Jarey Cat Lovers

Jarey’s Cat On The Blog

IOI Mall – CFA 2nd International Cat Show 2009 April 23, 2009

cfa-2nd-internationalcatshow2009-ioimall

IOI Mall – CFA 2nd International Cat Show 2009
Tempat: IOI Mall, Bandar Putra Kulai, Johor
Tarikh: 30 – 31 Mei 2009
Masa : 10.00 pagi – 5.00 petang
Juri : Ms. Pam Delabar (AB), Ms. Carolyn Lyons (AB)
Yuran :
Pedigree – All Entries RM40 / RM80
Household Pet – All Entries RM25 / RM 50 (HHP Entry Limit – 25 cats)

Kepada sesapa yang bertandang atau singgah ataupun limpas di Johor hujung bulan Mei ni, datang2 lah ke IOI Mall jenguk cat show yang akan berlansung.. 😉

 

Cat City International Cat Show 2008 November 23, 2008

Jika pada bulan Ogos yang lalu, peminat-peminat kucing dari seluruh Malaysia dan juga asia Tenggara datang berkumpul ke pulau Borneo iaitu Sabah untuk menyaksikan Borneo International Cat Show 2008 yang telah dianjurkan dengan jayanya oleh BorneoCatClub.com.. sekarang, anda pula berpeluang sekali lagi berkunjung ke pulau Borneo untuk menyaksikan Cat Show di Kuching, Sarawak.

cat-city-international-cat-show2008

Cat City International Cat Show2008
Date : 20th December 2008
Venue : Kuching Civic Centre, Sarawak

Yuran Pertandingan :
RM150 – Pedigree
RM70 – Household Pet

Hakim Pertandingan : Judges: Pam Delabar, Bob Zenda, Jan Roger dan Wain Harding

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pertandingan klik di sini atau hubungi :
Show Manager : Huey Lee (+6016-8683703) hueylee@myjaring.net
Show Secretary : Janet Then (+6012-8880198)
Entry Clerk : Rick Low (+6016-2199680) kuchingshow@gmail

 

Cat Friends of Asia Cat Show II November 16, 2008

Kepada pemilik-pemilik kucing yang tidak berkesempatan menyertai Cat Friends of Asia Cat Show yang lalu, ini lah peluang anda.. sekali lagi Cat Friends of Asia Cat Show dianjurkan buat kali kedua yang akan berlansung di The Summit, USJ kurang sebulan dari sekarang.

catfriendsofasiacatshow2008

Cat Friends of Asia Cat Show II
Date : 14th Dec 2008
Venue : The Summit Subang USJ

Yuran Pendaftaran :
RM150 – Pedigree
RM70 – Household Pet

Hakim Pertandingan : Pam Delabar, Bob Zenda, Jan Rogers dan Wain Harding

Maklumat lebih lanjut mengenai pertandingan klik di sini atau hubungi :
– Show Manager : Zamina Zainal Ariffin (0123229254)
– Asst. Show Manager : Rick Low (0162199680)
– Entry Clerk : Syahrun Najah Ariffin (0192749552)

Kepada yang berminat bolehlah mengisi borang penyertaan anda. Tarikh tutup penyertaan 1hb Disember 2008..
Cepat! Hantar penyertaan anda SEKARANG!! berilah pendedahan kepada kucing anda dan yang penting kita semua enjoy!

 

Borneo International Cat Show 2008 – Part 2 Oktober 23, 2008

Walaupun sudah lebih 2 bulan Borneo International Cat Show 2008 berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah.. janji tetap janji, jarey hampir-hampir terlupa mengupload gambar-gambar continuation dari Borneo International Cat Show 2008 – Part 1 yang lalu.. so here it is, seperti yang telah lama dijanjikan, jarey persembahkan gambar-gambar Borneo International Cat Show 2008 – Part 2.. enjoy!!

Posing priya terhebat bersama Polar..

Polar menjadi tumpuan..

poor Polar.. tidak masuk pertandingan pun jadi rebutan pengunjung.

Haaa.. Polar tengah merajuk la tuh! Heeee..

Salah seorang breeder dari Kota Kinabalu turut serta bertanding.

Bersama Daniela, salah seorang pelancong asing yang datang berkunjung.. sweet girl, fasih berbahasa Melayu.

last but not least.. bergambar bersama Dr. Moonyza.

