Jarey Cat Lovers

Jarey’s Cat On The Blog

Susu Untuk Kucing Ogos 4, 2009

Hallo semua…

Adakah anda semua tahu susu yg sesuai untuk kucing anda? Kenapa tidak gunakan je susu yg biasa kita minum tu? Ada beberapa readers yg pernah bertanyakan soalan seperti ni beberapa bulan lepas, so hari ni Jarey bawak kamu orang semua story pasal susu kucing.

Susu-kucing-Milkodog

Ok! pertama sekali yg anda perlu tahu ialah sistem penghadaman kucing adalah berlainan dari manusia, jadi memberi kucing susu lactosa rendah lemak ntah apa2 biasa yg diminum oleh manusia adalah tidak betul. Di sini Jarey gunakan jenama susu ‘MILKODOG’ untuk menyusukan anak kucing, teknologi susu dari Jerman ni memang sangat2 sesuai buat kucing anda, terutama sekali pada anak kucing yg mempunyai masalah menyusu dengan ibunya. Bunyi jenama susu ni memang ada ‘DOG’ cikit sebab susu ni juga sesuai untuk anjing yg mempunyai sistem penghadaman yg serupa.

Jumlah sukatan pemberian susu sehari :
Kucing berusia 7-10 hari berikan 13ml
Kucing berusia 14-18 hari berikan 17ml
Kucing berusia 3 minggu berikan 20ml
Kucing berusia 1 bulan berikan 22ml

Bancuh susu dengan air suam (tapi tdk terlalu suam panas), kekerapan adalah 4-6 kali sehari bagi setiap 4 jam, manakala usia kucing mencecah 14 hari bolehlah dikurangkan kekerapan 4 kali sehari setiap 6 jam. Mudah bukan!

MILKODOG berharga dalam RM40, ada beberapa lagi jenama susu kucing yg juga sesuai digunakan seperti PetAg KMR Kitten Milk Replacer Powder, Neu Zea, Farnam Just Born Milk Replacer

Kepada sesiapa yg mempunyai lebih info pasal susu kucing ni, bolehlah tolong2 tambah list jenama susu kucing mana2 yg Jarey tertinggal ye.. :)

 

Merawat Jangkitan Fungus Pada Kucing April 10, 2009

Hi semua!! Yeehh.. Jarey kembali :)

Terlebih dahulu terima kasih diucapkan buat semua pembaca2 blog serta comentar2 yang cukup setia pada blog jareycatlovers diatas semua sokongan dan sumbangan anda!! saaaaayang korang! Kali ini Jarey ingin berkongsi serba sedikit pengalaman Jarey dalam merawat jangkitan fungus pada kucing.

Pertama sekali kita mesti tahu apa itu fungus..

Apa itu Fungus?
Secara ringkasnya Fungus adalah sejenis kuman yang sangat halus pada pandangan mata kasar manusia dan hidup menumpang bersama haiwan peliharaan anda. Fungus boleh mengakibatkan jangkitan kulit ke atas kucing secara berperingkat dan jika tidak ditegah dengan teliti, fungus akan merebak ke keseluruhan anggota badan kucing anda.

Apabila ini berlaku, jangan biarkan kucing anda tanpa sebarang rawatan susulan seberapa segera. Mengikut pengalaman Jarey, terdapat beberapa cara mudah untuk anda merawat jangkitan fungus ni..

Salah satu cara tersebut ialah dengan menggunakan ubat gel anti fungus yang betul. Jarey menggunakan gel anti fungus berjenama ‘Natural Pet’ yang boleh didapati dari kedai2 pet shop berhampiran (kemungkinan tidak di semua kedai pet).

naturalpet-antifungalgel

Ini adalah salah satu gel anti fungus yang sangat2 berkesan, dengan harga dari RM30 – RM40, anda sudah boleh tersenyum apabila melihat hasilnya yang berfungsi merawat jangkitan dengan baik selama 24 jam selepas setiap sapuan. Manakala hasil keseluruhan boleh dilihat dalam jangka masa 1 ke 2 minggu. (bergantung pada jenis baka kucing)

