor dia?

  18. jareyj Berkata:

    kucing tu DLH je. but bapa dia ada cert mak dia tak da cert. pasal tu dia tak leh buat cert. tp bapa dia pernah jd champion tau….umur kucing tu, march ni setahun da…. tengoklah gambar kucing2 u yg lain…

  19. chaser Berkata:

    Ooo..patutla besar mcm garfield,mesti bapa dia handsome kan. hehehe.. Dulu saya ada sekor, bsr lebih kurang camtu, tapi dia mati sebab urinary problem, dia kena batu karang & lepas operate tu dia kena infection. Kesian…. Em.. U tau tak kedai di semenanjung yg ada jual baka kucing ori? Mntau u tau.. Sy masih mencari baka ori utk dibuat bisnes. Kalau saya ada masa nanti saya bg tgk gmbr kucing2 saya yg lain tu.

  20. jareyj Berkata:

    biasanya d pet shop susah nak cari kucing yg dr baka ori. lebiih baik kita beli terus dari breeder…lgpun kita tak risau pasal kesihatan, dan kualiti. selain itu kucing yg di jaga oleh breeder selalunya sudah d trend dari kecik dan di berikan vaksin. jd kita tdk risau. cuma tinggal pilih je yg mana kita nak. takpa nanti klu ada yg ori u nak ke…harga dlm rm3000 mcm tu. e2 pun dari kawan…i pun nak cari juga 1 yg ada cert….penting tau tu….

  21. chaser Berkata:

    a’a.. mmg penting.. d mana ble cari breeder tu? jarey tau tak? yg dari kawan tu ada sijil la? baka apa?

  22. jareyj Berkata:

    ada member breeder tengah order exotic short hair…rm 3000lebih…mungkin april baru sampai….n ada persian red colour tengah pregnant sekrg..tp not sure lg mau jual kah tdk…nanti tlg tanyakan…anak persian dlm rm2000lebih g2…btl2 nak ke?

  23. chaser Berkata:

    oo… breeder tu member u ka? tak pa la klu mcm sy mau nanti sy bgtau la. Mungkin bukan masa skrg la, sy mau buat kurungan yg baru dulu. Lagipun skrg sy masih tgh cari2 mn nak dpt kucing baka ori. Apa2 nanti sy bgtau jarey. Okiee…

  24. jareyj Berkata:

    ok no hal…

  25. ct Berkata:

    jareyj ct nie peminat bru kucing…byk nak tahu tentang penjagaan kucing dari mana jareyj dapat information tentang kucing nie boleh share tak….n mcm ne jareyj tahu tentang cats show nie…ct br ada 2ekor spesis parsi

  26. jareyj Berkata:

    ct, kucing u jenis apa ek??? leh nengok gambarnye…..

  27. Jareyj…saya amat tertarik dgn artikel ini. Terima kasih kerana turut educate public about this issue, well done!.

  28. jareyj Berkata:

    Terima kasih arisham….dulu pun saya tidak tahu dan tidak faham menyebabkan saya keliru bagaimana mengenali kucing…So saya tak nak ramai lagi peminat kucing akan keliru…harap2 mereka akan faham apa itu “Persian”.

  29. yup..begitulah..malu bertanya err salah awek! :p

    saya dulupun start dari kosong juga…baca..banyak berkawan..sampailah sekarang..masih menuntut ;)

  30. jareyj Berkata:

    emm..he..he..he…

  31. kimi Berkata:

    hello there jareyj…mau tanya bha ni,,,anyway before that…congrats la cuz buat nie web bout this cats…erm actually kimi mmg minat sangat dengan persian cat flat face and high nose nie(without cert)…hurm…cadang mau beli tu kucing sama bibi zaleha this september..tgh kumpul2 duit dulu ni..hahaha..price dia for the flat face high nose ni from rm2000 but stilll can nego la…erm…selain daripada bibi zaleha di putatan tu bha..mana lagik ada persian cat cattery d kk yang jareyj tau?..prefer persian cat flat face and high nose also…yg purebreed la without cert…boleh gtau ka?so boleh buat pilihan…this sept im going to kk (time2 puasa lagik tu) beli tu kucing di putatan sana…hurm…

  32. jareyj Berkata:

    hi kimi…thanks ya sbb sudi jenguk blg saya…wah, ada berapa ekor kucing d rumah? nanti kimi hantar email kimi dengan saya k…

  33. Dear Kimi…with RM2000, I think you can get a Persian pedigree (pet quality) already with cert!, why bother go for DLH??

    Sorry, I couldn’t recall Persian breeder in Sabah…but when I’ll be there this August, I will find out is there any Persian breeder in Sabah or you can checkout http://www.catizzadi.com

  34. jareyj Berkata:

    sham,,,kat kk ni susah nak dptkan breeder yg cun.. tak mcm kat KL, byk choice. Kat kk ni pun klu nak dptkan, harga da naik 3x ganda da…

  35. mimie Berkata:

    hmm, i baru je beli persian cat dalam harga RM2000, i tak terfikir plak pasal certificate2 ni semua mr sham…
    lagipun kat sabah ni memang tak ramai breeder yang complete dgn cert..

    i’m so glad to hear that you’re coming to Sabah this August.

