Jarey Cat Lovers

Jarey’s Cat On The Blog

Susu Penting Untuk Kesihatan Kucing Februari 19, 2008

Filed under: Kesihatan Kucing — jareyj @ 9:00 pm
susuibukucing.jpg

Anak kucing yang baru dilahirkan masih terlalu lemah untuk melawan sebarang penyakit. Oleh itu, anak kucing anda perlu mempunyai antibodi di dalam badan. Namun antibodi anak kucing selalunya diperolehi dari induknya sendiri iaitu melalui air susu ibunya. Kolostrum adalah cecair pra susu yang dihasilkan dari puting susu induk setelah melahirkan anak dalam masa 48 jam pertama. Air susu ini berwarna keputihan serta kental dan ia mengandungi protein antibodi, vitamin dan beberapa nutrisi seperti immunoglobin, lactoferrin, lactalbumin, glycoprotein, cytokine dan lain-lain yang berkesan untuk melawan virus seperti bakteria, kulat, alergi dan toksin.

Kolostrum mengandungi khasiat yang lebih tinggi daripada susu dan ia sebenarnya membekalkan faktor imun untuk menyokong kehidupan dan faktor pertumbuhan bagi menjamin kesihatan dan daya hidup kepada anak kucing anda yang baru lahir.

Antibodi ialah proten yang berbentuk molekul besar yang akan berpecah menjadi kecil di dalam sistem pencernaan. Hanya setelah 24 jam tempoh air susu yang keluar kebiasaannya tidak akan mengandungi kolostrum lagi. Oleh itu anak kucing yang baru di lahirkan harus diberikan susu segera supaya mendapat antibodi yang masih mengandungi kolostrum. Kemudian, barulah kita boleh memberikan vaksin untuk menggantikan antibodi melalui susu induknya. Untuk pengetahuan anda, tidak semua antibodi yang terdapat dalam kolostrum akan memberi kebaikan kepada anak kucing anda. Jika anak kucing yang mempunyai perbezaan jenis darah dengan induknya kolostrum ini boleh mengancam nyawa anak kucing.

susuibukucing2.jpg

Tempoh kekebalan antibodi dari kolostrum sebenarnya adalah bergantung kepada jumlah antibodi yang terdapat pada induk kucing. Oleh itu jika jumlah antibodi yang terdapat pada induk kucing adalah kurang, maka potensi kekebalan anak kucing juga adalah rendah. Antibodi dalam kolostrum juga dikenali sebagai antibodi maternal. Antibodi maternal yang terdapat pada darah anak kucing akan berkurangan sedikit demi sedikit, dalam tempoh minggu ke 6 – 8. Oleh itu anak kucing sebaik-baiknya diberikan vaksin pada umur 9 minggu, agar anak kucing mempunyai kekebalan antibodi yang cukup untuk melawan sebarang penyakit dan seterusnya barulah anak kucing anda diberikan vaksin mengikut jadual.

 

111 Responses to “Susu Penting Untuk Kesihatan Kucing”

  1. Pria Arjuna Says:

    Awak ni doctor ke Jareyj?? doctor haiwan?.. semua pasal kucing u tau ye. salute…

  2. jareyj Says:

    Taklah…klu da tau tu bagi2lah pengetahuan tu dgn yg lain..tak leh kedekut…ini pun utk kebaikan kepada org-org yg sygkan kucing. btl tak?

  3. ateh2057 Says:

    salam…
    kt umah sayer ada 3 eko ank kucin yg baru lahir lam 3 ari..
    mslhnya mummy dia wat dek ja ble tgk ank2 dia nih…
    dia x nak ank die….
    nyusu pon x…
    tkt ank2 die nih mati…
    nak wat cam ner ek??
    kita org guna pam bg susu kotak dutch lady yg makn ngan conflakes 2!!

