Jarey Cat Lovers

Jarey’s Cat On The Blog

Eksklusif : Temubual Jarey & Arisham Oktober 26, 2008

Filed under: Eksklusif — jareyj @ 8:00 am
Tags: , , , ,

Hello semua!!! Sebagai tanda terima kasih kepada semua pembaca blog JareyCatLovers yang terus menerus memberi sokongan dan sambutan yang menggalakkan, di sini Jarey ingin mengambil kesempatan untuk mempersembahkan anda temubual eksklusif Jarey bersama seseorang pemilik kucing pedigri. Anda nak kenal siapakah beliau?? teruskan membaca…

Bagi peminat kucing di Malaysia, sudah tentu mengenali En. Nor Arisham Hj. Bakar atau lebih dikenali dengan Arisham. Beliau adalah Setiausaha Persatuan Felin Malaysia (Feline Society of Malaysia) dan juga Duta CFA di Malaysia (CFA Ambassador).

Ikuti temubual Jarey dengan beliau :

Jarey : Assalamualaikum!
Arisham : Waalaikumussalam W.b.t

Jarey : Bolekah anda menceritakan serba-sedikit bagaimana anda boleh berminat dengan pemeliharaan kucing ini?
Arisham : Saya dilahirkan di kampung, semasa saya kecil, saya amat berminat tentang pemeliharaan binatang terutama kucing. Kucing yang paling saya sayang mati akibat dipatuk ular, semenjak itu saya tidak lagi memelihara kucing sehinggalah tahun 2006 (lebih kurang 20 tahun selepas itu). Ketika membaca sebuah surat khabar tempatan, saya terlihat Mr. Jimmy Lee memegang kucing baka Maine Coon. Semenjak itu, saya berminat tentang kucing semula dan mula memelihara 2 ekor kucing Domestik bulu panjang (DLH). Pada mulanya seperti orang lain saya juga ingin tahu baka kucing saya, dan menurut rakan saya ia adalah baka ‘Siberian’ sehinggalah saya mengetahui ia hanya baka domestic bulu panjang.

Jarey : Bagaimana anda boleh terlibat didalam FSM (Feline Society Malaysia)?
Arisham : Saya menghadiri show pertama FSM di Melaka (A Farmosa), dimana ketika itu saya berminat menjadi ahli. Saya telah berjumpa dengan breeder-breeder popular di Malaysia seperti Jimmy Lee, Adillah K. Roose, Auntie Wan Jahara dan juga Shajarashizah Nor. Ketika itu juga saya berjumpa dengan satu-satunya breeder Siberian di Asia, iaitu Nadia Jaafar. Semenjak itu, saya seringkali bertukar-tukar pendapat dengan mereka dan mula mengenali FSM dengan lebih dekat sehinggalah saya ditawarkan jawatan ahli jawatankuasa pada tahun 2007 dan Setiausaha Kehormat FSM pada tahun 2008 dan juga Duta CFA.

Jarey : Sebagai Duta CFA, apakah tugas-tugas anda?
Arisham : Sebagai Duta CFA, saya bertanggungjawab untuk mendidik orang ramai tentang kucing bermula dari aspek pemeliharaan, baka sehinggalah pertunjukkan dan CFA itu sendiri. Setipa hari, saya menerima email tidak kurang dari 10-20 soalan mengenai kucing. Selain dari itu saya juga melakukan kerja-kerja TNR (Trap, Rescue and Release) bagi kucing-kucing terbiar. Di Malaysia masih ramai yang belum mengetahui perbezaan kucing domestic, terutama kucing domestic bulu panjang, ramai yang menyangkakan mereka memilikki kucing Persian (Parsi atau Persia). Lihat sahaja jumlah peminat kucing yang tertipu oleh individu atau pet-shops yang tidak bertanggungjawab yang mengatakan mereka menjual kucing Parsi, Maine Coon dan sebagainya, padahal mereka hanya menjual kucing domestic bulu panjang. Saya juga telah menulis buku ‘Kucing dan Anda’ yang akan digunakan bagi mendidik orang-ramai terutama remaja tentang kucing.

