Jarey Cat Lovers

Jarey’s Cat On The Blog

Jarey is Back!! Julai 24, 2009

Filed under: Personal — jareyj @ 9:47 am
Tags: ,

Knock! knock!

Halllllloooooooooooo semua!!!! Jarey dah balik nih.. Salam to all!!

Wah! wah! meriah pula korang disini ni ye, mentang2 tuan tanah menghilangkan diri. Apapapun terima kasih banyak2 buat semua readers yang tetap setia berkunjung ke blog Jarey Cat Lovers yg tidak seberapa ni.. ucapan trimas juga disampaikan buat Doktor kucing kita Mohd Asneh kerana tidak putus2 berkongsi padangan dan nasihat2 yg berguna pada semua, tdk dilupakan tengkiu juga buat Menth, Bongsu, Mie, Tompinai, Zaini, Nurul82, dan kepada semua readers2 baru maupun yg lama.. Terima Kasih Semua!!

Okeh, sebenarnya Jarey bukanlah merajuk ke apa menghilang dalam sebulan dua ni, tapi Jarey sebenarnya busy dengan ‘permata hati’ baru.. (pada sapa2 yg suda tau tu mesti tersengih2 la dorg ni skrg), treng! teng! ten! tennn!!

nilah dia permata hati baru Jarey..

LikeMotherLikeDaughter_by_eshark

Eisya Nur Maliqa
Born 01 June 2009 at 05.05am

Okehla, sekarang Jarey banyak keja nak buat utk korang, mereply coments dan pertanyaan2 yg berlambak2 sementara Eisya tengah tido ni, kepada yg baru berkunjung ke blog Jarey Cat Lovers ni, diucapkan selamat datang buat mcm rumah sendiri.. heh! heh!

ok semua jaga.. Jarey is now back!!

Advertisements
 

Balik Kampung Hari Raya Trip – Lahad Datu November 3, 2008

Filed under: Personal — jareyj @ 12:00 am
Tags: , , , , , , ,

Hello semua.. ok, post hari ni ada lain cikit, bukan nak bercerita pasal kucing tapi Jarey nak brkongsi ngan semua readers tentang trip balik kampung jarey ke Lahad Datu, Sabah pada hari raya baru-baru yang lepas..

Trip balik kampung Jarey hari tu ialah dengan menaiki pesawat baru Mas Wings, ATR 72.

Pemandangan sebahagian dari bandaraya Kota Kinabalu..

Pemandangan Teluk Likas, 5km dari bandaraya Kota Kinabalu.

Penerbangan dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu cuma mengambil masa selama 45 minit menaiki pesawat Mas Wings ATR 72.

Dengan menaiki pesawat baru Mas Wings, memanglah tidak membosankan menunggu untuk sampai ke destinasi.

Yeaayy!! akhirnya sampai.. Terima kasih Mas Wings!

Lapangan Terbang Lahad Datu

Luggage pick-up point.. haaa jangan terkejut, angkat sendiri.. nostalgic value.

Waiting hall.. tengah tunggu transport la tu

Salah satu pemandanagn bandar Lahad Datu, yang terletak di daerah Tawau bahagian pantai timur Sabah. Balak, kelapa sawit, getah, koko serta perikanan adalah merupakan sumber janaan ekonomi penduduk Lahad Datu.

Bandar Lahad Datu yang satu ketika dulu pernah didatangi oleh sekumpulan lanun dari Filipina yang datang merompak.

Kuih Sapit

Beberapa jenis biskut raya dari Lahad Datu

Ketupat sudah menjadi kemestian

Perawan-perawan (Anak dara) Lahad Datu..

Kucing Lahad Datu.. ha! ha!

Memperkenalkan, Michie.. adik kembar Kiera yang berada di Lahad Datu.

dan masa bermain bunga api pada waktu malam.

bersama hubby..

Okeh, setakat disini saja dapat Jarey kongsi dengan semua, sampai jumpa lagi raya tahun depan. Bagaimana pula pengalaman raya anda? anything yang menarik boleh dikongsi bersama??

 

Hello Semua… Oktober 18, 2008

Filed under: Personal — jareyj @ 11:41 am

Hi semua.. sorry blog lama tidak update, saya busy dengan perkembangan terbaru, surprise! surprise!.

Hari Raya hampir menjelang sebulan, sekarang masing-masing sudah pun balik bekerja. Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua komentar komentar setia Mimie, mohd asneh, Tompinai, Ika_gumuk, Mie Zhi, stunner kerana terus setia melawat jareycatlovers.wordpress.com dan tidak lupa juga kepada Nor Arisham yang setia membantu kita dengan memberi pendapat-pendapat yang berguna kepada semua pembaca… dan kepada semua pembaca & pelawat-pelawat baru, jarey ucapkan welcome all, teruskan melawat ya.

Article baru akan menyusul buat anda semua, teruskan menyokong. 🙂

thank you all!!

 

MyBlogLog Mac 12, 2008

Filed under: Personal — jareyj @ 2:02 pm
mybloglog.jpg

Hoorayyy!!! Secara rasminya pada hari ini saya adalah ahli MyBloglog member yang terbaru.. checkout my sidebar sebelah kanan. Kepada sesiapa ahli MyBlogLog yang berminat terutama yang sayangkan haiwan bernama kucing jangan lupa join community JareyCatLovers ok..

 

Anting-anting Bling! Bling! November 12, 2007

Filed under: Personal — jareyj @ 9:00 pm

mynewearrings.jpg

Earrings terbaru yang saya dapat hadiah dari my beloved sister in law.. Ana.

Sangat-sangat menyukainya, ala-ala Bling! Bling! gitu.. Big Thanks to Ana. sekarang dia tengah study dekat UIA and mesti dia tengah buzy for her final exam..

Good Luck to her!!

 

Kucing Main Bunga Api? November 11, 2007

Filed under: Personal — jareyj @ 2:06 pm

mainbungaapi.jpg

Pengalaman indah ketika dimalam raya bermain bunga api ngan Elma..

Bagaimanakah pengalaman anda? Pernah bermain bunga api bersama kucing kesayangan? Kongsi pengalaman indah anda bersama..

 

Balik Kampung… Oktober 18, 2007

Filed under: Personal — jareyj @ 3:00 am

Semalam masuk 5 hari sudah Hari Raya di bulan Syawal.. dan semalam jugak me and hubby balik KK dari kampung ayah di Lahad Datu. Tahun ini merupakan kenangan paling manis berhari raya bersama hubby tercinta di kampung ayah buat pertama kali.. Yeh! Yeh!

Cian my hubby, tengah ngorok dia sekarang nih.. mesti dia penat jalan sana jalan sini, makan kuih raya pun ndak henti-henti, raya sana raya sini, perutnya saja ndak meletup..

Thanks dear for the trip, nanti next year kita raya pergi mana lagi??

kita raya oversea nak?? Idon?? .. He! He!

Dear.. you’re da best! 

Ummmpwaaahhh….