  4. jareyj Says:

    ateh….keciannya baby kcuing tu…carilah susu utk baby tu…kan ada jual susu gantian khas utk baby kucing…sbb time2 nilah mereka perlukan antibody utk sihat. sbb time2 nilah mereka senang dijangkiti virus/penyakit….sbb once lahir mereka ni memerlukan susu ibu…plssss carikannnn keciann….mereka kan comel2…

  5. ateh2057 Says:

    mmmh…da bli pon..
    siap bli botol susu yg ciut lg kt diorang ni…
    tp smlm da ninggal…sedih sgt….
    susu ngan botol susu 2 kami smpn wat kenangan…
    sedihnya…

  6. jareyj Says:

    Oooo ke ye??? alah kesiannya semua babyy tu…apa blh buat memang takdir kot umur baby2 tak panjang…anyway thanksss sbb joint my blog…

  7. ateh2057 Says:

    orait…
    klu nnt2 ateh nak bela kucing bley mntk pndapat kan…
    hehhe kongsi2

  8. jareyj Says:

    boleh ateh…boleh….sila2lah ye….

  9. aleph Says:

    weh ade ader anak kucing comey siot.. saya kutip ank ni tepi jalan.. da 4 hari saya jaga kucing nih.. tapi kcg ni x berak2 pun apasal?? dia sakit ke?? xla pasai dia cergas agi beb.. pas tu ank kcg ni kecik agi.. sy rasa kvg nih masih menyusukan. tapi sy bagi kcg nih makan nasi je.. pelahap..

  10. jareyj Says:

    agak2 brapa umur kitten tu aleph? dah pandai jln ke? klu da p andai mkn tu cuba bg mknan yg khas…klu mkn nasi kesianlah…kitten tu maish kecik lg….bg minum susu. supaya penghadaman normal. letakkan tempat yg selamat..klu kitten tu aktif ertinya sihat lah tu…tp dlm usia mcm tu memang fragile..kena jaga baik2..kesian lah aleph….

  11. mahani Says:

    Nak tanya kat mana nak beli susu untuk kitten..sya tinggal kat bangi. Hari tu bagi minum susu anak, kitten cirit. Kitten tu jatuh dari bumbung sekolah.. ambik bawak balik. masih kecik sangat..mata baru bukak sebelah…Saya lak tak ada pengalaman bela kucing……tolong kongsi tips.

  12. mahani..susu baby dgn kitten berbeza…u boleh drop by kat kedai jimmy kat sri petaling (near bukit jalil) beli susu milkadog…beli juga botol khas untuk kitten..

    jimmy akan teach u how to proper way to bagi kitten susu..sebab salah bagi u mungkin akan mengakibatkan kitten tu tercekik..

  13. Ayumi Says:

    HI…saya nk tnya,mmg susu ibu kucing itu sndiri plu dberi pd kucing bru lahir.tp sekiranya kucing itu saya jumpa n tiada ibu susu jenis apa yg plg sesuai sya plu bg pd kucing

  14. jareyj Says:

    Ooooo itu senang je…sbb byk produk susu ganti ibu kucing terdapat di mana2 petshop….tinggal pilih je…siap dgn susu botol utk baby kucing lagi…..setakat ni belum pernah lagi cuba…sbb anak2 kucing saya semuanya di susukan ibunya….tapi memang banyak susu gani di jual di petshop…

  15. Shida Says:

    Hai…saya shida.
    Saya ada lima ekor anak kucing yang baru dilahirkan.
    Masalahnye sekarang, ibunye telah mati termakan racun
    Saya sedih dengan anak-anak kucing tu.
    Jadi, boleh tak bagi tips macam mane cara nak jaga anak-anak
    kucing tu semua. Yang merisaukan saya sekarang…kami sekeluarga bekerja. Kami sekeluarga tak tau nak urus anak-anak kucing tu.
    Buat sementara waktu ni…anak-anak kucing tu diberi susu waktu pagi, petang & malam
    boleh bagi pandangan sikit tak?

  16. valerie Says:

    hi jareyj.. bagaimana caranya memberi anak kucing yg baru di lahirkan minum susu? kucing yg sy bela tu baru dilahirkan n di tinggal kan ibu nya. kesian..

  17. ikah Says:

    mana nak cari doktor hewan kat sg petani?sy dah cari merata dah.