Mig, Maine Coon milik Nor Arisham

Jarey : Sesetengah orang mengatakan kembiri atau neuter kucing adalah perbuatan yang tidak berperikemanusiaan dan Haram.. betul ker?
Arisham : Suatu tanggapan yang salah. Bayangkan kucing anda melahirkan 5 ekor anak sekali kelahiran, satu tahun kucing berupaya melahirkan 3 kali, bermakna anda mempunyai 15 ekor anak kucing setahun. Bolehkah anda menjaganya? mampukah anda?. Neuter/Spay di HARUSkan dalam Islam bagi menjaga maslahat ummah dan dari segi kesihatan, kucing anda akan lebih manja dan kurang stress. Ia juga berupaya membuat kucing jantan berhenti dari menandakan kawasan dengan air kencing atau spray. Manakala kucing betina yang tidak di spay boleh mengalami cancer rahim. Jadi, saya harap masyarakat berfikiran terbuka mengenai hal ini, kita manusia dan berfikiran..binatang tidak. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan hal ini. Jika anda terlihat kucing terbiar dikawasan anda. Tangkap dan neuter/spay lah ia, agar jumlah populasi kucing dapat dikawal.

Elliot

Jarey : Apakah CFA? Mungkin Arisham boleh menerangkan maksud sebenar penubuhan CFA.
Arisham : CFA adalah salah satu badan kucing dunia yang mendaftarkan kucing-kucing baka atau pedigri. CFA mula ditubuhkan pada tahun 1906 dan mempunyai bilangan kucing pedigri berdaftar terbesar didunia. Sehingga kini ia mempunyai lebih 42 jenis baka pedigri. Di Malaysia, kelab kucing yang berdaftar dibawah naungan CFA ialah Persatuan Feline Malaysia dan Borneo Cat Club. Bagi FSM, sehingga kini kami mempunyai lebih dari 1000 ahli yang aktif. Kami sering menganjurkan pertandingan kucing sebanyak 6-7 kali setahun. MyCATS’ 07 contohnya merupakan show kucing yang terbesar di Asia/Amerika Latin dengan menarik minat orang ramai sehingga 20000 orang!

Tamya

Jarey : Bilakah anda mempunyai kucing pedigri dan berapa ekorkah jumlahnya?
Arisham : Saya mula memiliki kucing pedigri pada tahun 2007, sehingga kini saya mempunyai 5 ekor kucing pedigri iaitu 2 Maine Coon, 2 Norwegian Forest Cat dan satu-satunya kucing Siberian di Malaysia. Saya juga merupakan satu-satunya peminat kucing yang memilikki dengan lengkap keluarga Forest Cat (Maine Coon, Norwegian dan Siberian) diseluruh Asia.

Jarey : Secara ringkasnya, apakah yang penting dalam pemeliharaan kucing?
Arisham : Bagi yang berminat, pertama kali mereka haruslah mengenal perbezaan antara kucing domestic bulu panjang dan pedigri, penjagaan kucing secara am seperti mandi, memotong kuku, mencuci telinga, kesihatan bulu, kesihatan kucing, pemakanan kucing. Vaccination dan penyakit-penyakit kucing serta kemahiran mengawal kucing yang stress. Jangan sesekali kurung kucing anda secara berterusan. Sudah tentu, bagi yang ingin show kucing, mereka perlu mendalami lagi hal-hal berkaitan dengan kucing.

Jarey : Akhir kata, bagaimanakah peminat-peminat kucing di luar sana ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kucing?
Arisham : Mereka boleh melawat laman web www.felinemalaysia.com atau www.cfainc.org atau email kepada saya di arisham@felinemalaysia.com. Insyaaalah, saya akan menjawab soalan-soalan anda semua.

Jarey : Jutaan terima Kasih diucapkan kepada Arisham kerana sudi memberi kerjasama dalam menjayakan temubual eksklusif ini bersama Jarey Cat Lovers. Diharap kepada semua pembaca blog dan peminat-peminat kucing diluar sana mendapat sedikit sebanyak pengetahauan berguna tentang penjagaan kucing.. miaooww!!
Arisham : Sama-sama Jarey… Semoga blog JareyCatLovers terus maju.

