Jarey Cat Lovers

Jarey’s Cat On The Blog

Cat Of The Week – 18 Jun 8, 2010

Nama: Mr. Kinky
Baka: American Bengal’s
Umur: 9 Bulan
Jantina: Jantan
Makanan: Cat’s Eye
Kegemaran: Suka main kejar-kejar

Galeri Jarey’s Cat of The Week hari ni adalah kiriman dari seorang yg bergelar ‘Kasih Cinta’ bersama dengan seekor kucing jantan yang boleh dikatakan jarang kita jumpa di Malaysia dari baka American Bengal. Bulu lebih kurang sama dengan harimau bintang yg di Afrika tuh, jarey suka pattern bulu Mr. Kinky..

Tahniah buat ‘Kasih Cinta’!! kepada yg belum menghantar gambar kucing kesayangan mereka, apa lagi yg kamurang tunggu, cuba try test email Jarey, mana tau anda berjaya.. tapi ingat gambar perlulah TERANG, JELAS dan size sederhana besar, menghantar gambar yang bersaiz kecik, tidak jelas memungkinkan permohonan anda ditolak.. harap maaf ye, cuba hantar lagi proper one.

 

Cat Of The Week – 15 Oktober 27, 2009

JareyCatLovers_CatOfTheWeek_15_Pandora

Nama: Zaralicious (Zara)
Baka:  Purebred Persian
Umur: 11 Months old
Jantina: Betina
Makanan: Royal Canin RC Persian kibbles, Ayam Bakar, Frisian Can
Kegemaran: Suka menjilat hidung tuan dan membawa toys masuk ke dalam bakul serta tidur bersama-sama.

Salam semua.. Cat of the Week kita kali ini ialah seekor kucing yg berbulu lebat dari jenis baka Purebred Persian, sangat comel, warna bulu yang mengancam serta sihat tubuh badan. Ucapan tahniah buat tuan punya kucing, Johan Jaffniey.. dan selamat datang ke galeri JareyCatLovers’ Cat of The Week buat Zara.. 🙂

Kepada yg berminat untuk mencuba nasib untuk publish korang punya kucing kesayangan dlm galeri ‘Cat Of The Week’
email ke : jareyj80@gmail.com dan pastikan gambar jelas dan terang, berserta butir2 kucing anda yang lengkap..