  18. hasrol Says:

    hi..nak tanya lah..berapa ekk kos suntikan untuk kucing yang masih kecik?suntikan vaksin..lagi satu kalau suruh veterinar or klinik haiwan mandikan kucing..berapa kosnya..kalau boleh tolong statekan rege2 rawatan utk kucing..TQ

  19. merlin Says:

    hai….
    saya ada sedikit confuse ttg penjagaan anak kucing nih.. sblm buka blog ni sy bukak blog “kitten cares” . katanya x perlu bgi susu kepada anak kucing ssb akan mengakibatkan cirit. Blacky sy ni umur 5 bln dan skrg hnya mkn mknan khas kucing n air suam. Kucing kena makan nasi jugak ke? Sy mandikan Blacky seminggu sekali tapi sy tak keringkan pengering rambut..sy hanya lap bdn dia dan biarkan dia kering sendiri.. Adakah ini akan mengakibatkan jangkitan fungus dan kutu?

    Tima kasih n hrp sgt jawapan segera

  20. mohd asneh Says:

    susu boleh diberikan kepada kucing tetapi dgn syarat susu khas utk binatan seperti ANIMAC atau pun MILKADOG…susu lain mg akan mgakibatkan cirit, kucing tidak perlu makan nasi memadai la makan makanan kucing yang sdh complete balance, tapi jgn bagi makanna frieskis atau wiskas atau apa2 jenama supermarket, byk kandungan garam boleh menyebabkan masalah batu karang n bulu gugur, seelok2nya selepas mandikan kucing keringkan la…kalau bulu panjang gunakan hair dryer atau blower, bulu pendek mgkn pakai kipas pun ok …mg kelembapan boleh myebabkan jangkitan fungus n kutu….apa pun all the best

  21. nurul82 Says:

    hai all of you remember me & LALA…

    My LALA dah bersalin subuh tadi anak 3 ekor ada sapa2 leh bg tau tips2 atau cara2 awal yg i kena buat i betul2 tak tau hope sgt2 mcm dr mohd asneh,Mr noraisyam atau sapa2 yg berpengalaman menjaga baby cat…membantu ..jareyyy bantu i…

  22. jareyj Says:

    Hi nurul82,
    Sorry lambat reply.. skrg flight busy, ramai org terbang sana sini.
    firstly congrats to you and LALA dapat 3 ekor anak kucing 🙂
    Okeh.. tips2 yg Jarey bole kongsikan bagi proses awal selepas kucing melahirkan anak ni actually senang je nurul82, sebelum tu ada beberapa soalan yg Jarey nak tanya nih:

    Berapa jumlah kesemua anak LALA yg lahir? ada yg tidak selamat ka?
    LALA melahirkan anak di mana? dalam rumah? bawah katil? belakang rumah?

    1st : Jangan panik!
    2nd : Sentiasa dekatkan ibu kucing dgn anak2nya setiap masa, ini penting utk penyusuan berterusan.
    3rd : Pastikan tempat/bekas tempat kucing melahirkan anak bersih persekitaran, kebanyakan kucing (tidak semua) selesa untuk melahirkan anak ditempat2 yang sempit, gelap dan tersembunyi. Gunakan kotak kosong yg bersih adalah lebih mudah, ekonomi dan sangat praktikal.
    4th : Ibu kucing harus diberi makan dan minum secukup2nya dalam bulan pertama melahirkan anak, kerana ia perlu membekalkan susu pada anak2nya.
    5th : Jika LALA mempunyai bulu yg lebat dan menyukarkan anak2 nya dari menghisap puting, gunting/cukurkan bulu LALA dibahagian puting LALA, utk memudahkan anak2nya menghisap susu.
    6th : Kebiasaannya ibu kucing akan membersihkan bulu2 anak2nya sendiri, so tdk perlu bersihkan anak2 kucing yg baru lahir tu buat semetara waktu.
    7th : Kebiasaannya ibu kucing yg berenggang dgn anak2nya akan segera berlari mendapatkan anak2nya jika mendengar mereka mangiau.
    8th : Kebiasaanya ibu kucing akan memindahkan anak2 dari satu tempat ke satu tempat yg difikirkannya selamat, so bila si ibu kucing berbuat demikian pastikan tempat baru yg dipilih ibu kucing tu benar2 bersih dan selamat.
    9th : Jika ada diantara jumlah anak kucing yg lahir tidak dapat diselamatkan, contoh dari 5 ekor, mati 2 ekor semasa kelahiran, pastikan 2 ekor tu di tanam dlm tanah, jangan buang dlm plastik atau tong sampah, ini mengelakkan dari anjing atau apa2 binatang lain mengorek sampah tersebut.

