Jarey Cat Lovers

Jarey’s Cat On The Blog

Nak tau pasal kucing? September 12, 2007

Filed under: Bicara Kucing — jareyj @ 2:15 am

Seperti mana yang kita ketahui kucing adalah haiwan yg sangat manja. Tapi tentu tidak ramai yg tau tentang penjagaan yang sempurna tentang haiwan ini. Sebagai seorang breeder, kita hanya tahu memberi makan serta membersihkan najis sahaja. Tahukah anda ada berapa jenis atau ras kucing yang terdapat di dunia? Berdasarkan pada statistik yang menarik, ada 41 ras kucing yang terdaftar di Cat Fanciers’ Association pada tahun 2006.

07title1.gif

Untuk menjadi seorang breeder, anda perlu tahu tentang faktor-faktor kriteria kucing yang ada. Contohnya terdapatnya beberapa jenis atau ras kucing, saiz setiap jenis atau ras, tempoh pembesaran dan perkembangan.

Selain itu, untuk menjadi seorang breeder. Seseorang itu perlu memikirkan beberapa factor yang perlu dilakukan. Contohnya dari segi kesanggupan untuk menghabis wang ringgit untuk keperluan kucing itu sendiri.

Mengenai jenis tumbesaran kucing, seekor kucing jantan lebih cepat membesar daripada kucing betina, dan kebiasaannya pertumbuhan kucing jantan lebih cepat beberapa minggu dari kucing betina. Jadi tidak hairanlah mengapa kucing jantan lebih berat dan mempunyai saiz lebih besar saiznya dari kucing betina.

Selain daripada faktor jenis kelamin, faktor Gen juga memainkan peranan yang besar apabila setiap gen ibu dan bapa kucing akan di turunkan pada anak kucing. Tahukah anda kucing perlu tidur sekurang-kurangnya 16 jam sehari? Oleh itu kucing akan menghabiskan 2/3 hidupnya dengan di buai mimpi?

Seekor kucing mempunyai jumlah tulang yang banyak berbanding manusia. Manusia mempunyai 206 tulang manakala kucing mempunyai 230 tulang. Untuk pengetahuan, kucing mempunyai deria pendengaran jauh lebih baik dari manusia dan ataupun anjing.
Bercakap mengenai deria penglihatan kucing pula, kucing adalah enam kali lebih baik daripada anjing apabila berada di tempat gelap.

Setiap seekor kucing dewasa yang mempunyai 30 buah gigi, 16 buah rahang atas dan 14 buah rahang bawah. Kucing betina akan mencapai tempoh umur matang pada usia 6 hingga 10 bulan dan akan melahirkan sekurang-kurangnya 4 hingga 6 ekor setiap kelahiran. Tetapi tidak semua anak yang dilahirkan akan hidup 100%. Tempoh Kucing betina bunting adalah selama 9 minggu atau 62 – 65 hari. Sedangkan kucing jantan akan mencapai tempoh umur matang pada usia 9 hingga 12 bulan.

Bulu yang terdapat di badan kucing ialah sebanyak 9600 helai.. Hmm banyak kan! Setiap 1cm bahagian atas adalah 19200 helai bulu dibahagian bawah. Manakala suhu seekor kucing yang sihat adalah 38 hingga 39.5 O C. Kucing juga mempunyai 5 jari pada bahagian depan dan 4 jari pada bahagian belakang.

 

50 Responses to “Nak tau pasal kucing?”

  1. nana Says:

    i never know b4 this…tq

  2. jareyj Says:

    yah! now you know! Saya akan tulis lebih banyak lagi mengenai kucing.. so stay tune!

  3. eshark Says:

    Woo! gituka.. kira untungla jugak jadi breeder ni, buleh buat bisnes kucing.. He! He! He!

  4. hi,
    thanks for the info. I’ really appreciate it.

  5. jareyj Says:

    thanks juga helmy,, sempat juga awak lawat ke blog saya….

  6. shasha Says:

    hi..i’m shasha…sy br saja memiliki 2 ekor kucing parsi yg sgt comel…tp sy x der pengalaman menjaga kucing…sy perlukan sesorg utk guide sy…

  7. no problem shasha….you can ask any questions about cats here..we will try to help you..😉

  8. jareyj Says:

    ya shasha…tanya je apa yg u tak sure pasal kucing….insyallah dpt membantu shasha…

  9. MKA Says:

    info menarik.. tetapi .. gigi ialah batang .. bukan buah..🙂

  10. jareyj Says:

    he..he.he…sory yeee….cepat punya pasal. sampai tak perasan gigi da boleh panggil buah plak…he..he..he..terima kasih ye….

  11. afi Says:

    Nak tanya skit,kucing saya suka sangat makan hati ayam… saya beri 4 atau 5 kali seminggu… takde apa2 kesan ke?

