Hari ni Jarey nak berkongsi sebuah cerita menarik semasa Jarey dan hubby pergi bercuti-cuti malaysia pada December lepas. Nak dijadikan cerita, saya dan hubby sedang berjalan-jalan di sekitar Bukit Bintang, tetiba ternampak sesuatu yang sangat menarik perhatian.. jeng!…jeng!…jeng!…

Apa agaknya yang anda fikirkan bila ternampak gambar-gambar seperti ini? Persoalan mengapakah kucing-kucing ini sedemikian rupa? tido ke? pengsan ke? letih sangat ke? Haaaaa… nak tau? teruskan membaca..

Kucing-kucing tersebut adalah kucing-kucing terbiar dan kelaparan yang telah dijaga, diberi makan dan diselamatkan oleh seorang lelaki yang sangat perihatin. Beliau telah menyelamatkan kucing-kucing ini dari terbiar berkeliaran dan kelaparan. Memang terharu bila memikirkan masih ada orang sepertinya yang simpati dengan nasib kucing-kucing terbiar.
Saya nak anda sendiri melihat dan perhatikan keadaan kucing-kucing ini. BAGAIMANA??? pernahkah anda melihat kucing-kucing sebegini rupa yang cuma diam terbaring kaku berjam-jam di atas sebuah motor sambil menjelirkan lidah kepanasan dalam keadaan haba enjin motor yang panas ditambah pula keadaan cuaca yang panas terik. Apa yang membuat saya tertanya-tanya adalah bagaimana kucing-kucing tersebut tidak pernah berganjak dari tempatnya ataupun lari melompat dari motor tersebut???
Untuk pengetahuan semua, kepada sesiapa yang yang ingin menyentuh atau mengambil gambar bersama-sama dengan kucing-kucing ini, anda perlu membayar sejumlah wang dahulu kepada pemiliknya.

Lihat, kucing-kucing ini…pelikkan? motor tersebut dihias begitu cantik, siap dengan muzik yang kuat. Pada pengetahuan saya, kucing-kucing ini telah berada diatas motor ini berjam-jam, yang menghairankan, saya langsung tidak nampak sebarang bekas makanan untuk kucing-kucing tersebut diletakkan berdekatan. Sungguh kesian bila melihat kucing-kucing tersebut seperti dijadikan bahan pameran untuk menaguh simpati orang ramai untuk menderma. Saya sebenarnya ingin mengambil lebih banyak gambar tetapi hati tidak tahan melihat kucing-kucing tersebut diperlakukan sebegini rupa.

Haaaaa…inilah pemilik kucing-kucing tu dengan di temani seekor beruk yang dipanggil ‘baby’… sempat juga saya berkenalan dengan beruk ni…he..he..he…

See… beginilah keadaan kucing-kucing ini dipamerkan untuk tontonan orang ramai… saya punya pelik tak habis-habis memikirkan bagaimana kucing-kucing ini tidak pernah berganjak atau lari dari motor tersebut. MENGAPA YE????

Koleksi gambar-gambar penderma serta pengunjung yang pernah datang menderma dan mengambil gambar.

Berikut adalah nota/notis yang perlu anda baca sebelum mengambil gambar :
“Jika anda nak menyentuh, membelai atau mengambil gambar sila baca dahulu nota yang disediakan. Kalau faham teruskan, kalau tak faham-faham sendirilah. Bukan free show. Kucing ini adalah kucing-kucing terbiar yang telah diselamatkan. Mereka dibawa ke sini untuk mendapatkan sumbangan wang bagi membeli makanan dan ubatan mereka dari org-org yg sayangkan haiwan. setakat ini 100 ekor lebih telah berada dalam jagaan saya. Apa yang saya buat ni tidak akan berhenti di sini sahaja.”
“KALAU SETAKAT NAK SENTUH, BERKATA CANTIK TAK AKAN MEMBANTU HAIWAN. DIMANA HATI DAN PERASAAN KONONYA SAYANGKAN HAIWAN. BELI MAKANAN MEREKA DENGAN WANG.”
JKCR Cats Rescuer
Itulah nota yang di gantung didepan skuter tersebut..

Melihat pada pendapat Jarey hanya simple, Jarey sangat berterima kasih dengan usaha pemilik kucing tersebut untuk memelihara, menjaga, serta membela nasib kucing-kucing terbiar, cuma dengan mengenakan RM10 untuk mengambil gambar bersama kucing-kucing tersebut adalah tidak munasabah dengan melihat keadaan kucing tersebut dibuat seakan-akan alat pameran yang kaku, menjelir lidah kepanasan.
Bagaimana pula pendapat anda?
























Komen Terbaru