    Tip2 ni berdasarkan pengalaman Jarey, sesapa readers yg nak tambah atau betulkan, sangat2 dialu-alukan utk membantu geng kita nurul82..

    selamat berjaya nurul82! jangan lupa, bila anak LALA dah besar nanti email photo boleh masuk dalam Cat of The Week ye..

  23. nurul82 Says:

    thanks alot jarey .Actually LALA masa 9hb mlm LALA ada peragai pelik u kenal x minyak baby “YUYEE” yg bau limau tu anak i sakit perut so i guna minyak yuyee dtg LALA dia jilat2 minyak tu i ingat dia pening kepala maybe so i picit kepala dia guna minyak yuyee tu pelan2 pastu i tgk dia mcm ok sikit.Mlm 10hb dia asyik mengiau jer i ingat dia nak keluar (LALA mmg i kurung dlm sangkar & beranak dlm sangkar )so i keluarkan kejap tgk2 dia duduk bawah kerusi i ambik masukkan dlm kotak yg i letak dlm sangkar .Pd mulanya dia x nak so i alaskan kain batik i dia duk x bunyi2 subuh dlm kol 5.00am i dgr bunyi baby cat tekejut betul i rupa2nya baby dia nak celebrate mothers day lah hehe..Sume 3 ekor .Persoalan yg ada skrg boleh ke i ambik kain batik yg dlm kotak utk i cuci dan ganti kain batik lain ?And lepas beranak LAla mmg i x bg keluar langsung dan kuat makan.Jumaat i ada pg vet tanya dr ttg pemakanan yg perlu cuma i lupa nak tanya boleh ke i bg Lala minum susu?Ttg puting i perasan ada satu puting mcm bengkak dan i rasa Lala ada banyak susu mungkin bulu dia yg terlalu lebat sampai anak dia guna 1 puting jer kot?And wht your suggestion ttg tempat yg baik utk lala.I baru plan ngan my huby nak belikan sgkar yg besar tu dia tapi kalau u all leh kongsi pandagan lagi bagus.Ttg persekitaran sekarang sangkar dia i tutup separuh agak gelap sikit coz takut dia x selesa.boleh ker?help me ye kekawan…TQ

  24. jareyj Says:

    Oh LALA suka tu minyak YUYEE ahh.. hmm pelik jugak tapi bagusla klu semua anak2 LALA selamat. Kebiasaanya kucing selepas melahirkan anak memang kuat makan, itu tandanya bagus so LALA boleh membekalkan susu yg cukup pd anak2nya dlm 2-3 bulan ni, bagi LALA minum susu tu pun boleh jgk, tapi perlu guna susu utk kucing. Pasal puting LALA tu, nurul82 kena perhatikan dgn teliti adakah betul anak2 LALA menggunakan satu puting saja? jika ya, kemungkinan besar ada diantara kelenjar puting LALA tidak mengeluarkan susu ATAU bulu terlalu lebat di sekeliling puting hingga menyukarkan anak2 LALA menyusu, bulu tu bole digunting/cukur sedikit di bahagian berhampiran puting. Pasal yg kain batik tu, kebiasaanya ibu kucing tidak mau kain yg suda dicuci, ia tetap mahu kain yg sama. Kotoran2 yg melekat pada kain yg digunakan alas tu biasanya adalah lelehan lendir yg keluar semasa ibu kucing melahirkan anak, biasanya color mcm darah2 cikit, kalau ada lendir yg color putih pekat mcm nanah tu, mungkin ada masalah lain, cepat2 bawa ibu kucing pegi vet yg berdekatan, tapi syukur LALA tdk ada apa2 kan. Pasal sangkar yg tertutup sedikit tu pun ok jgk, elakkan dari menutup keseluruhan, cuma pastikan suhu tidak terlalu panas, bagi kucing2 yg berbulu lebat, suhu terlalu panas bole menyebabkan kelembapan yg mudah pada bulu mereka, ini akan mendatangkan risiko penyakit kulit. Tentang cage besar tu pun bagus la, lebih besar cage lagi bagus bagi mereka.

