Jarey Cat Lovers

Jarey’s Cat On The Blog

Cara Menukar Makanan Baru Kucing…. Oktober 21, 2007

Filed under: Pemakanan Kucing — jareyj @ 4:23 am

menukar-makanan-kucing.jpg

Ingin menukarkan makanan baru setelah si manja sudah biasa dengan makanan lamanya? Tidak semua kucing boleh menerima makanan baru setelah lama biasa dengan makanan lama.

Ini kerana usus kucing mempunyai bakteria sihat yang dapat membantu pencernaan makanan di serap sepenuhnya. Usus- usus ini memang semula jadi terdapat pada badan kucing. Ia di sebut Flora usus. Tetapi ramai yang beranggapan apabila kucing mereka menghidapi masalah pencernaan, mereka mengatakan makanan tersebut tidak bagus. Sedangkan mereka membelinya dengan harga yang mahal.

toxoplasma.jpg

Contohnya, apabila kucing kita telah biasa dengan makanan lama kesukaannya, flora usus kucing juga telah seimbang dengan makan tersebut. Jadi apabila kita menukarkan makanan baru secara mengejut belum tentu makanan baru tersebut dapat diterima oleh usus kucing kita.

Oleh itu kita perlulah mengikut beberapa langkah teliti bagaimana menggantikan makanan baru kepada kucing supaya mengelak daripada gangguan pencernaan.

graf-makanan-kucing.jpg

Pada hari pertama dan hari kedua, kita cuba campurkan sebanyak 30% makanan baru dengan makanan yang lama. Pada hari ketiga dan keempat pula kita cuba campurkan makanan baru sebanyak 50% dengan makanan lama. Dan pada hari kelima dan keenam kita cuba campurkan sebanyak 70% makanan baru dengan makanan lama. Sehinggalah pada hari seterusnya apabila kita lihat kucing kita sudah biasa dan tidak menghadapi apa-apa masalah dengan makan barunya, barulah kita boleh memberikan 100% makanan baru kepada kucing kita.

Namun ada juga kucing yang saluran pencernaannya tidak sensitif dan boleh menyesuaikan diri dengan makan baru pada bila-bila masa.

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 52 other followers