  36. jareyj Berkata:

    Mak oiii…mimie, ndakkan kucing yg keempat ni harganya rm2000.? woww….

  37. mimie Berkata:

    a’a jarey… kucing yg ke-4 tu harga RM2000 oooooo….
    pening lokung … hahaha!
    tu pun kita belum pi tengok tempat si Ahyun lagi, kalau ada yang lebih cute miut, nda tau la lagi camna.. hehe

  38. jareyj Berkata:

    hee..hee..he…nanti kita p tanya si ahyun k.

  39. kimi Berkata:

    hello there…sorry ganggu ah…uiii mimie dmana ko beli kucing tu?persian cat ka?cattery mana?any details for the persian cat cattery di KK ni selain daripada bibi zaleha cattery di putatan sana…jadi boleh la buta pilihan ni…dapat gak yang good quality…xgitu?hehehe..bg sa info bha sapa tau ni…huhuhu

  40. kimi Berkata:

    jareyj…ada ka si chaser punya friendster i.d sama ko?mau tinguk bha dia punya cats tu…dengar2 dia mau jual kan?bg friendster i.d nya k…thx!!

  41. kimi Berkata:

    Lagi satu,if male bengal cat terkawin sama tu female persian flat face cat…what do you think sama anak2nya ya?cantik ka tu?pernah terjadi?..bukan apa nda sengaja bha tu kucing terkawin…me and my cousin got this two different types of cat bha..tinggal 1 rumah…skali tinguk..mengandung pulak kucing ku tu…aduii…anxious mau tggu hari anak2 kucing tu lahir bha….tunggu hari suda ni….hurmm..apa kamuarang fikir bout this two types of cat TERcombine hehehehe..

  42. kimi Berkata:

    By the way…encik NOR ARISHAM BAKAR…erm yang RM2000 (persian flat face high nose kitten purebreed without the certificate) tu still can nego la..bout rm1800 something like that dijual,(bibi zaleha persian cat cattery terletak disabah)…here in sabah purebreed persian flat face high nose kitten yang ada sijil diorg jual like rm2500.00 so mahal la…erm pendaftaran ngan CFA just about RM30.00 am i rite or wrong?if yes..napa there’s so much difference bout the pricing ngan persain kitten yang ada sijil ngan yang xda sijil?even both adalah purebreed?…bingung aku….same goes in peninsular also…yang ada sijil diorg bagi rm2500 pastu yang nda ada sijil diorg diorg bagi rm2000 walhal induk yang sama dan juga purebreed persian….tulun2…..

  43. mimie Berkata:

    Hello kimi,

    Kalau u datang KK nanti, u boleh cari org yg busines kucing tu di ‘gaya street’ every sunday, lagipun kimi, rasanya kalau setakat untuk buat pilihan saja, mungkin susah skit terutama untuk kucing2 dari baka persian atau spesis yang ‘special’ ni and mayb u can straight direct deal with them.

    Actually, kalau u mau cari yg good quality, like Mr. Sham just said, sebaiknya yg ada cert tapi di KK ni memang susah sangat kalau mau cari breeder.

    Anyway, kalau adapun, nanti sya inform u lagi k.

  44. kimi Berkata:

    mimie…ada gak yang jual perisan kitten tu with cert di kk i’ve already contact them…diorg jual rm2500.00…mahal oo…sekarang ni..biarlah bela yang nda ada cert dulu,sama juak…yang gt cert tu blakang2 la…lgpun napa diorg jual sebegitu mahal sampai rm2500 sedangkan pendaftaran kitten di CFA just for rm30 something like that xsilap…why is there so much difference with the price yang xda cert dan yang ada cert even diorg tu satu induk yang sama…hurmm…

  45. mimie Berkata:

    A’a Kimi, kucing2 jenis tu yg ada cert ni memang mahal.
    Rasanya soalan kimi tu cuma Mr.Sham dgn jarey ja boleh jawab… hehehe, lagipun kimi, saya ni pun baru juga berjinak2 dgn kucing2 ni semua, tapi rasanya sesiapa yang singgah kat blog si jarey ni, saya percaya semua pun peminat kucing.
    Well kimi kita tunggu jawapan dorang k.

  46. kimi Berkata:

    ok thx mimie…mimie ada persian cat gak ka?buleh tgk?huhuhu…kimi minat ngan persian cat flat face high nose ni..hehehehe..they are so cute..hehehe..erm ada pict2 kucing mimie ka?bule tinguk?

  47. mimie Berkata:

    wow! lajunya respon kimi ni… hehe
    kucing saya DLH ja kimi, semua masih kitten.

    Ok, kimi bagi email address k, nanti sya kasi tinguk gambar2 kucing sya..