  25. mohd asneh Says:

    nurul,
    bagi lala makan makanan kitten, makanan utk kitten tinggi protinnya …jadi ini akna membantu dia dlm proses membesarkan anak,…jangka masa seminggu adalah kritikal…jgn pegang kitten tu terlalu kerap takut nanti ibunya tidak mau bela….jika darah kitten berlainan dengan ibunya akna berlaku kematian anak…rasanya ada diterangkan berkaitan darah kucing di blog jarey ni…jadi monitor saja la….bagi suplement pun ok…brewer yeast n nutricoat pun ok boleh membantu….apa pun all the best

  26. nurul82 Says:

    thanks all i try my best.So far alhamdullilah LALA sihat and anak dia pun x kisah sgt kenyang tido lapar bunyi 🙂 .I mmg bg LALA RC makanan kitten lepas pg vet last week tapi dia mcm kurang sikit x laju mcm biasa cuma kerap .I mmg on kipas 24hour pada cage tgok keadaan cuaca boleh ker? Jarey on 30&31 mei turun JB jemput dtg umah leh ajar cara2 jaga baby hehehe..thanks all …

  27. mohd asneh Says:

    ngam la tu….
    jaga baby sbb jarey mau due sdh tu…heheheheh apa pun harap jarey sihat yg penting happy….

  28. menth Says:

    asneh dah dapat ke mc male tu…dah meriah blog nie kan..

  29. mohd asneh Says:

    yup
    lama sdh MC tu d rumah….saya namakan TROY nanti mau carikan pasangannya nanti kalau ada siapa2 ada MC kitten betina mau bagi saya adopt jgn lupa bagitau k

  30. nurul82 Says:

    all of u nak tanya baby kitten celik mata berapa lama ye hehe:)

  31. mohd asneh Says:

    biasa 2 minggu buka mata sdh tu tapi biasanya buka mata tp tidak nampak apa2 tu….

  32. jareyj Says:

    Ye betul! kebiasaanya 2 minggu, ada jugak anak kucing yang cepat dalam 10 hari pun da buka.

  33. siti Says:

    saya ada bela anak kucing, saya ada beli susu untuknya,tapi dia tak mahu minum,untuk sesiapa yang ada bela anak kucing saya nak sedekah susu tu sebab anak kucing saya tak mahu munum,susu powder banyak lagi saya baru pakai 1 sudu je,saya di jb sesiapa berminat boleh email saya di i_izzah@yahoo.com

  34. nurul82 Says:

    For jarey i nak appreciate to you and i bg pengiktirafan utk jarey namakan 3 ekor anak2 LALA … 🙂 (nama yg senang and cute) kerana blog jarey banyak membantu dari mula hingga kini…Tahniah utk jarey and the gang…

  35. jareyj Says:

    Hi nurul82, wah! sampai mcm tu sekali pengiktirafan, terharu la cam ni, sapa la Jarey ni nak taruk nama utk anak2 LALA tu, blog ni untuk kongsi ilmu dan maklumat alam kucing, Jarey cuma membantu mana yg Jarey tau ja, geng2 lain pun turut byk membantu berkongsi ilmu alam kucing. Apapapun terima kasih diucapkan la atas penghargaan tdk terhingga tu. 🙂

    Apa kata kita semua geng2 dlm JareyCatLovers ni sama2 cadangkan nama anak2 LALA.. mari kita mulakan.. first nak tanya nurul82, betina atau jantan ada berapa dlm 3 ekor tu?

  36. nurul82 Says:

    1 jantan 2 betina 🙂 di alu2kan kpd semua yg sudi berkongsi 🙂 .Thanks all

  37. jareyj Says:

    nurul82, kalau bole tau color 3 ekor anak2 LALA ni mungkin membantu. Tapi takpe Jarey mula cadangkan..

    Jantan :
    1-Shiero

    Betina :
    1-Lulu
    2-Miera

    Geng2 sekalian sama2 kita tolong tambah list2 ni (copy + paste), cadangkan nama yg nama yg ‘senang’ and ‘cute’ je ye..

  38. nurul82 Says:

    shiero hehehe mcm nama produk telefon telekom actually i keja TM hehehe… 🙂

  39. Janet77 Says:

    Hi nurul and Jarey, sya pun nak cadangkan nama baby LALA tu..

    Jantan :
    1-Shiero
    2-Kid

    Betina :
    1-Lulu
    2-Miera
    3-Mika

  40. nurul82 Says:

    Antara nama2 dlm tapisan :-

    1)SHIERO
    2) MIERA
    3) MIEKA

    Ada tambahan lagi tak utk nama jantan 🙂

    Thanks sya ..