  12. jareyj Says:

    i think shld be ok…tp tak lah blh selalu..sbb kucing memerlukan khasiat2 lain…cuba selang selikan…

  13. afi Says:

    kos kasi kembiri kucing brapa ek?

  14. Mei Zhi Says:

    kembiri murah jak. kalau di jabatan haiwan government lagi murah. Selalunya kembiri jantan lebih murah dari betina. ada private yang charge rm50 untuk jantan, rm80 untuk betina. di kuching ni, kalau di jabatan haiwan government, kos kembiri jantan rm10 jak!!!! murah kan? tapi mau jaga, a bit susah lah sebab mau letak bedak lagi setiap hari untuk keringkan luka. Tapi kalau yang mahal sikit, tidak perlu letak bedak2 lagi, sebab bagus2 vet buat sesuai dengan kosnya.

    Tapi kembiri bagus! ada kucing jantan yang tidak akan spray di rumah lagi lepas kembiri. tapi tidak semualah, ada juga yang akan still spray. tapi yang pasti diaorang akan menjadi besar, tapi watch out for obesity in your cats.

    Ada juga jabatan haiwan yang akan minta kad vaksin kucing sebelum diaorang set appointment untuk kembiri. Bagi vet yang lebih detail, diaorang mesti pastikan kucing tu, selain daripada sudah mencecah umur 6 bulan, kucing tu juga sudah divaksinkan. Untuk tahun pertama, dua kali. Tapi ada juga yang tidak peduli. kembiri jak terus walaupun tidak sure sudah vaksin ka belum. terpulang pada pets owner la untuk jaga kebajikan kucing masing2.

    Dan harus diingat, sebelum setiap surgery, mesti kasi puasa duluk kucing tu, at least 8 hours before surgery. Kalau tidak, memang kucing tu akan muntah2 lepas surgery. Kesian betul tengok diaurang, sudahlah kena bius nda dapat bergerak, dipenuhi muntah lagi. hai hai hai (ni berdasarkan pengalaman ni)…

    hope this helps you afi!

  15. azizah Says:

    hi…i nak tnya la…anak kucing bukak mata usia dia baper ek?sebab i ada anak kucing 4 ekor..2 dah bukak mata..yg dua lg 2 mcm xbukak mata or mcm xde mata…memang mcm 2 ker atau dia xde mata..sbb xpernah jaga anak kucing ni…

  16. Mockers Says:

    Hai,sy br je jumpa blog ni,byk info2 tentang kucing.best2!love cats.

  17. Shorthair kittens begin to open their eyes at 5-8 days.

    Longhair kittens do not open their eyes until 10-14 days. Isn’t that strange?

    So if some of your kittens don’t have their eyes open yet, but the others do, it may be because they are longhaired. All kittens’ eyes are beautiful deep orbs of blue at first. They will look like this until the kittens are three weeks old. Then the iris and pupil will form and the kitten’s permanent eye colors will slowly emerge. At first, although the eyes are open, the kittens are still almost completely blind.

    Tetapi pastikan tiada tahi mata pada anak kucing tersebut. Kerana tahi mata jika dibiarkan lama boleh membeku pada mata menyebabkan anak kucing tidak dapat membuka mata mereka.

  18. pinky Says:

    mei zhi..jabatan haiwan mana ko kembiri rm10 tu?

  19. azhar Says:

    nak tanya ..kat mana boleh beli kucing persian register…. hp 019 712 2709

  20. Mohd Yazid Bin Yusof Says:

    Terima kasih bebanyak….. baru saya tau seseba sedikit pasal kucing. Selama ini saya hanya bagi makan, mandikan, manjakan.
    Kucing saya dah bunting nih….. bilo la pulak nak beranak agak ea…x saba nak dapat anak…he..he..he…

  21. rizal sly sham Says:

    nak tanya kat korg mana nak letak anak2 kucing terbiar kat kl nie..0178856447

  22. mohd asneh Says:

    rizal,
    u pegi kat bukit bintang bagi dengan jamil kucing….dia plg suka kucing terbiar…alll the best

  23. farawahedah Says:

    ana dah jumpa dah dengan jamil kucing tu…rasa macam lain macam je la…kucing dia cam kena dadah la…senyap je tak gerak-gerak..keluar air mata ana lihat kucing tu…

  24. mohd asneh Says:

    heheheh tau tak pa….dia perna maki hamun saya tu…dia ckp saya anjing la mcm2 lagi…cuba tgk d blog dia…anjing sabah dia ckp tu saya la.. tapi takpa atleast saya bagi makan kucing dgn titik peluh saya bukan macam dia meminta ihsan org ramai