  48. kimi Berkata:

    biar DLH mimie..kucing gak tu..hehehe…nah ini email kimi..bryan_boy85@hotmail.com thanks ya…

  49. kimi Berkata:

    bryan_boy85@hotmail.com (my email add)..thanks…

  50. mimie Berkata:

    Ok kimi, its on the way

  51. kimi Berkata:

    wah…thx mimie..ur cats mmg cute..heheh especially c jasper..hehehe..he’s so cute..like dia punya coat pattern,..tu mixbreed ka?dmana mimie beli tu kucing?and how much it cost?..
    mimie kenal2 ka any persian cat cattery di KK ni selain bibi zaleha tu?im sure u know bibi zaleha rite?actually husband dia ada bagi brochure pasal persian kitten yang dia mau jual tu..rata2 semua cute..yang paling murah price dia about rm750.00 and yang paling mahal rm1800 la..purebreed persian flat face high nose kitten ni…tp without cert..erm insyaAllah kimi pi KK diz september mau beli tu kucing…im waiting since May kumpul2 duit to buy this rm1800.00 cat..hehehehe…. suka punya pasal…hehehe..for mie it is more than a hobby la kalau pasal persian cat ni…

  52. mimie Berkata:

    Wah kimi, u punya kucing pun semua cute2, thanks.
    Harga kucing2 kita tu lebih kurang sama ja.

  53. O.k…mcmnie…

    Firstly, tak kisah lah kucing pedigree atau bukan pedigree..yang penting cantik dan kita sayang kucing kita…

    O.k bagi yang nak beli kucing pedigree…pastikan anda mendapat nasihat yang sepatutnya..(u can email me)..

    Kucing pedigree haruslah datang bersama Sijil CFA (atau badan induk lain spt TICA, FIFe) dan tidak dikenakan caj tambahan untuk sijil tersebut..lazimya sijil hanya berharga RM30 dan kalau campur kos post pun tak sampai RM100…jadi, jika anda terjumpa breeder yang caj RM2000 untuk takder cert, RM2800 untuk yang ada cert…sila dapatkan nasihat saya kerana perkara tersebut tidak seharusnya wujud.

    Kucing pedigree berharga lebih tinggi kerana beberapa faktor, antaranya :

    1. Keaslian
    2. Health dan welfare (lazimnya breeder akan memberi perhatian penuh pada kucing ini)
    3. Warranty seperti health cert dan sebagainya

    Kucing pedigree terbahagi kepada beberapa quality harga :-

    1. RM 900-RM1800 untuk quality pet
    2. RM 2300-2800 Show quality – boleh dibawa bertanding
    3. RM 3000 upper for top show or breeding

    sebab tu harganya jauh berbeza…kita harus ingat, dengan membeli kucing yang tidak diketahui health nya will be costly..
    katalah anda membeli dengan harga rm1000…tiba2 kucing tersebut jatuh sakit dan ada tidak mempunyai agreement dengan breeder maka…costnya mungkin lebih…at last, sama dengan harga pedigree…

    hope it might answer..

  54. kimi Berkata:

    Hello all!!…good morning…Assalamulaikum…well thanks a lot Mr Nor Arisham for the info.. i will email you ASAP anything regarding bout this ya…kan Sham yang lebih arif bout this…so really need some help la to choose the rite kitten for mie dengan harga yang berpatutan dan juga kualiti yang baik..i will email it for u bout the details kitten yang mie nak beli tu..will send the pict and also d kitten’s background…bout how am i going to cntct u Sham?do u hv email or something?

    One more thing sham..got another question for you here..mie ada seekor persian cat flat face ni (female) TERKAHWIN dengan this Bengal cat (male)..now my persian cat tu pregnant..tggu hari ja….accidentally terkahwin bukanya disajakan..and i know itu adalah SALAH rite?so how am i going to deal with this?…macam mana rupa anak kucing itu nanti?is it more to the persian or bengal?…are they going to be cute?..hurmm…anxious to wait…so i need your opinion on this sham…thanks… :P

  55. No hal mimie…dah menjadi tanggungjawab saya membantu semua peminat kucing ;)

    Erm..terkahwin?? well, itu sebabnya kita seringkali educate public for neuter and spayed…ok since dah happen…anak dia tahlah..I pun tak pernah tgk DLH+bengal ;) …tapi most prob. ia hanya akan menjadi semi-longhair…bulu tak panjang dan tak pendek.

    Yup, ia memang salah dari segi etika…well, please neuter them ASAP.

    my email arisham@felinemalaysia.com Website : http://www.felinemalaysia.com or add my YM arisham2003@yahoo.com

    * Pls. check your email regarding your email *

  56. kimi Berkata:

    hikhikhikhik…Mr Sham,by d way..im not mimie…im kimi..hehehehe ;P neway.. i will email u later on ya..thx a lot….huhuhu :P

  57. oh!…sorry i ingat mi mi mi jer…;) okehh no hal

  58. kimi Berkata:

    hikhikhik..its ok.. :P

  59. mimie Berkata:

    Sham, kalau ingat ‘mimie’ pun takpe… hahaha…

  60. Aduhhh..jangan test ahahahah….nanti ada yang tak balik semenanjung hehehehe…

    menurut Ben dia akan datang semenanjung dlm seminggu-dua lagi…I think better pass to him the Innova evo & malaseb..or perhaps Jarey can call him and order from him ;).

    kalau datang jumpa saya…jangan lupa bawa ahh apa tu, kalau kat Sarawak diorang panggil Umai….huhuhuh sedappp bah…

  61. mimie Berkata:

    Nak test la ni.. hahaha..

