Jarey Cat Lovers

Jarey’s Cat On The Blog

Pamplet – Panduan Penting Membeli Kucing Ogos 13, 2008

Saya pasti anda semua pernah membeli kucing sebagai binatang peliharaan, tidak kira dari seorang breeder, rakan ataupun dari kedai pet shop yang berhampiran. Tetapi pernahkah anda tertanya-tanya adakah kucing yang anda beli itu adalah dari baka yang tulen iaitu pedigree? Bagaimana anda hendak memastikan keaslian baka kucing tersebut?

Haaa… kepada sesiapa yang berminat membeli kucing, Pamplet ini dapat membantu anda untuk dijadikan sebagai panduan yang berguna untuk memastikan anda tidak ditipu oleh individu ataupun pihak yang tidak bertanggungjawab. Pamplet ini kerap di edarkan ketika sesebuah Cat Show dijalankan, dan bagi yang hadir pada Borneo International Cat Show nanti bolehlah mendapatkannya, jadi jangan lupa datang ye!

Terima kasih kepada En. Nor Arisham Bakar (FSM Ambasador) dari Persatuan Feline Malaysia kerana bermurah hati untuk berkongsi panduan serta pengetahuan yang sangat berguna kepada semua pembaca blog ini.

Klik untuk membaca Page 1, Page 2