Jarey Cat Lovers

Jarey’s Cat On The Blog

Borneo International Cat Show 2008 – Teaser Ogos 24, 2008

Fuhh!!.. selesai sudah Borneo International Cat Show 2008, yang berlangsung sejak semalam, 23 – 24 August 2008 di Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu..

Penat, teruja, happy dan besttt!!!! adalah antara perkataan yang boleh jarey gambarkan sepanjang berlangsungnya show kucing yang julung-julung kali diadakan di Sabah ni..

Tersangat happy bila dapat berjumpa dengan geng-geng Feline Society of Malaysia, terutama En. Nor Arisham, breeder terkenal, Jimmy dengan Maine Coon beliau, Mr. Ben Hsu dari Borneo Cat Club, peminat-peminat kucing, rakan-rakan bloggers, serta kesemua judges-judges yang di jemput, Rod U’ren (Australia), Becky Orlando (USA), Wayne Trevathan (USA) dan Diana Rothermel(USA).

Artikel lengkap dan gambar show akan di post kemudian.. ada banyak nak story nih.. so, tunggguuuuuuu…

sekarang jarey nak tidur..

penat bah! ZZZZZZZZ………

 

Borneo International Cat Show 2008 Julai 8, 2008

Yeayyy! Cat Show terbesar yang julung-julung kalinya dianjurkan di Sabah akan tiba pada August ini, dan kali ini cat show tersebut adalah bertaraf international dimana terdapat pengadil-pengadil profesional dari USA yang datang bersama-sama mengadili kucing-kucing terbaik yang datang dari Sarawak, Brunei, Semenanjung Malaysia dan juga tuan rumah Sabah. Hooray!! terima kasih kepada penganjur pertandingan Borneo Cat Club, Mr. Ben Hsu dan juga buat Cat Fanciers’ Association (CFA).

Venue : Sabah Trade Centre, Likas, Kota Kinabalu Sabah
Date : 23rd & 24th August 2008
Rings : 4 Rings All Breed
Judges : Rod U’ren (Australia), Becky Orlando (USA), Wayne Trevathan (USA), Diana Rothermel(USA)
Master Clerk : Dick Kallmeyer(USA)

Kepada cat lovers yang belum mendaftar untuk menyertai pertandingan bolehlah menghubungi :

En. Ken Wee Kwong Ho (Entry Clerk) di talian mobile: +6012 6804045
En. Nor Arisham Bakar (Asst. Entry Clerk) di talian mobile : +6016 2782988

atau

emailkan penyertaan anda ke : entry@borneocatclub.com

Marilah beramai-ramai menyertai Borneo International Cat Show 2008 dimana anda bukan saja berpeluang melihat kucing-kucing pedigree dari baka-baka yang terbaik malah anda juga berpeluang melancong dan menikmati keindahan negeri dibawah bayu, Sabah yang kaya dengan alam semulajadi serta kebudayaan yang unik. Kita jumpa disana.. đŸ˜‰

untuk maklumat lebih lanjut, silalah ke official site borneocatclub.com

UPDATE (24 Oktober 2008) :

Borneo International Cat Show 2008 Pictures – Teaser

Borneo International Cat Show 2008 Pictures – Part 1

Borneo International Cat Show 2008 Pictures – Part 2