  41. katty Says:

    Kalau sya tambah cadangan bulehka nurul??

    1) SHIERO
    2) MIERA
    3) MIEKA
    4) Jimbo
    5) Vera
    6) Winnie

  42. nurul82 Says:

    sya…

    Nampaknya anak2 LALA suka nama tu thanks for all.. And nurul dah pilih nama SHIERO,MIERA,MIEKA bila nurul panggil nama2 tu dia mcm tau2 jer angkat kepala 🙂 just want to share anak2 LALA dah buka mata ,mata dia warna biru pelik juga coz mata mak dia warna kuning hehee baka ayah dia kot… SHIERO,MIERA & MIEKA sekarang nampaknya dah pandai panjat kotak walaupun kaki masih x kuat lagi .. bahagia rasanya nampaknya mereka 3 beradik membesar depan mata.LALA mmg seekor ibu yg baik sentiasa bersama anak2 dia .Boleh dikatakan setiap kali anak2 dia bunyi terus dia peluk bagi susu sambil jilat2 seluruh tubuh anak2 dia.So far i bagi makan RC and mlm sebelum tidur i bg LALA minum susu dulu ok tak?..This saturday nak bwk LALA pegi VET CHECK-UP and buat grooming .Nurul dah mandikan LALA cuma anak2 dia jer takut LALA marah lagipun nurul tgk anak2 dia bersih.Just want to share Shiero,miera dgn mieka kalau tido peluk bear 🙂 i belikan sorang satu bear yg kecik saiz2 dia hehe suka tgk…Nanti apa2 perkembangan terbaru nurul share with u all k…thanks all..

  43. mohd asneh Says:

    ok la tu all the best….

  44. nurul82 Says:

    i nak tumpang tanya boleh tak anak2 LALA i bagi main air nak biasakan mandi 🙂

  45. mohd asneh Says:

    alalla, jgn mandikan anak kucing tu nanti sakit…biar besar sikit la baru mandikan hehehhe nanti demam

  46. menth Says:

    buleh la nurul…..ajar dari kecil lagi bagus..tapi jgn biar sampai lemas plk…

  47. nurul82 Says:

    bau dia busuk lah bau mcm bantal busuk anak i hehehe…mcm lemas gitu …Ada tak sapa2 leh tolong bg tau mcm mana i nak bg susu pd anak LALA yg dah masuk sebulan nie yg si jantan dah pandai jilat kat piring yg 2 lagi tu x pandai lah i sudu2kan dia gigit sudu tu i guna punch ubat dia luahkan pulak hehehe..

  48. Mra.Zuera Says:

    hai.klau bg kcing mnum susu biasa jer ok ke??

  49. mohd asneh Says:

    jgn bg kucing minum susu biasa…akan menyebabkan cirit birit kepada kucing tu….plg baik jenama MILKADOG dan ANIMAC…cari d petshop2

  50. nurul82 Says:

    hai semua remeber me & LALA..

    Come join me if u want to see LALA’s family join me at this link http://www.nurul-ayucantik.blogspot.com/

  51. jareyj Says:

    Hi nurul82,
    Oh! dah ada blog sendiri yee, wah best! anti Jarey pi lawat sana la.. So apa kabar LALA? apa kabar anak2 LALA si SHIERO, MIERA and MIEKA, harap2 semua sihat2 belaka.. 🙂

    Mra.Zuera,
    Boleh tau kucing you umur berapa you nak bagi susu? actually kalu bagi susu biasa buleh buat kucing sakit perut, muntah and najis dia lembik.. bagi minum susu nama MILKADOG atau ANIMAC seperti yg Asneh cadangkan, barula bersesuaian dgn penyusuan kucing.. tunggu next post Jarey akan perkenalkan susu yg sesuai untuk kucing..

  52. kay Says:

    maslh sye cam ateh gak….. ibu kcing x jge langsung!!!
    tingglkan aje…
    sye plk xpndai jge kcing..
    xtau nk bri mkn pe…
    bleh bgi ank kcing susu tpung x….???
    die mkn ape ye ??? bru ari nie lahir…..

    minte nsihat scepatnye…..harap maklum.

  53. kay Says:

    kite ade kt besut,trg…knl xtmpat nie kak…..
    ade x tmpat jual susu kcing kt sni???