 

Borneo International Cat Show 2008 – Part 2 Oktober 23, 2008

Walaupun sudah lebih 2 bulan Borneo International Cat Show 2008 berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah.. janji tetap janji, jarey hampir-hampir terlupa mengupload gambar-gambar continuation dari Borneo International Cat Show 2008 – Part 1 yang lalu.. so here it is, seperti yang telah lama dijanjikan, jarey persembahkan gambar-gambar Borneo International Cat Show 2008 – Part 2.. enjoy!!

Posing priya terhebat bersama Polar..

Polar menjadi tumpuan..

poor Polar.. tidak masuk pertandingan pun jadi rebutan pengunjung.

Haaa.. Polar tengah merajuk la tuh! Heeee..

Salah seorang breeder dari Kota Kinabalu turut serta bertanding.

Bersama Daniela, salah seorang pelancong asing yang datang berkunjung.. sweet girl, fasih berbahasa Melayu.

last but not least.. bergambar bersama Dr. Moonyza.

 

Borneo International Cat Show 2008 – Part 1 September 9, 2008

Seperti yang dijanjikan, gambar-gambar Borneo International Cat Show 2008 yang lepas akhirnya sudah pun selamat diupload..

Maaf kepada semua lambat upload gambar..

jangan mara ye, okaylah you guys semua enjoy the photos!!

Banner pertandingan..

Pintu masuk ke hall utama.

Hari pertama ketika perserta mendaftar kucing masing-masing.

Rings pertandingan.

Sebagai peserta, jarey memang sibuk melayan pengunjung..

bukan sahaja penat melayan tetamu, tetapi melayan photographer2 yang hadir.. err macam model kucing la plak!

tetapi orang yang teramat sangat sibuk pada hari tu ialah, En. Nor Arisham kita, CFA Ambassador pada hari itu.. sedang memberi penerangan kepada pengunjung.

Taadaaa.. memperkenalkan inilah Kiera, salah seekor kucing kesayangan hubby Jarey yang menyertai cat show pada hari itu.

Kiera sedang di adili oleh juri profesional, Wayne Trevathan

Kiera memenangi 4th Best Cat kategori Household Pet pada hari pertama.. yeayy!!!

dan ini adalah hadiahnya… Science Plan tuhhhh

Wayne Trevanthan, salah seorang juri profesional yang dilantik mengadili kucing peserta.

Becky Orlando, juga adalah salah seorang juri profesional yang tengah mengadili kucing2 daripada kategori Household Pet.

Melayan kerenah pengunjung memanglah susah ketika Cat Show, ada antara peserta yang membenarkan kucing mereka di sentuh tetapi ada juga yang tidak.

Kerenah pengunjung dari golongan kanak-kanak memang memeningkan kepala.

Shana, salah seorang rakan blogger juga sempat datang berkunjung.

Bersama lagi seorang juri profesional, Rod U’ren dari Australia.

merupakan kitten yang terkecil sekali pada hari cat show berlangsung.

Kesian Kiera kepenatan…

Thank You Hill’s, sebagai menjadi salah satu pihak penganjur pertandingan. (mcm buleh buat iklan pet product daa..)

Award pertandingan yang menjadi rebutan..

Ok semua sampai disini saja.. dah habis??..

Jangan risau.. Borneo International Cat Show 2008 – Part 2 akan menyusul dengan lebih banyak gambar..

 

Borneo International Cat Show 2008 – Teaser Ogos 24, 2008

Fuhh!!.. selesai sudah Borneo International Cat Show 2008, yang berlangsung sejak semalam, 23 – 24 August 2008 di Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu..

Penat, teruja, happy dan besttt!!!! adalah antara perkataan yang boleh jarey gambarkan sepanjang berlangsungnya show kucing yang julung-julung kali diadakan di Sabah ni..

Tersangat happy bila dapat berjumpa dengan geng-geng Feline Society of Malaysia, terutama En. Nor Arisham, breeder terkenal, Jimmy dengan Maine Coon beliau, Mr. Ben Hsu dari Borneo Cat Club, peminat-peminat kucing, rakan-rakan bloggers, serta kesemua judges-judges yang di jemput, Rod U’ren (Australia), Becky Orlando (USA), Wayne Trevathan (USA) dan Diana Rothermel(USA).

