Jarey Cat Lovers

Jarey’s Cat On The Blog

Cat Of The Week – 18 Jun 8, 2010

Nama: Mr. Kinky
Baka: American Bengal’s
Umur: 9 Bulan
Jantina: Jantan
Makanan: Cat’s Eye
Kegemaran: Suka main kejar-kejar

Galeri Jarey’s Cat of The Week hari ni adalah kiriman dari seorang yg bergelar ‘Kasih Cinta’ bersama dengan seekor kucing jantan yang boleh dikatakan jarang kita jumpa di Malaysia dari baka American Bengal. Bulu lebih kurang sama dengan harimau bintang yg di Afrika tuh, jarey suka pattern bulu Mr. Kinky..

Tahniah buat ‘Kasih Cinta’!! kepada yg belum menghantar gambar kucing kesayangan mereka, apa lagi yg kamurang tunggu, cuba try test email Jarey, mana tau anda berjaya.. tapi ingat gambar perlulah TERANG, JELAS dan size sederhana besar, menghantar gambar yang bersaiz kecik, tidak jelas memungkinkan permohonan anda ditolak.. harap maaf ye, cuba hantar lagi proper one.

Advertisements
 

Cat Of The Week – 13 Mei 4, 2009

catoftheweek13-chucky

Nama : Chucky
Baka : DLH (Domestic Long Hair)
Umur : 7 bulan++
Jantina : Betina
Makanan : Iam’s, RC Kitten
Tabiat : Sangat pemalu, bersembunyi dibawah kerusi/meja sekiranya ada tetamu datang.
Kegemaran : Suka melepak di kaki tuannya serta gemar bermain2 dengan tali, bola dan cahaya lampu suluh.

Sekali lagi tahniah buat Is (ahemm.. ahemm)! :)

email ke : jareyj80@gmail.com utuk kucing anda masuk ke Cat Of The Week dan pastikan gambar jelas dan terang, berserta butir2 kucing anda yang lengkap..

 

Cat Of The Week – 12 April 18, 2009

13-catoftheweek-ratu

Nama : RATU
Baka : DLH (Domestic Long Hair)
Umur : 2 bulan++
Jantina : Betina
Makanan : Science Plan & Tuna (Premium)
Tabiat : Suke mengigit kaki sure yg selalu jadi mangsa owner dielah, suka menetap kat toilet, suke air-cond kalau tidur nak atas katil jer kalo tempat lain sure tidur sekejab, Kuat main sambil gedik2 gitu & sangat manja.

Tahniah buat are_u 3193! Seekor kitten yang comel berbulu hitam. Hmmm.. Ratu ni kecik-kecik suda pandai manja-manja gedik haa. Apa apapun Tahniah sekali lagi.. 🙂

Kepada semua pembaca2 yang masih belum menghantar gambar kucing kesayangan anda, bolehlah email ke jareyj80@gmail.com dan pastikan gambar anda jelas, terang, berserta butir2 kucing yang lengkap..