  54. emy Says:

    smekom…saya nih mak baru blaja kot…dlm dok tunggu anak sndiri kelua ujong taon nih..tetiba jer saya dpt anak angkat instant…2 eko..ari sabtu lepas kot dia lahir sbb tetiba jer denga dia mengiau2 kat dlm bilik anak sulong saya…

    problem saya skarang…mak si iyau(saya tak plan nak jaga..that’s why tak letak sbrang nama untok diorang bedua nih) dah takde…kitorang nih jenuh lah tunggu mak dia dtg amek anak2 iyau ni balik..tp mcm tak ada jer nampak gayanya..

    nk jadikan kesah…petang ahad tu prasaan kesian saya pada anak iyau nih dh membuak2…dek kerana kedungu-ngan otak saya nih..saya bg susu anak saya (enfagrow) kat 2-2 eko nih…itu pon main pakai syringe jer..alih2 isnin petang balik keje..arwah dah seko…tinggal lah lagik seko…jadik saya ni punyer la serba salah dgn anak iyau seko nih…

    kalu org buang anak kat tong sampah…kalu saya terjumpa..reti lah saya menjaganya..tp ini anak iyau..adusss…dah ler takde pengalaman..minat tu tak brapa2 sgt..(tp kalu nmpak yg comey tu mmg rasa nak geget2 jer)..tp skarang..as a mum..saya kesiannnnnnnnn sgt…ker sebab pembawakkan saya nih??? saya pon dah musykil…

    jerey…aja saya caner nak jaga anak iyau yg betol…dpt dia besa siket pon jadik lah…pastu saya tanya lah mana2 org nk adopt dia…saya mmg tak mampu nk jaga dia…kat umah takde org..lagik pulak saya ni pregnen anak kedua..ujong taon ni besallin…tak daya kot saya face anak iyau ni..

  55. mohd asneh Says:

    u pegi ja mana2 petshop cari puting n susu binatang, Jenama plg baik MILKADOG tapi kalu takda ANIMAC pun ok….apa pun all the best

  56. emy Says:

    emm..thanks asneh..sy dh pegi petshop..nama kedai tu petsave..dah ler belek2 takdok pulak susu jenama yg kau ckp tu..sy pon main taram jer beli brand haper ntah..botol susu pon sy beli gak..tp mcm tak reti jer si comei seko nih nk hisap botol tu..dpt plak mak angkat yg tak bertauliah…emm..tonyoh punyer tonyoh tak mau2 jugak..ker nak biar dia isap sndiri??

    lg satu..susu kucing tu kalu dah dibancuh brapa lama bleh tahan? basi jugak lah kan kalu lelama?? td sy bancuh time nk g office..pukol 8.30 gitu..agak2 brapa lama bleh tahan?

  57. mohd asneh Says:

    emy,
    sorry lmbt jwb…saya g konvensyen jumaat smpi sabtu….jgn bancuh byk2 la…buat utk sekali pakai cukup la…nanti buat lagi…bubuh air suam sikit jgn terlalu panas n jgn pula sejuk….apa pun all the best

  58. iz_^ Says:

    sy ader ank kucing,ibu dier mati kene langgar..
    s0 cmner sy nk bg ank dier mkn sementara bli susu kucing sbb kt kedai b’hmpiran xder jual…
    bLeh bg susu aper??help me…urgent!! T_T

  59. mohd asneh Says:

    kalau dah sebulan bagi saja dia frieskies kitten ada khasiat susu ibu tu….kalau tak smpi 1 bulan mau minum susu khas juga la…cari dekat pet shop…brand MILKADOG atau ANIMAC beli putingnya sekali…alll the best

  60. qt Says:

    Ai, sy ada masalah laa.. Lain pd yg lain. kucing sy bru jer melahirkan ank. tp ank2 dia sume mati… 😦 So, skrg ibu kucing tu bengkak susu… apakah rawatan yg terbaik ya..? any advise?

