Jarey Cat Lovers

Jarey’s Cat On The Blog

Ibu Kucing Ke Ibu Arnab? Februari 5, 2008

Filed under: Bicara Kucing — jareyj @ 9:00 am
rabit-kucing-hug.jpg

Pernahkah anda melihat anak kucing menjadikan arnab dewasa sebagai ibu?

Ini benar-benar terjadi di Bandar pelabuhan Aberdeen Skotlandia, Enam anak kucing yang terbiar telah memilih seekor arnab dewasa sebagai ibu angkat mereka. Kemana sahaja arnab itu pergi pasti keenam-enam ekor anak kucing tersebut mengikutnya. Pelik bukan? Tetapi kejadian ini benar-benar berlaku. Menurut tuan punya haiwan ini, anak-anak kucing tersebut akan mencari arnab dewasa itu jika tidak bersama-sama. Menurut cerita lagi, seorang jururawat yang berkerja di klinik haiwan itu, berharap agar kucing dewasanya dapat memberikan kasih sayang dan menyusukan anak-anak kucing tersebut. Namun lain pula ceritanya apabila seekor arnab perliharaannya menjadi pilihan anak-anak kucing tersebut. Malah arnab tersebut seolah-olah faham dan melayan kerenah anak-anak kucing itu seperti anak sendiri.

Situasi seperti ni sememangnya jarang berlaku. Tetapi hakikatnya arnab dan anak-anak kucing itu kian mesra seolah-olah mereka tidak dapat dipisahkan.

 

10 Responses to “Ibu Kucing Ke Ibu Arnab?”

  1. Pria Arjuna Says:

    Wah, amat tidak sangka sampai macam tu sekali those kucing kemaruk nak beribu. Tkda ibu kucing ibu arnab pun jadilah!

  2. jareyj Says:

    masih anak lagi mestilah tak kenal siapa2 ibunya..kesian kan…tdk mustahil ada ibu kucing yg tdk pandai nak jaga anak selepas melahirkan..kesian…

  3. chaser Says:

    mcm arnab sy tu peramah betol dgn kucing.. dia suka dekat2 dgn kucing. Tapi kucing pula takut dgn dia. hahaha..

  4. jareyj Says:

    laaa…rupanya u pun ada arnad juga ye chazer….anak rimau ada tak???he..he..he..he..

  5. chaser Says:

    kalau ble pelihara mungkin lama da sy ada. hahahaha.. sy ada beruk, ada rabbit dan kucing. dulu kokang pun ada tp da mati… sy suka sgt dgn haiwan.. tp yg comel2 ja la. hehehehehe..

  6. jareyj Says:

    ha..ha..ha….ya btl tu…kena syg dgn haiwan….bestnya klu ada rimau kat rumah…..

  7. shana Says:

    i’ve seen arnab and kucing before at my uncle’s and my uncle said silap silap in the future the Arnab give birth to a kitten and bermulalah KuNab…get it?hehe

  8. jareyj Says:

    kunab??? palis2. But i’v seen 1 ekorlah, the face is kucing but the ear is rabit. so cute but its only a photoshop trick…not real one lah. u knowlah my husband always find somting new in his life…so notiiiiii……

  9. Nadia Says:

    Saya x pernah jumpa. Tapi saya ada cerita yang lebih kurang sama. Saya pernah memelihara ibu kucing yang datang ke rumah saya dalam keadaan bunting. dia melahirkan 5 ekor anak kucing. x lama slps itu, ibu kucing itu menghilangkan diri. Anak2 kucing itu sudah blh makan tp masih mahukan susu ibu. Apa yang terjadi masa tu, kucing parsi saya yang jantan telah menjadi ibu kepada 5 ekor anak kucing itu. Yang buat kami rasa kagum, ia langsung x marah bila di “keronyok” oleh 5 ekor anak kucing itu utk menyusu. tapi xde susu pun… dah namanya kucing jantan kan… tapi semua dah tinggal sejarah sbb kucing2 tu terpaksa saya bagi kat orang masa saya nak pi umrah sekeluarga sbb xde orang nak jaga. kalau rindu, pi lah tgk kat rmh tuan mereka yang baru. Pas tu x bela kucing. baru2 nie jek bela anak kucing yang dtg rmh. kecik sgt nak halau… so belalah…. tang kesian, yang 3 ekor kat luar rmh dtg hari2 pun ada gak… hari2 dtg mintak makan….

  10. jareyj Says:

    Oooo so sweet lah nadia…jarang ada kucign jantan mcm tu kan….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s