Jarey Cat Lovers

Jarey’s Cat On The Blog

Selamat Raya Semua… September 20, 2009

Filed under: Pengumuman — jareyj @ 12:00 am
Tags: , , , , , , ,

SelamatHariRaya_Greetings2009_by_eshark

Bermain mercun dan bunga api,
Makan lemang ketupat takbir bergema,
Selamat raya ku ucapkan semua di aidilfitri,
Ku pohon maaf buat semua pembaca setia..

Advertisements
 

GROOMING Untuk Kucing Anda? September 4, 2009

CatGrooming_9241

Pernahkah anda terfikir kucing juga memerlukan ‘Grooming’ agar sentiasa kelihatan segar, cantik dan selesa. Melakukan Grooming mengikut jadual yang teratur sebenarnya adalah penting untuk kucing anda, Jarey lebih selesa melakukan grooming sendiri dirumah, ada jugak yg mungkin tidak pernah melakukan grooming langsung ke atas kucing mereka..

mari kita sama2 lihat yang manakah menjadi pilihan ramai untuk melakukan grooming, buatlah undian anda dibawah..

 

Cat Of The Week – 14 Ogos 20, 2009

catoftheweek14-John

Nama : John
Baka : DLH (Domestic Long Hair)
Umur : 3 bulan
Jantina : Jantan
Makanan : AIMS
Tabiat : Gigit jari tangan dan kaki tuannya.. Sangat active.
Kegemaran : tunggu luar bilik tuannya…

Cat of the Week kali ini ialah seekor kitten yg kiut lagi aktif, ucapan tahniah buat Ramlan Amir :). Memang John sangat kiut dan tidak sangka umur 3 bulan pun sangat aktif ye! Syabas!!

Jangan lupa, kepada yg berminat untuk mencuba nasib untuk publish korang punya kucing kesayangan dlm galeri ‘Cat Of The Week’
email ke : jareyj80@gmail.com dan pastikan gambar jelas dan terang, berserta butir2 kucing anda yang lengkap..

 

Susu Untuk Kucing Ogos 4, 2009

Hallo semua…

Adakah anda semua tahu susu yg sesuai untuk kucing anda? Kenapa tidak gunakan je susu yg biasa kita minum tu? Ada beberapa readers yg pernah bertanyakan soalan seperti ni beberapa bulan lepas, so hari ni Jarey bawak kamu orang semua story pasal susu kucing.

Susu-kucing-Milkodog

Ok! pertama sekali yg anda perlu tahu ialah sistem penghadaman kucing adalah berlainan dari manusia, jadi memberi kucing susu lactosa rendah lemak ntah apa2 biasa yg diminum oleh manusia adalah tidak betul. Di sini Jarey gunakan jenama susu ‘MILKODOG’ untuk menyusukan anak kucing, teknologi susu dari Jerman ni memang sangat2 sesuai buat kucing anda, terutama sekali pada anak kucing yg mempunyai masalah menyusu dengan ibunya. Bunyi jenama susu ni memang ada ‘DOG’ cikit sebab susu ni juga sesuai untuk anjing yg mempunyai sistem penghadaman yg serupa.

Jumlah sukatan pemberian susu sehari :
Kucing berusia 7-10 hari berikan 13ml
Kucing berusia 14-18 hari berikan 17ml
Kucing berusia 3 minggu berikan 20ml
Kucing berusia 1 bulan berikan 22ml

Bancuh susu dengan air suam (tapi tdk terlalu suam panas), kekerapan adalah 4-6 kali sehari bagi setiap 4 jam, manakala usia kucing mencecah 14 hari bolehlah dikurangkan kekerapan 4 kali sehari setiap 6 jam. Mudah bukan!

MILKODOG berharga dalam RM40, ada beberapa lagi jenama susu kucing yg juga sesuai digunakan seperti PetAg KMR Kitten Milk Replacer Powder, Neu Zea, Farnam Just Born Milk Replacer

Kepada sesiapa yg mempunyai lebih info pasal susu kucing ni, bolehlah tolong2 tambah list jenama susu kucing mana2 yg Jarey tertinggal ye.. 🙂

 

Jarey is Back!! Julai 24, 2009

Filed under: Personal — jareyj @ 9:47 am
Tags: ,

Knock! knock!

Halllllloooooooooooo semua!!!! Jarey dah balik nih.. Salam to all!!

Wah! wah! meriah pula korang disini ni ye, mentang2 tuan tanah menghilangkan diri. Apapapun terima kasih banyak2 buat semua readers yang tetap setia berkunjung ke blog Jarey Cat Lovers yg tidak seberapa ni.. ucapan trimas juga disampaikan buat Doktor kucing kita Mohd Asneh kerana tidak putus2 berkongsi padangan dan nasihat2 yg berguna pada semua, tdk dilupakan tengkiu juga buat Menth, Bongsu, Mie, Tompinai, Zaini, Nurul82, dan kepada semua readers2 baru maupun yg lama.. Terima Kasih Semua!!

Okeh, sebenarnya Jarey bukanlah merajuk ke apa menghilang dalam sebulan dua ni, tapi Jarey sebenarnya busy dengan ‘permata hati’ baru.. (pada sapa2 yg suda tau tu mesti tersengih2 la dorg ni skrg), treng! teng! ten! tennn!!

nilah dia permata hati baru Jarey..

LikeMotherLikeDaughter_by_eshark

Eisya Nur Maliqa
Born 01 June 2009 at 05.05am

Okehla, sekarang Jarey banyak keja nak buat utk korang, mereply coments dan pertanyaan2 yg berlambak2 sementara Eisya tengah tido ni, kepada yg baru berkunjung ke blog Jarey Cat Lovers ni, diucapkan selamat datang buat mcm rumah sendiri.. heh! heh!

ok semua jaga.. Jarey is now back!!

 

Belai Si Comel Bersama Friskies – Episod 1 Mei 18, 2009

Kepada sesapa yg ketinggalan dari menonton rancangan Meow! Belai Si Comel Bersama Friskies setiap Sabtu di TV3 disebabkan oleh bekerja atau tidak mempunyai masa sesuai, disini Jarey kongsikan link YouTube utk kita sama2 menonton rancangan ulangan secara online, terima kasih buat user YouTube yg bergelar belaiSiComel kerana mengupload video2 tersebut untuk dikongsi bersama, yeayyyy!! 🙂

Episod1 :

 

Cat Of The Week – 13 Mei 4, 2009

catoftheweek13-chucky

Nama : Chucky
Baka : DLH (Domestic Long Hair)
Umur : 7 bulan++
Jantina : Betina
Makanan : Iam’s, RC Kitten
Tabiat : Sangat pemalu, bersembunyi dibawah kerusi/meja sekiranya ada tetamu datang.
Kegemaran : Suka melepak di kaki tuannya serta gemar bermain2 dengan tali, bola dan cahaya lampu suluh.

Sekali lagi tahniah buat Is (ahemm.. ahemm)! :)

email ke : jareyj80@gmail.com utuk kucing anda masuk ke Cat Of The Week dan pastikan gambar jelas dan terang, berserta butir2 kucing anda yang lengkap..