Artikel lengkap dan gambar show akan di post kemudian.. ada banyak nak story nih.. so, tunggguuuuuuu…

sekarang jarey nak tidur..

penat bah! ZZZZZZZZ………

 

I’m officially a New Family Member of Feline Malaysia.. Ogos 23, 2008

Yeayyy!!! happynya saya sebab dah official menjadi salah seorang ahli keluarga Feline Malaysia.. yeayyy!!

Feline Malaysia ditubuhkan sejak 1990, adalah sebuah badan persatuan peminat serta pemilik kucing pedigree seluruh Malaysia yang mana jugak adalah merupakan affiliate kepada pertubuhan antarabangsa, Cat Fanciers Association of America (CFA).

Tujuan penubuhan Feline Malaysia adalah bertindak untuk memberi panduan serta penerangan yang betul tentang tanggungjawab sebenar dalam membesarkan kucing-kucing pedigree agar ketulenan baka kucing-kucing tersebut terpelihara. Feline Malaysia juga memberi pengetahuan dan panduan yang betul dalam penjagaan kucing kepada ahli-ahli peminat-peminat kucing khususnya di Malaysia mahupun kepada mereka yang berada di luar Malaysia.

Jadi, jika anda seorang fanatik kucing dan kepada anda yang ingin mengetahui lebih dalam mengenai penjagaan kucing dengan betul, bolehlah mendaftar untuk menjadi ahli Feline Malaysia.. Mari! marilah mendaftar beramai-ramai, yuran pendaftaran amat berpatutan..

Kepada yang berminat, anda bolehlah terus mendapatkan borang pendaftaran disini ataupun anda bolehlah mengisi terus borang Pendaftaran Online SEKARANG.

sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran anda bolehlah menghubungi :

arisham@felinemalaysia.com atau enquiry@felinemalaysia.com

 

Cat Of The Week – 01 Ogos 18, 2008

Filed under: Cat of The Week — jareyj @ 8:00 am
Tags: , , , ,

Dengan ini saya mempersembahkan “Cat of The Week” yang pertama, dimulai oleh pemilik kucing yang bernama.. tidak lain dan tidak bukan.. En. Nor Arisham Bakar (CFA Ambasador)

Nama : GP Arena Mighty Heart Coon (Mig)
Baka : Maine Coon
Umur : 1 tahun 11 bulan
Berat : 6.5kg
Jantina : Jantan (neutered)
Makanan : Royal Canin Maine Coon / Royal Canin Skin & Hair & raw meat
Kegemaran : Lepak kat Balkoni
Tabiat : Suka pijak perut owner kalau owner terlelap kat depan TV

Inilah Mig, salah seekor kucing pedigree dari baka Maine Coon kesayangan En. Nor Arisham Bakar, yang juga merupakan seorang ambassador berpengalaman dari Feline Malaysia. Comel tak Mig? comellll sangat… Jika anda akan bertandang ke Kota Kinabalu, Sabah untuk menyaksikan Borneo International Cat Show yang akan tiba beberapa hari lagi, anda berkemungkinan berjumpa dengan Mig disana…

 

Merdeka Cat Championship 2008 Julai 24, 2008

Merdeka Cat Championship 2008
Tarikh : 31st August 2008
Tempat : THE MALL. KUALA LUMPUR
Format : 4 RINGS CFA LICENSED SHOW

Judges :
1. ROB U’REN
2. WAYNE TREVATHAN
3. BECKY ORLANDO
4. DIANA ROTHERMEL

Show Schedule :
Sunday 31 August2008
Vet-In : 7:30am to 8:30am
Cat Judging : 8:30am to 1:00pm
LUNCH : 1:00pm-2:00pm
Cat Judging : 2:00pm to 6:00pm (Continue)

Entry limit : 225 cats
Closing date : 18th August, 2008

Organizer : FELINE SOCIETY OF MALAYSIA

Berminat?? Tunggu apa lagi.. Lekas! Daftarlah sekarang dengan mengisi borang pertandingan anda disini.. Penyertaan anda amatlah dialu-alukan.

Untuk maklumat lebih lanjut pertandingan silalah lawat ke Feline Society of Malaysia

 

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 53 other followers