Jarey Cat Lovers

Jarey’s Cat On The Blog

Eksklusif : Temubual Jarey & Arisham Oktober 26, 2008

Filed under: Eksklusif — jareyj @ 8:00 am
Tags: , , , ,

Hello semua!!! Sebagai tanda terima kasih kepada semua pembaca blog JareyCatLovers yang terus menerus memberi sokongan dan sambutan yang menggalakkan, di sini Jarey ingin mengambil kesempatan untuk mempersembahkan anda temubual eksklusif Jarey bersama seseorang pemilik kucing pedigri. Anda nak kenal siapakah beliau?? teruskan membaca…

Bagi peminat kucing di Malaysia, sudah tentu mengenali En. Nor Arisham Hj. Bakar atau lebih dikenali dengan Arisham. Beliau adalah Setiausaha Persatuan Felin Malaysia (Feline Society of Malaysia) dan juga Duta CFA di Malaysia (CFA Ambassador).

Ikuti temubual Jarey dengan beliau :

Jarey : Assalamualaikum!
Arisham : Waalaikumussalam W.b.t

Jarey : Bolekah anda menceritakan serba-sedikit bagaimana anda boleh berminat dengan pemeliharaan kucing ini?
Arisham : Saya dilahirkan di kampung, semasa saya kecil, saya amat berminat tentang pemeliharaan binatang terutama kucing. Kucing yang paling saya sayang mati akibat dipatuk ular, semenjak itu saya tidak lagi memelihara kucing sehinggalah tahun 2006 (lebih kurang 20 tahun selepas itu). Ketika membaca sebuah surat khabar tempatan, saya terlihat Mr. Jimmy Lee memegang kucing baka Maine Coon. Semenjak itu, saya berminat tentang kucing semula dan mula memelihara 2 ekor kucing Domestik bulu panjang (DLH). Pada mulanya seperti orang lain saya juga ingin tahu baka kucing saya, dan menurut rakan saya ia adalah baka ‘Siberian’ sehinggalah saya mengetahui ia hanya baka domestic bulu panjang.

Jarey : Bagaimana anda boleh terlibat didalam FSM (Feline Society Malaysia)?
Arisham : Saya menghadiri show pertama FSM di Melaka (A Farmosa), dimana ketika itu saya berminat menjadi ahli. Saya telah berjumpa dengan breeder-breeder popular di Malaysia seperti Jimmy Lee, Adillah K. Roose, Auntie Wan Jahara dan juga Shajarashizah Nor. Ketika itu juga saya berjumpa dengan satu-satunya breeder Siberian di Asia, iaitu Nadia Jaafar. Semenjak itu, saya seringkali bertukar-tukar pendapat dengan mereka dan mula mengenali FSM dengan lebih dekat sehinggalah saya ditawarkan jawatan ahli jawatankuasa pada tahun 2007 dan Setiausaha Kehormat FSM pada tahun 2008 dan juga Duta CFA.

Jarey : Sebagai Duta CFA, apakah tugas-tugas anda?
Arisham : Sebagai Duta CFA, saya bertanggungjawab untuk mendidik orang ramai tentang kucing bermula dari aspek pemeliharaan, baka sehinggalah pertunjukkan dan CFA itu sendiri. Setipa hari, saya menerima email tidak kurang dari 10-20 soalan mengenai kucing. Selain dari itu saya juga melakukan kerja-kerja TNR (Trap, Rescue and Release) bagi kucing-kucing terbiar. Di Malaysia masih ramai yang belum mengetahui perbezaan kucing domestic, terutama kucing domestic bulu panjang, ramai yang menyangkakan mereka memilikki kucing Persian (Parsi atau Persia). Lihat sahaja jumlah peminat kucing yang tertipu oleh individu atau pet-shops yang tidak bertanggungjawab yang mengatakan mereka menjual kucing Parsi, Maine Coon dan sebagainya, padahal mereka hanya menjual kucing domestic bulu panjang. Saya juga telah menulis buku ‘Kucing dan Anda’ yang akan digunakan bagi mendidik orang-ramai terutama remaja tentang kucing.