    Well Sham, ok gak tu, mungkin u boleh pass kat Ben the Innova Evo & Malaseb ‘coz tadi i went there, (Ben’s petshop) and i did mention about it. Benda tu memang takde kat tempat dia gak. Me & Jarey memang nak sangat.

    Ye la, insya-Allah, kalau jumpa u nanti, i datang bawa ‘ambuyat’ dgn ‘hinava’… hehe…

  62. jareyj Berkata:

    wah…i da byk ketinggalan laaaa…..nilah ni klu kerja tdk tentu masa…nak buka blog kena tengok roster gak….

    Haaaa kimi, harap2 kimi da faham sedikit apa yg c sham xplan mengenai kawin campur ni….he..he..he..mcm org plak…tp apa2 pun keaslian yang paling penting utk menunjukkan kualitinya…lgpun seperti yg sham ckp, kucign sebenarnya mempunya piawaian tersendiri yang telag digariskan oleh persekutuan2 kucing dunia. Kucing tempatan yang berbulu pendek atau biasa di kenali dgn Domestic Short Hair (DSH), dan kucing campuran yg berbulu panjang iaitu Domestic Long Hair(DLH) atau Domestic Semi Long Hair(DSLH) adalah tidak sesuai di biakkan, Ini adalah kerana kucign2 ini tdk dpt di kenal pasti baka keturunannya. contohnya seperti sifat2 mudah mesra,penyakit, genetik yang baik atau tdk, dan sebagainya.
    Oleh itu tidak hairan mengapa kucing pedegre selalu tdk terdpt di kedai2 utk di jual.
    Kimi blh baca mengenai artikel saya mengenai “persian ke kucing ku” kat blog ni.
    Amboi2 kamurang, kimi n mimie…saling tukar2 gambar kucing plak…kimi, saya pun mau tengok juga gambar anak2 kesygan tu… gambar mimie da tengok da…kimi bila lagi.

    MImie, apa2 pun kita tetap setia menanti malaseb n inova tu aaa…

    sham, jgn mkn byk2 hinava tu, nanti sakit perut.

  63. kimi Berkata:

    hahahaha jeryj..bha bagi email ko..nanti aku email pict2 tucen2 aku ek..

  64. jareyj Berkata:

    okay..jareyj80@gmail.com .sekrg aaaaa….he..he..he..

  65. kimi Berkata:

    jareyj suda ku antar tadik pict2 kucing tu d email mu..hehehehe ;P

  66. jareyj Berkata:

    okay…tks…da tengok da pun….semua comel2. geram aku tengok….

  67. mimie Berkata:

    cute kan jarey… like yours juga..

  68. kimi Berkata:

    Tp btl2 mau beli kucing yang ada cert ni bha..persian flat face and high nose nie..hurmm…jareyj ko tau ka kos penghantaran kucing using cargo frm Kl to sabah(tawau)…hurmm…cuz mau wat budget bah…mau beli kucing sama imadi pet KL or lain2 cattery yang berpatutan harganya dan ada cert sekali…so mau tau budget yang sebenar kos cargo for cat dari KL ke sabah ni….and if frm KK ke Tawau pulak brapa kos dia using cargo ni?ko tau ka?

  69. Mei Zhi Berkata:

    Hi, saya baru stumble across this blog. Sgt2 menarik lah jarey! tahniah! anyways, i happen to know one friend, yang pernah offer to sell me persian purebreds with certificate, which she said are imported from australia, and she lives here in kk! sia tidak sure lah jugak cert to from cfa kah atau badan2 yang lain, tapi she told me the price is around 3000 lebih for a kitten. kalau mengikut panduan yang dibagi oleh en. sham kita tu, well i think kucing yang mau dijual oleh my friend tu, kucing pedigree for show with breeding right lah kan.. tapi semua pun maklum, yang jual flat-nosed persian, wlupun DLH d sabah ni sgt sedikit.. so no guarantee there lah.. tapi i will try to ask my friend lah, and will update this information very soon.

    By the way, i have 2 DLHs! satu girl and satu boy! and they’re pretty darn gorgeous!

  70. jareyj Berkata:

    kimi, klu kos pengangkutan cargo kau kena call cargo mas mh515265 bgia xport 515270/279, klu bgian import mh515266/264. tp kenapa mau ikut mau ikut cargo? kan kau ikut sekali. chk in ja mcm biasa cuma make sure semua document ada.

    Oh! Wow.. you have two DLH ka Mei Zhi.. that’s great, why don’t you email me the photo and I might feature your cats dalam ‘Cat Of The Week’ kan!