 

Borneo International Cat Show 2008 – Part 1 September 9, 2008

Seperti yang dijanjikan, gambar-gambar Borneo International Cat Show 2008 yang lepas akhirnya sudah pun selamat diupload..

Maaf kepada semua lambat upload gambar..

jangan mara ye, okaylah you guys semua enjoy the photos!!

Banner pertandingan..

Pintu masuk ke hall utama.

Hari pertama ketika perserta mendaftar kucing masing-masing.

Rings pertandingan.

Sebagai peserta, jarey memang sibuk melayan pengunjung..

bukan sahaja penat melayan tetamu, tetapi melayan photographer2 yang hadir.. err macam model kucing la plak!

tetapi orang yang teramat sangat sibuk pada hari tu ialah, En. Nor Arisham kita, CFA Ambassador pada hari itu.. sedang memberi penerangan kepada pengunjung.

Taadaaa.. memperkenalkan inilah Kiera, salah seekor kucing kesayangan hubby Jarey yang menyertai cat show pada hari itu.

Kiera sedang di adili oleh juri profesional, Wayne Trevathan

Kiera memenangi 4th Best Cat kategori Household Pet pada hari pertama.. yeayy!!!

dan ini adalah hadiahnya… Science Plan tuhhhh

Wayne Trevanthan, salah seorang juri profesional yang dilantik mengadili kucing peserta.

Becky Orlando, juga adalah salah seorang juri profesional yang tengah mengadili kucing2 daripada kategori Household Pet.

Melayan kerenah pengunjung memanglah susah ketika Cat Show, ada antara peserta yang membenarkan kucing mereka di sentuh tetapi ada juga yang tidak.

Kerenah pengunjung dari golongan kanak-kanak memang memeningkan kepala.

Shana, salah seorang rakan blogger juga sempat datang berkunjung.

Bersama lagi seorang juri profesional, Rod U’ren dari Australia.

merupakan kitten yang terkecil sekali pada hari cat show berlangsung.

Kesian Kiera kepenatan…

Thank You Hill’s, sebagai menjadi salah satu pihak penganjur pertandingan. (mcm buleh buat iklan pet product daa..)

Award pertandingan yang menjadi rebutan..

Ok semua sampai disini saja.. dah habis??..

Jangan risau.. Borneo International Cat Show 2008 – Part 2 akan menyusul dengan lebih banyak gambar..

 

Borneo International Cat Show 2008 – Teaser Ogos 24, 2008

Fuhh!!.. selesai sudah Borneo International Cat Show 2008, yang berlangsung sejak semalam, 23 – 24 August 2008 di Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu..

Penat, teruja, happy dan besttt!!!! adalah antara perkataan yang boleh jarey gambarkan sepanjang berlangsungnya show kucing yang julung-julung kali diadakan di Sabah ni..

Tersangat happy bila dapat berjumpa dengan geng-geng Feline Society of Malaysia, terutama En. Nor Arisham, breeder terkenal, Jimmy dengan Maine Coon beliau, Mr. Ben Hsu dari Borneo Cat Club, peminat-peminat kucing, rakan-rakan bloggers, serta kesemua judges-judges yang di jemput, Rod U’ren (Australia), Becky Orlando (USA), Wayne Trevathan (USA) dan Diana Rothermel(USA).

Artikel lengkap dan gambar show akan di post kemudian.. ada banyak nak story nih.. so, tunggguuuuuuu…

sekarang jarey nak tidur..

penat bah! ZZZZZZZZ………

 

Merdeka Cat Championship 2008 Julai 24, 2008

Merdeka Cat Championship 2008
Tarikh : 31st August 2008
Tempat : THE MALL. KUALA LUMPUR
Format : 4 RINGS CFA LICENSED SHOW

Judges :
1. ROB U’REN
2. WAYNE TREVATHAN
3. BECKY ORLANDO
4. DIANA ROTHERMEL

Show Schedule :
Sunday 31 August2008
Vet-In : 7:30am to 8:30am
Cat Judging : 8:30am to 1:00pm
LUNCH : 1:00pm-2:00pm
Cat Judging : 2:00pm to 6:00pm (Continue)

Entry limit : 225 cats
Closing date : 18th August, 2008

Organizer : FELINE SOCIETY OF MALAYSIA

Berminat?? Tunggu apa lagi.. Lekas! Daftarlah sekarang dengan mengisi borang pertandingan anda disini.. Penyertaan anda amatlah dialu-alukan.

Untuk maklumat lebih lanjut pertandingan silalah lawat ke Feline Society of Malaysia