Cara menggunakan :
– Sapu gel ‘Natural Pet’ anti fungus dengan rata pada anggota badan kucing yang terdedah dengan fungus.
– Boleh dilakukan dua kali sehari (pagi dan petang/malam)
– Gunakan glove/sarung tangan ketika menyapu gel ke atas kucing yang berfungus

Manakala alternatif yang lain pula, Jarey mencadangkan supaya kucing anda diberi suntikan anti-fungus yang betul. Suntikan ini anda boleh dapati daripada klinik kesihatan haiwan (biasanya dari klinik kerajaan) serta vertinary2 yang berdaftar.

suntikan-antifungus

Dengan sekali suntik yang berharga dari hanya RM10, suntikan anti-fungus ni boleh bertahan sehingga 30 hari dalam badan kucing anda untuk melawan sel2 fungus2 tersebut. Pastikan jarum suntikan di rendam air panas selepas digunakan dan jarum tidak terdedah (patut ditutup rapi) sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

Kesimpulan :
Berikut adalah antara langkah2 alternative bagi anda yang mempunyai masalah untuk merawat fungus berdasarkan pengalaman Jarey.

Walau bagaimanapun cara anda merawat fungus pada kucing, Jarey tetap berpendapat adalah lebih baik sekiranya kucing anda setiasa bersih dan dijaga rapi dari sebarang kuman dan kotoran.. kerana ‘mencegah itu lebih baik dari merawat’ betul tak???

Till we all berjumpa lagi di article akan datang!! :)

 

Bagaimana Menghindarkan Kutu dan Hama Kucing Februari 2, 2009

Filed under: Penjagaan Kucing — jareyj @ 3:00 am
Tags: , , , ,

Kepada semua pembaca blog yang pernah membaca artikel Jarey yang lepas iaitu Masalah Bulu Kucing Anda Gugur???? pasti semua sudah tahu kan antara punca-punca bulu kucing kesayangan anda gugur.

frontline-ubatkutukucing

Hari ni Jarey nak tunjukkan ubat yang Jarey gunakan untuk menghindarkan kutu pada bulu kucing.. FRONTLINE spray, ialah cecair racun serangga yang selamat digunakan untuk kucing anda. So far, semua kucing Jarey bebas kutu semenjak menggunakannya.

Dengan harga berpatutan, FRONTLINE Spray amat berbaloi. Boleh didapati di kedai-kedai pet ataupun vetinerary. Pastikan barangan yang asli ye! he..he..he..

Cara-cara menggunakan :

  • Sembur beberapa hembusan ke kulit kucing tetapi pastikan semburan bertentangan dengah arah bulu kucing anda.
  • pastikan selak terlebih dahulu bulu kucing hingga nampak kulit
  • semburkan pada kulit tengkuk, leher, ketiak, cela-cela kaki dan pangkal ekor.
  • Jarak semburan dalam linkungan 10cm – 30 cm (satu/satu setengah jengkal)
  • Bagi kucing yang berbulu lebat, ratakan bulu-bulu kucing sehingga semburan sampai ke kulit kucing anda.

Oooppsss…lupa plak nak bagitau, kucing yang telah di semburkan dengan frontline boleh di mandikan  selepas tiga hari atau seminggu.

Sekian panduan hari ini, terima kasih dan selamat mencuba :)

 

Oooo Si KiKi… Jun 28, 2008

memperkenalkan jeng..jeng..jeng… KIKI…. kucing kesayangan kepunyaan my cousin Sylvia yang sekarang menetap kat damansara. comel kan!!!

Gambar bersama Kiki, shot diambil pada sekitar April 2008. Ketika itu Kiki masih berumur kira-kira 4 bulan. Saya pun nampaksedikit berisi..he..he..he..