  71. Mei Zhi Berkata:

    Thanx jarey! i will emel u shortly!

    pasal my friend yang sy ckp tu, her contact number is 0168111124 (puan dana). bagi sapa2 di kk yang berminat mau beli kucing pedigree, mcm cik kimi kita, bolehlah menghubungi terus puan dana ni. jadi tidak payah bingung2 pikir pasal kuarantin ka apa ka kan.. tapi i myself belum pernah tgk kucing2 dia, so if anything boleh tanya terus puan dana yah…

  72. jareyj Berkata:

    mei zhi, tempat puan dana ni kat area mana ekk? yg paling penting kita nak tau cert tu btl ke tidak. lagi best klu ada nampak gambar2 kucing2nya kan..anyway thanks meizhi..

  73. stunner Berkata:

    Hi everyone & anyone..

    Boleh kasi komen ckit x kat gambar kucing saya. Kucing saya ni name nye KELAT, sbb kaler dia ade gabungan kaler KElabu & cokLAT, hehee..
    Saya mmg minat ngan kucing2 yg berbulu lebat ni tp x mampu lah klu nak beli tuu. KELAT ni pun ade sepupu yg bagi sbb kucing dia beranak byk & x tahu nak bg sape. So i decide y not i cube jaga. I amik dia mase umur x smpi sebulan (skrg dah 6bulan).
    Asal usul KELAT ni, mak dia baka from mix persian & biase. Pastu mak si KELAT ni pun ‘kawen’ ngan kucing biase gak. Tu yg bulu dia pun x brape lebat but still look great, hehee..
    By the way, KELAT ni betina ;)

  74. jareyj Berkata:

    sorry stunner, baru buka blog ni…bz btl bah….i da tengok da gambar2 c kelat tu…comellah…u kena jaga dia hingga menjadi sgt gebu baru power. sbb cantik lah colornya….

  75. stunner Berkata:

    thanks jareyj.. btw, i bg dia makan royal canin food tu. bagus ke? i ade campur dgn vitamin tuk jaga bulu dia, tp kan bulu dia byk jugak gugur. any idea 0r suggestion x on this? atau adakah i kne amik other supplement food for her? need ur help

  76. jareyj Berkata:

    stunner, rasanya encik arisham kita da berikan info tentang tu kat blog ni…tp not sure plak kat mana….nanti double chk balik.

  77. takperlah..jarey…i try to answer again..

    O.k first and foremost, kita kena faham kenapa bulu kucing gugur :-

    O.k secara am..semua kucing akan mengalami keguguran bulu..namun ia tidaklah banyak..ia proses normal dimana penggantian bulu mati kepada bulu baru.

    1. Penyakit
    Penyakit seperti fungus, kutu, kelumumur, kurap dan lain-lain akan membuatkan bulu kucing gugur.
    Bagi penyakit seperti ini, anda perlu merawat penyakit tersebut dahulu..gunakan frontline, malaseb.

    2. Seasonal/Musim
    Terdapat kucing yang gugur bulu kerana bulu kitten akan digantikan kepada bulu dewasa..lazimnya umur kucing antara 8-1 tahun. Kucing yang diimport atau baka luar negara yang biasa mengalami 4 seasons akan mengalami keguguran kerana musim panas dan kembali tumbuh pada musim sejuk.

    3. Stress
    Seperti manusia, kucing yang stress akan mengalami keguguran bulu. Anda perlu ‘check’ apakah yang mengakibatkan kucing ada stress. Ada kucing yang tidak suka dikurung, kehadiran kucing lain, tidak suka kanak-kanak atau takut.

    4. Kekurangan vitamins
    Kucing yang mengalami kekurangan vitamins akan mengakibatkan bulu kucing kering atau kulitnya tidak sihat. Ini akan menjadikan bulu kucing kerap gugur.

    Penggunaan syampoo yang berlebihan juga boleh mengakibatkan bulu kucing kering. oleh itu, pastikan sukatan syampoo yang digunakan tepat.

    O.k..back to basics…semua penyakit keguguran bulu berasal dari kulit dan bulu yang tidak sihat. Oleh itu ada perlu memastikan kucing anda mendapatkan bekalan protien (yang penting untuk bulu) dan vitamins tambahan.

    Bagi saya, saya mengesyorkan perkara dibawah :-

    a) Kibbles
    Kibbles yang mempunyai protien yang tinggi seperti Innova Evo dan Royal Canin Skin Care. Elakkan memberi kibbles yang mengandungi kandungan garam yang tinggi atau ‘meat by products’ seperti beberapa jenama murah.

    b) Protien
    protien yang terbaik didapati daripada daging mentah segar dan daging ayam segar. Berikan kucing anda bekalan daging mentah+ayam sekurang-kurangnya sekali seminggu. Jika mampu, setiap hari. Jika kucing anda tidak makan makanan mentah, anda boleh rebus kosong (tanpa bawang dsb)…tapi jangan terlalu lama..bagi mengekalkan kandungan protien.

    c) Vitamins tambahan
    Vitamins tambahan seperti Salmon Oil, Brewer Yeast dan Multi -Vitamins diperlukan.