  25. ceyna Says:

    terima kasih ,
    sekarang saya baru tahu kucing perlukan 16 jam untuk tidur sehari,
    and sy dah tahu kucing bunting selama 2 bulan:)

  26. lina Says:

    Thanks alaot ..i pun br tau kucing ngandung 9 minggu n kucing i nama angel tgh ngandung.bapaknyer persian.can’t wait to see the kitten

  27. lina Says:

    Thanks alot ..i pun br tau kucing ngandung 9 minggu n kucing i nama angel tgh ngandung.bapaknyer persian.can’t wait to see the kitten

  28. lina Says:

    camner nak cantikkan bulu kucing

  29. lina Says:

    tq mohd asneh

  30. lina Says:

    hi all….sj nk share…kcg i dah beranak.dpt 2 ekor hasil kacukan persian n baka main coon..comel sgt

  31. akma Says:

    hai…skrang baru sye tau psal kucing..thanks.. tp sye ade problem la…sye ade seekor ibu kcing yg bru lpas mlhirkn 4 kittens..hmm…but after that ibu kcing nie mkin kurus n mcm x shat..sye tkut this will effect it kittens…so,mcmne ye???

  32. awa Says:

    hai2…bnyk info kt sini yeh!thnx a lot!btw next week nk g amek kucing parsi baru lahir kt temerloh..my fren bg free je..dah setahun i booking..heheh =p

  33. nabiilah Says:

    boleh x tolong saya.. coz sye ade kucing bunting… sye rse kucing sye da lame da bunting tpi cam x lahir2 je anak dlm perut dye tu..

  34. mohd asneh Says:

    nabilla,
    bawa g klinik haiwan boleh scan tu…nak pastikan kitten di dlm tu masih hidup atau tidak…

  35. nabiilah Says:

    thanx very much.. 🙂

  36. muhamad arif Says:

    oooo….aku baru tahu..kcing aku skang nie tgh bunting tp aku xtau dah berape minggu dah….

  37. sis-lin Says:

    salam..terima kasih byk2 untuk info ni..
    my cat tgh bunting bru 1 bln setengah..x tau brp lama beranak nya..now dah tau..legaaa..tq tq

  38. aaminah Says:

    macam mane nk buat kucing saye, supaya tidak menjadi penakut??

  39. alin Says:

    oooo…baru i tau kucing tido 16jam…patot la kucing2 i tido je manjang…igtkan depress ke ape..maklum la asyik bkurung dlm umh je…tenkiu u all

  40. sarah Says:

    hi,nak tnya cmana nak ubatkn kucing yg ada kudis kat lehernya . .

  41. ila Says:

    boleh tak saya nak tahu tentang saiz sebenar kucing siam dan ocicats

  42. yonnie Says:

    saya nak tanya..dah kasi kucing tapi still lagi memancut merata-rata..duit habis..hasilnya xde..bila call doktor dia kata mana boleh jadi mcm tu..confident je jwpn dia..nak buang sayang..xbuang kena berjaga2 plak dgn hasil buangan

  43. aida Says:

    hello, sy nk tny 1 soalah lah…usia paling awal bagi kucing betina utk bunting brapa ye????coz i ada kitten, tp baru 7bln..perut mcm dah bunting….boleh ke bunting b4 1 year???

  44. anuar Says:

    hye sy nak tanya satu soalan.di mana boleh saya buang najis2 kucing saya..adakah boleh di mangkuk jamban atau sy perlu membungkus dan membuangnya di tong sampah sahaja.

  45. mohd Says:

    kucing DLH saya tidak mahu membuang najis nya di dalam bekas yang di sediakan sejak akhir2 ini, sering membuang najis di luar bekas yang di sediakan..apa kah punca atau penyebab masalah sedemikian..

  46. Raihan Says:

    Act semalam kucing saya baru pergi klinik and bunuh kutu yg melekat pada bulunya.seleps itu kami hantar utk botak kan bulunye utk buang kutu-kutu yg telah mati . btw keesokkan harinya kucing saya makan ekor dia sendiri and saya rasa sangat pelik dan sedih tgk darah melimpah byk keluar dan satu lagi apabila kami potong semua bulu kucing adakah ia akan tumbuh semula , kucing saya kucing parsi

  47. qila Says:

    Hai smua..can i join the club? I’m a pet lovers! Is there any chance sy bleh carikn kwn for mychomot di sini. Chom’s persian… she’s lonely…:-(

  48. Portland SEO Says:

    Rather, for any link because article on Aspirin, headings like ‘USES OF ASPIRIN’ increase the risk
    for content much more now effective without an excessive amount of an effort.
    Every change made around the websites will be as per the client’s requirements and demands that assist to seize prospective customers inside market.
    They provide an idealized vision in their head of selling
    SEO and extremely must hear some cold hard facts.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s