Jarey Cat Lovers

Jarey’s Cat On The Blog

Elma & Mylo Dalam Kenangan Januari 8, 2008

Filed under: Bicara Kucing — jareyj @ 12:06 am
dscn0539-new.jpg

Kehilangan merupakan satu pengalaman yang amat memilukan.. tidak kira anda kehilangan barang berharga, wang ringgit ataupun barang kesayangan.. tetapi kehilangan sesuatu yang amat anda kasihi amatlah menyakitkan, namun itu adalah hakikat alam di dunia dan kita harus tabah menghadapi. Itulah yang terjadi kepada blog jareycatlovers semenjak kehilangan Mylo & Elma.. Namun yang pergi tetap pergi dan yang hidup harus terus bernafas dan meneruskan kehidupan. (saya tahu, kata-kata ini terlalu puitis)

Kepada pembaca blog, maaf dihulur kerana sudah sekian lama tidak update blog, kesedihan kehilangan Mylo & Elma akibat penyakit Virus anak kucing membuat saya lemah seketika.. namun sekarang saya sudah bangun dan selepas ini saya akan cuba teruskan share pengetahuan kucing bersama anda.. sebab saya sudah pun mempunyai kucing peliharaan yang baru.

Walaubagaimanapun saya akan meneruskan menulis article pengalaman bersama Mylo + Elma ketika mereka masih hidup sehinggalah pemergian mereka..

stay tuned!! Jarey’s back!!

 

13 Responses to “Elma & Mylo Dalam Kenangan”

  1. isteri Says:

    takziah buat anda..patutlah lama tak update blog..dalam kesedihan rupanya..harap2 kucing baru anda memberi sinar keceriaan baru dalam hidup anda..

    pa nama kucing baru?

  2. jareyj Says:

    Terima kasih.. kucing baru bernama Wulan, saya berasa sangat riang bersama-samanya.. nanti saya akan memperkenalkan kepada semua pembaca blog.

  3. chaser Says:

    sedihnya kalau kehilangan kucing tersayang. saya pun pernah juga rasa kehilangan tu.. kucing saya si ‘Garfield’ pergi buat selama-lamanya setelah 13tahun hidup sebagai ahli keluarga. huhuhuhu.. hidup kena di teruskan..

  4. jareyj80@gmail.com Says:

    sedih2,,,memang sedih…tak dpt nak rasakan n takkan nak rasanya lagi……

  5. Janet Says:

    Hai, saya faham perasaan awak bila hal ini terjadi kerana sayapun baru kehilangan kucing saya Crister. Dia mati kelmarin 6/7/08 kira-kira 10.30 pagi kerana dijangkiti virus seperti yang diberitahu oleh dr haiwan. Saya telah membawanya ke klinik haiwan(swasta) pada hari sabtu 6/7/08 setelah 3 hari saya lihat dia hanya diam dan tidak mahu makan. Hari ini saya masih menangisi permergiannya. Crister adalah kucing yang cerdik berbanding dengan kakaknya yang lain. Saya rindukan kenakalan….

  6. jareyj Says:

    janet…jgnlah mcm tu…nanti saya pun nangis lg..hu..hu..hu…apa boleh buat da takdir umurnya tak panjang…tp apa yg hubby i bgtau, dia tetap tau yg kita sygkannya sgt2. n kita kena relakan dia pergi daripada dia menderita sakit. klu nak di ingat2kan memang air mata mengalir….sabar ye janet…

  7. mas Says:

    kesian saya mendengarnya.saya juga peminat kucing.dulu saya ada bela kucing(kucing kesayangan)pastumak saya letak kat pasar sebab dia suka berak merata2.hampir gila dibuatnya.saya tak taulah dia hidup ke mati.walauapapun kta perlu menerimanya.betultak.saya harap janet gembira dan janganlah bersedih ok……

  8. jareyj Says:

    btl tu mas..mcm mana pun kena terima juga.

  9. Life is belongs to Allah..kena kena redha…take care Jarey…love cannot be replaced..however, good memories remains..

  10. sharon Says:

    miaw2 sy sakit karang…baru ja td sy bw jumpa doktor….sabah animal…tu.hope dia dpt sihatlah….

  11. syuaib Says:

    bleh terangkan virus ape yang selalu ada kat kucing n knpe puncanya?

    saya takutlah bila bc komen u all risau ni………

    terangkan ye

  12. nana Says:

    sabar ye jarey…..i pun kehilangan anak kucing…. 3 hari kucing i msuk wad… tpi tuhan lebih syg kan die…. i redha pemergian diorang….. walau pun sedih i tetap kene teruskan kehidupan….

  13. cmamie Says:

    faham i mcm mn yg u rs. sakit sgt bila khilangan haiwan yg kita syg sgt2. i pun bru je khilangan kucing yg i syg sgt2. susah rsnya mok lpskan pemergiannya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s