    Hope it might help…

  78. jareyj Berkata:

    thanks sham….harap2 stunner da dpt jawapannyaaaaa….

  79. stunner Berkata:

    tqvm to mr arisham & jarey 4 ur help & 4 da info

  80. jareyj Berkata:

    he..he..he.. no hal bah…

  81. ratu84 Berkata:

    heloo….

    saya merupakan peminat kucing juga…pada kengkawan bolehkah bgtahu saya dimana saya boleh dapatkan kucing parsi/pedigree di sabah?dengan harga berpatutan…..klu mahu beli dan pick up sendiri…

  82. jareyj Berkata:

    nak dptkan kucing pedigree kat sabah ni susah. ada pun tp jual harga mahal sgt..klu nak, kena dptkan dr luar sabahlah. tp mcm biasalah proses agak rumit sedikit…klu setakat domestic long hair tu, kat gaya street blh cari..

  83. CIKIN Berkata:

    hai jarey..i nak tanye la, membersihkan telinga kucing tu kat bahagian atas sahaja atau yang dalam-dalam telinga (bahagian dalam yang mempunyai banyak lekuk dan masih nampak ) sekali? sebab i selalu bersihkan yang bahagian dalam tu dimana susah untuk kite bersihkan.

    takde effect ke kalau i bersihkan bahagian dalam telinga kucing tu? yela, kalau kite manusia tak boleh dalam2 sangat sebab takut terkena gegendang telinga then jadi pekak, but untuk kucing tak mengapa ke kalau kite bersihkan yang bahagian dalam tu?

    i takut my kucin pekak la plak…

    hehehehe…
    TQ

  84. cikin,

    bersihkan telinga kucing menggunakan cecair pencuci telinga. apabila kita letakkan cecair tersebut kedalam lubang telinga kucing, kita perlu menggosok belakang telinga (hampir dgn kepala) kucing agar kekotoron yang keras menjadi lembut. kucing akan mengeleng-gelengkan kepalanya apabila anda selesai. ini akan mengakibatkan cecair dan kekotoran akan keluar.

    selepas itu, bersihkan bahagian yang anda boleh nampak menggunakan kapas facial.

    untuk membeli cecair telinga yang baik, anda perlu mencuba ia di bahagian tapak tangan anda…jika anda terasa ‘panas’ maka cecair tersebut TIDAK SESUAI untuk telinga kucing. Ini kerana bahagian dalam telinga kucing sensitif, jadi jika cecair itu panas..ibarat meletakkan garam ke luka..elakkan!.

    saya syorkan anda menggunakan oribiotic atau surulan.

    Lazimnya selepas mencuci telinga (dalam 30 minit) anda perlu memandikan kucing anda, kerana kekotoran yang keluar boleh mengakibat bulu kucing melekit.

  85. CIKIN Berkata:

    tQ nor arisham bakar,

    nanti saya akan cube ape yang awak sarankan.. sebelum nie saya tidak terfikir untuk buat seperti yang awak sarankan..

    untuk pengetahuan semua, saya tinggal di daerah muar, dan masih menuntut, disini tidak banyak petshop yang membolehkan saya untuk membuat pilihan.

    tp walaubagaimanapun saya akan cube untuk mencari ubat tersebut.

    lagi satu saya nak tanye, berapa kah kos untuk kite membuat neuter ataupun bahasa kampung memandulkan kucing ?

    terima kasih..

  86. kos bagi neuter kucing jantan ialah antara rm45-rm60. Manakala bagi kucing betina, RM80-RM120. Saya tidak pasti di Johor. Maybe ada bloggers yang boleh membantu?.

  87. aRe_uDear Berkata:

    hai jarey,
    i baru berjinak2 nak bela percian cat nie tpi x sure la yg i beli ari 2 pure ke DLH.. tpi org kat petshop tue kate pure persian lar i pn x tgk sjil cat tue.. tpi sebab dah berkenan sgt2 i beli coz dah lame cari baru dapat..
    skrg baru 1bln lebih umur die i bgi nama Ratu..

  88. fiza Berkata:

    Kucing saya baru mati pagi ni. Jenis kacuk beeman dan persian Nama dia romeo. Ada tak sesapa nak bagi kucing atau jual? Anak-anak nangis sebab sayangkan dia.

  89. zaini Berkata:

    jarey … nak tanya la … ok let say u have a pair of cat after mating tu ofcoz ade kitten kan so how to register those kitten?? ade tak masalah kalau mate those cat with the same blood line dlm kata lain tu adik beradik la … tq

  90. aien Berkata:

    Hi Jarey,

    Apa khabar? baru2 ini 21/4/09 my persian cat sudah melahirkan 4 ekor anak. Jadi bagaimana boleh saya mendaftarkan kelahiran anak2 kucing ini supaya mempunyai sijil lahir? Dimanakah tempat pendaftaran? Saya tinggal di sekitar Klang Valley.