Mig, Maine Coon milik Nor Arisham

Jarey : Sesetengah orang mengatakan kembiri atau neuter kucing adalah perbuatan yang tidak berperikemanusiaan dan Haram.. betul ker?
Arisham : Suatu tanggapan yang salah. Bayangkan kucing anda melahirkan 5 ekor anak sekali kelahiran, satu tahun kucing berupaya melahirkan 3 kali, bermakna anda mempunyai 15 ekor anak kucing setahun. Bolehkah anda menjaganya? mampukah anda?. Neuter/Spay di HARUSkan dalam Islam bagi menjaga maslahat ummah dan dari segi kesihatan, kucing anda akan lebih manja dan kurang stress. Ia juga berupaya membuat kucing jantan berhenti dari menandakan kawasan dengan air kencing atau spray. Manakala kucing betina yang tidak di spay boleh mengalami cancer rahim. Jadi, saya harap masyarakat berfikiran terbuka mengenai hal ini, kita manusia dan berfikiran..binatang tidak. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan hal ini. Jika anda terlihat kucing terbiar dikawasan anda. Tangkap dan neuter/spay lah ia, agar jumlah populasi kucing dapat dikawal.

Elliot

Jarey : Apakah CFA? Mungkin Arisham boleh menerangkan maksud sebenar penubuhan CFA.
Arisham : CFA adalah salah satu badan kucing dunia yang mendaftarkan kucing-kucing baka atau pedigri. CFA mula ditubuhkan pada tahun 1906 dan mempunyai bilangan kucing pedigri berdaftar terbesar didunia. Sehingga kini ia mempunyai lebih 42 jenis baka pedigri. Di Malaysia, kelab kucing yang berdaftar dibawah naungan CFA ialah Persatuan Feline Malaysia dan Borneo Cat Club. Bagi FSM, sehingga kini kami mempunyai lebih dari 1000 ahli yang aktif. Kami sering menganjurkan pertandingan kucing sebanyak 6-7 kali setahun. MyCATS’ 07 contohnya merupakan show kucing yang terbesar di Asia/Amerika Latin dengan menarik minat orang ramai sehingga 20000 orang!

Tamya

Jarey : Bilakah anda mempunyai kucing pedigri dan berapa ekorkah jumlahnya?
Arisham : Saya mula memiliki kucing pedigri pada tahun 2007, sehingga kini saya mempunyai 5 ekor kucing pedigri iaitu 2 Maine Coon, 2 Norwegian Forest Cat dan satu-satunya kucing Siberian di Malaysia. Saya juga merupakan satu-satunya peminat kucing yang memilikki dengan lengkap keluarga Forest Cat (Maine Coon, Norwegian dan Siberian) diseluruh Asia.

Jarey : Secara ringkasnya, apakah yang penting dalam pemeliharaan kucing?
Arisham : Bagi yang berminat, pertama kali mereka haruslah mengenal perbezaan antara kucing domestic bulu panjang dan pedigri, penjagaan kucing secara am seperti mandi, memotong kuku, mencuci telinga, kesihatan bulu, kesihatan kucing, pemakanan kucing. Vaccination dan penyakit-penyakit kucing serta kemahiran mengawal kucing yang stress. Jangan sesekali kurung kucing anda secara berterusan. Sudah tentu, bagi yang ingin show kucing, mereka perlu mendalami lagi hal-hal berkaitan dengan kucing.

Jarey : Akhir kata, bagaimanakah peminat-peminat kucing di luar sana ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kucing?
Arisham : Mereka boleh melawat laman web www.felinemalaysia.com atau www.cfainc.org atau email kepada saya di arisham@felinemalaysia.com. Insyaaalah, saya akan menjawab soalan-soalan anda semua.

Jarey : Jutaan terima Kasih diucapkan kepada Arisham kerana sudi memberi kerjasama dalam menjayakan temubual eksklusif ini bersama Jarey Cat Lovers. Diharap kepada semua pembaca blog dan peminat-peminat kucing diluar sana mendapat sedikit sebanyak pengetahauan berguna tentang penjagaan kucing.. miaooww!!
Arisham : Sama-sama Jarey… Semoga blog JareyCatLovers terus maju.

 

2 Responses to “Eksklusif : Temubual Jarey & Arisham”

  1. mohd rasikh Says:

    nak tanya perbezaan-perbezaan kucing parsi dengan kucing tempatan….tq

  2. farawahedah Says:

    salam jarey sihat hendaknya.. ana pelawat setia blog ni…nak kata tiap hari buka blog ni nak tahu pasal kucing…sekarang ni ana punya kucing jenis bulu panjang la ,sudah 9 bulan dan selalu buat bising. rakan-rakan kata dia mahu mengawan..ana cari la kucing kampung..masalah dia tak mahu siap gaduh lagi luka-luka kasihan pun ada. ana cuba pergi kedai binatang untuk kawin kan dia tapi kat melaka semua tak mahu terima kata nya takut kucing ana luka sebab kucing cantik. kalau ada rakan-rakan dari melaka yang ada kucing jantan ..boleh la kawinkan dengan kucing ana..itu pun kalau sudi ….dekat melaka susah sikit nak cari kawan yang minat kucing ni… boleh hubungi ana kat email vrassavola@yahoo.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s