Manakala dibawah ini pula ialah gambar terbaru Kiki, shot diambil pada June 2008..

lihatlah perbezaan tubuh dan bulu KIKI. Betapa sihat dan gebunya Kiki membesar. Perhatikan juga bulu Kiki yang agak lebat jika dibandingkan Kiki berumur 4 bulan. Apakah rahsia yang diamalkan Sylvia menjaga Kiki sehingga begitu rupa?? jeng..jeng..jeng…

Sebenarnya KIKI pun agak fussy untuk memilih makanannya…KiKI hanya makan premium cat food (for kitten) dan minum susu. Selain itu,  perhatian yang lebih teliti ketika Kiki dalam proses pembesaran dengan memberi penjagaan yang rapi dan  persekitaran yang sihat untuk mengelak dari jangkitan sebarang kuman yang mendatangkan penyakit.. that’s it!  Kiki seekor anak kucing yang sangat aktif dan manja. Tabiat Kiki, suka sangat mengusik kita apabila kita syok tido ataupun menonton television. Perkara yang dibuatnya dia akan menyergah kat depan muka kita kalau tengah tido. Kalau tak pun dia suka menjilat-jilat kaki.

Bagaimanakah pula kucing anda?? adakah ia menjadi lebih sihat membesar dan cergas? dan bagaimana pula anda menjaga kucing anda ketika kecil hinggalah ke peringkat dewasa?

Kongsilah pengalaman anda disini bersama saya…

 

Cara Memandikan Kucing Dengan Ubat Syampu.. September 24, 2007

Filed under: Penjagaan Kucing — jareyj @ 1:55 pm

Nak Tahu Cara Memandikan Kucing Dengan Syampu Ubat dengan Betul?

Perkara yang perlu disediakan untuk memandikan kucing adalah seperti :

  • Tuala
  • Air suam
  • Sikat khas untuk Kucing
  • Syampu Ubat
  • Pengering rambut

Sebelum memandikan kucing, pertama sekali kita perlu memeriksa bahagian badan kucing yang sakit sekiranya ada. Contohnya seperti bahagian dagu, ketiak, lipatan paha, tapak kaki, ekor dan pangkal ekor. Biasanya tungau scabies ataupun kulat sering menyerang di bahagian telinga luar serta dalam. Manakala kutu pinjal pula seirng menyerang di bahagian atas kepalakucing dan seluruh bahagian badan kucing.

Setelah memeriksa seluruh badan kucing, basahi seluruh badan kucing dengan air suam, tidak terlalu panas tidak terlalu sejuk. Pastikan air membasahi seluruh badan kucing, ini kerana syampu ubat yang tidak sampai ke bahagian kulit dan bulu kucing akan membuat rawatan kucing tidak berkesan, terutama pada kucing yang mempunyai bulu yang lebat dan panjang.

Sapukan syampu dengan rata setelah air membasihi seluruh badan kucing. Tetapi perlu berhati-hati pada bahagian badan kucing yang mempunyai kesan luka. Kemudian, sisir badan kucing perlahan-lahan sambil urut-urutkan badan kucing. Pastikan syampu tidak terkena pada mata dan hidung kucing. Selepas itu biarkan syampu selama 5 – 10minit melekat dibadan kucing agar segala kutu, kulat dan bakteria mati.

Setelah temoh lebih kurang 10 minit, bilas badan kucing dengan bersih dan jika perlu ulangi lagi dengan syampu dan sikat sambil mengurut badan kucing dengan perlahan-lahan selama 5 hingga 10 minit. Kemudian bilas badan kucing dengan bersih sehingga kesan syampu tersebut hilang dibilas air, ini dapat mengelakkan kucing anda daripada menjilat-jilat badannya selepas di mandikan.

Bagi proses pengeringan badan kucing, pastikan badan kucing kering sampailah ke kulit dan kucing anda betul-betul berada dalam keadaan yang kering. Jika pengeringan tidak sempurna, akan menggalakkan lagi pertumbuhan segala bakteria, kutu dan tungau.

Selepas memandikan dan kucing anda telah kering sepenuhnya, nikmatilah bulu kucing anda yang segar lagi nyaman.

 

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 53 other followers