    Tq Jarey

  91. illya sofiea Berkata:

    kak nak seekor??!!umur saye10 thn saye tringin nk kuing parsi tpi xde duit nk beli…

  92. farawahedah Berkata:

    nantila bila kucing kakak lahirkan anak dia…tengah cuba kawinkan dia…….dulu kakak pun macam sofea juga nak sangat kucing parsi…akak ambil ja kucing kampung jaga cantik juga. bila dah kerja gaji pertama ja akak beli kucing parsi umur 3 bulan harga rm 950. separuh gaji la…
    tapi sekarang dah satu tahun 4 bulan. sekarang cuba kawinkan dengan kucing kawan. kalau ada rezeki InsyaAllah…
    beri alamat ke no tel ke…ok minat kamu tu minat yang mulia….jangan berkubur ja minat ni ya….

  93. farawahedah Berkata:

    cuba minta dengan zaini tu satu ke…dia punya dah lahir…kalau dia tak beri takpa…yang pentin doakan kucing akak bunting la ya….

  94. illya Berkata:

    kak trima kasih tpi xpayahla sbb saya dah ada kucing parsi wrna hitam putih…ayh bagi hadiah dapt 7a dalam pekse akhir thn…name dier jack..

  95. shahril Berkata:

    16 nov nie sy nak ke kl. leh tak bgtau di mana boleh sy dapatkan kucing semi flet betina dewasa dan anak. adik sy minta tolong carikan.

  96. mohd asneh Berkata:

    sharil,
    u call isam 0123639846…tanya dia…termasuk cara penghantaran dia boleh bantu

  97. yanz Berkata:

    tolong saya…mcm mana nak hantar kucing balik sabah?saya beli kcuing sini nak hantar ke sabah tp xtahu prosedur dia..ajar saya leh x?tp kucing ni xada cert la..

  98. mohd asneh Berkata:

    yanz
    u call isam tu…ckp u kwn asneh….dia boleh bantu tu…

  99. Julie remy Berkata:

    hi kawan kawan. saya baru terjumpa blog ini dan sangat tertarik dengan panduan dan cerita mengenai kucing terutama nasihat yang sangat bernas dari pakar dan konsultan doktor veterina Dr. Mohd Asneh yang menetap di sabah yang sentiasa dapat meluangkan masa untuk masalah dan pejagaan kucing.

  100. mohd asneh Berkata:

    julie,
    saya bukan doktor la saja ja kongsi2 pengalaman di sini…bukan semua pandangan saya betul pun tu…saja bagi pendapat kalau saya perna mengalami masalah tu

  101. Julie remy Berkata:

    oh oh. by the way saya tinggal di tawau. di mana bole dapat persian kitten for sale di sabah nie yang harga berpatutan. di gaya street tu ada banyak juga tapi bila tengok kucing kucing yang dijual tu harga mahal dan terpaksa berpanas pula .

    adapula yang jual bengal cat bulu panjang.

  102. mohd asneh Berkata:

    julie,
    yg di gaya street tu bukan persian…persian ada kucing yang mempunyai sijil pedigree, yang di gaya street tu cuma DLH (Domestik Long Hair). setakat ini tiada persian for sale di kk.
    di kl ada la, kalau berminat call atau sms saya 0138703107, ada kawan di KL, baru-baru ni ada kawan dari tawau beli dari KL juga

  103. Julie remy Berkata:

    kalau nak beli di kl, macam mana nak bawa ke sabah. Kena cukai kah. Harga berapa.seronoknya kalau saya dapat kucing tu. Saya dengar cerita di kk ada juga persian tapi saya tak tahu di mana. Saudara ada tahu kah? tak ada pedigree pun tak apa lah. janji bulu panjang dan muka bidak

  104. mohd asneh Berkata:

    julie,
    kalau dr KL harga antara 2-3k ada certf…tambang dlm 500++ mau kuarantin then perlu ada permit dll byk prosedur la…kalau di kk gaya street ada..ko bagi no hp ko nanti saya fwrd no kwn2 yg ada kitten for sale…tq

  105. Shaharudin Berkata:

    Salam Jarey,
    Saya baru terjumpa blog ini dan quite interesting. Tahniah atas usaha murni anda. Saya mempunyai banyak kucing jenis mainecoon, persian, bengal, american curl, scottish fold juga domestic long hair. Ada jenis pedegree dan mempunyai sijil CFA juga TICA. ada juga tanpa sijil pendaftaran yang harganya lebih murah.
    Saya berasa sedih kerana ada yang menghantar komen mungkin kucing anda yang mati terkena virus itu dibeli dari Bibi Zaleha. Kalau buat pencarian di laman web terus terpapar tuduhan sebegitu.
    Dengan rendah hati dan ikhlas saya mohon saudari membuat pembetulan supaya nama bibi zaleha tidak dicemari. Berikan jawapan yang sebenarnya kerana paparan itu dilihat oleh semua orang. Jika sungguh pendustaan itu, saya harap saudari dapat buktikan.
    Sebagai pencinta binatang kesayangan rasul, saya menyanjung usaha murni saudari yang banyak memberi nasihat kepada kita; walau bagaimanapun cuba beritahu isteri jangan buat tuduhan terbuka begitu kerana ia mungkin boleh melibatkan implikasi perundangan. Jika berkesempatan boleh hubungi saya di email atau telefon 0198808424.
    Semoga kita semua mendapat keberkatan.
    Selamat berpuasa

  106. mohd asneh Berkata:

    salam bang,
    ajal maut ditangan Allah SWT, kadang ada dikalangan kita tidak faham tu…

  107. shaharudin Berkata:

    Salam saudara Asneh,
    Terbaca banyak panduan dan nasihat yang sangat berguna saudara berikan dalam blog ini. Tentunya ia dapat menambah keberkesanan penjagaan kucing kepada banyak peminat yang mengunjungi blog ini. Teruskan usaha saudaara semoga pengetahuan dan percambahan fikian berkembang pesat secara positif.
    Kepada Jarey dan Chaser, komen no 7 dan 8 berkaitan.

  108. nizar Berkata:

    erm nk tnye ?? ade x kelab2 kucing kt malaysia khusus nye johor
    nk join laaaaa

  109. azizul Berkata:

    hi Jerey.. aku nak tanya engkau di mana boleh aku meiting kucing betina ku baka maincone+persian dengan jantan persian,
    tujuan aku adalah untuk mendapatkan kembali zuriat kucing pure persian..

    enkau ada contact tak mana mana teman engau yang buat urusan maiting kucing ini ini.. kalau boleh pure persian bukan DHL.

  110. Noor Mazuin Adam Berkata:

    Hi Saya baru je bela seekor DLH tp previous owner kata dia jenis persian (non-cert), api tak kisah lah sebab saya sayang kucing dan dapat percuma je kucing tu ..(hadiah perkahwinan :)). Anyway, saya sgt suka kucing dari dulu, cuma dulu ada kucing domestik je..stray cat , (dlm 13 ekor) datang rumah then bg makan trus stay kat rumah saya hehee..Since sekarang saya dah pindah dan ada female DLH cat, boleh tak jarey rekomen male for her partner ..kalau boleh sama jenis. First intention saya ialah nak dia happy..sebab dia indoor cat so tak keluar dari rumah kerana nak jaga kebersihan dia. Saya tengok banyak yang jual lebih 1k untuk non cert DLH …bg saya terlalu mahal. hopefully jarey dapat bantu saya, first tolong tengok kucing saya jenis apa dan tolong saya cari mate untuk dia…

  111. Hanakie Dee Berkata:

    Tahniah jarey for this website..really helpful..semoga semua pencinta kucing mendapat pengetahuan dari nasihat2 yg ada disini..

    Tuan Sharuddin.. saudara orang sabah ka?

  112. lisamerza Berkata:

    hye saya lisa dari kota kinabalu sabah. .saya berminat untuk membeli kucing pedegree perisian . . macam mana saya nak dapatkan dengan harga yg berpatutan?

  113. shaharudin Berkata:

    Salam Hanakie…saya adalah seorang warga malaysia….dan seorang yang sangat meyayangi binatang kucing…..

  114. czan Berkata:

    Hallo smua.
    Boleh kasi tau tak, antara bapa dan ibu kucing, biasa nya gen mana yg lbh dominan diwarisi kpd anak dia? Tq.

  115. cici Berkata:

    saya mau cari exotic bah tapi smua mahal2. ada kah yg murah tuu ah around rm800 mgkn mampu lagi. klu ada tlg email saya at Bravenyzclover@gmail.com

  116. She84 Berkata:

    hidup terasa indah dengan kucing2 ku…huahuahuahua..<~kalah2 org baru kawin ni…hahhahahhahaha

  117. sanok Berkata:

    kakak saya pun ada kucing.2 ekor je semuanya (DLH) kucing ni taklah nakal sangat ………

  118. Carrie Anne Berkata:

    Heya! I just wanted to ask if you ever have any problems with hackers?
    My last blog (wordpress) was hacked and I ended up losing several weeks of hard work due to no back up.
    Do you have any solutions to stop hackers?

  119. Cleo Berkata:

    This is a topic that’s close to my heart… Best wishes!
    Where are your contact details though?

  120. umairah Berkata:

    kalu kucing besa mix kucing parsi akan jadii mcm mna??

  121. wonderful brochure site

  122. We can help you in the areas like writing and publishing
    press releases and submitting the app to the websites and directories.
    If you are now using the old techniques to sell your product then
    you are not loyal with your own business. – Michael Terpin, Social – Radius,
    Founder and CEO.

  123. erna Berkata:

    Slamt malam. Saya tjumpa wordpress ini ketika searching ttg kucing. Mau tanya, di mana saya boleh dptkan baka kucing siam? Btw saya d tawau. Tq


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 51 other followers