  61. mohd asneh Says:

    biarkan saja…akan sembuh sendiri tu…kalau u ada masa tuamkan dgn tuala yang di basahkan dgn air suam…bengkak susu tu bukannya satu masalah yang berbahaya

  62. ekey Says:

    kucing sy baru beranak 1 hari tp ibunya wat bod0 je kat anak tu…
    camne nk bg susu kat anak kucing tu sedangkan mata n mulutnya tidak terbuka lg…..
    plss..sy perlu jwpn segera..kecian tgk kitten tu..cam x ckup bulan jee

  63. mohd asneh Says:

    ekey,
    u pegi mana2 petshop beli la susu khas utk kucing biasa brand yg plg baik MILKADOG atau ANIMAC. puting susu utk kucing pun biasanya ada dijual…u kena rajin la susukan…atau mgkn juga anak tu mg tdk sihat…tht y ibu dia takna bela…apa pun cuba la yg terbaik u rasa

  64. nana Says:

    Hi, nak tanya..anak kucing saya baru berusia seminggu.
    Nak tanya..bila mata dia boleh buka dan baru2 ni dia saya rasa tercekik batu.. nak buat mcm mana yer.. saya buntu..

  65. mieow Says:

    hi semua,
    kalu di kk di mana petshop nya aa.. sepa2 yg ada anak kucing yg mau di jual ka? jangan telampau mahal la.. umur anak kucing 1 bulan la lebih kurang sya mau..kesian ba kucing sya tiada kawan, yg kucing2 lain yg besar2 jahat btul..

  66. mohd asneh Says:

    nana,
    kitten biasa buka mata umur 2 minggu, sebulan dia belajar makan sdh tu.

    miew,
    byk petshop d kk, pincle di damai selepas smc, paragon petshop di simpang 4 bukit padang, petshop samc di klinik dr rasit, bundusan petshop di sebelah cimb baru bundusan…sebelah restoran wan-wan antara yg besar la byk lagi tu yang kecik2

  67. yousoff85 Says:

    hii…mnta bntuann…..sy ada dpat kucing hutan,tapi sy xtau nk bg makan ape lh…cntk sngat kcing hutan 2….tkg syyyy…..

  68. yousoff85 Says:

    jareyyy…tlg sy

  69. mohd asneh Says:

    bagi dia makan daging…samada daging ayam atau daging lembu

  70. yousoff85 Says:

    thanks asneh..

  71. yousoff85 Says:

    selain pd daging,ape lg yg dia mkn???

  72. mohd asneh Says:

    kucing cuma makan daging saja…

  73. yousoff85 Says:

    tkot nt dia jd mkin gnas,kalau kite ajar mkn dging

  74. mohd asneh Says:

    keganasan bukan dari pemakanan ….

  75. yousoff85 Says:

    asneh..kcing sy jadi murung lah lpas sy bg mkan dging ayam..knp??

  76. mohd asneh Says:

    mcm u tau dia murung, mungkin dia tidak sihat tu…takan makanan buat dia murung…

  77. yousoff85 Says:

    kucing sy dh sihat…thanks

  78. caty Says:

    i rasa kucing u bukan murung…dia dah kenyang tu..hehehe..jk..

  79. sue Says:

    saya ada bela ank kucing umr baru sbulan…dia kuat mkn n aktf
    jglah tp mslhnya mata kucing tu sllu berair dan kotor..sy sllu brshkan tp pas tu jd lg..tolong sy…

  80. mohd asneh Says:

    sue,
    cari ubat mata nama dia Colicusi gentadexa (eye n ear drop)di mana2 farmasi..berkesan utk mata naka kucing yg berair…sekali bubuh saja ok dah tu

  81. iefa Says:

    salam..
    btul ke susu kucing yg bngkak 2 x mnybabkn kematian kepda kcng trsbut? Sya rsau kcng sya yg nma lily akn mati d sbbkn susunya bngkak krna anak2 lily tlah d ambil org.. Help me.. 😥

  82. mohd asneh Says:

    iefa,
    tidak la jrg akan menyebabkan kematian…nanti dia kana pulih sendiri tu…tapi ada juga kdg kucing di serang kanser…itu biasanya akna mati la…lap n tuam aje dgn air panas atau u carikan dia anak angkat

  83. iefa Says:

    ooo.. Tq Asneh.. U dh redakn kerisauan sya.. Klu crikn lily ni anak angkat dia mau ka bg susu? Kn bau anak kcng 2 x sma ngn bau anak lily..

  84. mohd asneh Says:

    mcm kucing saya kalau anak tu tdk jauh sgt beza usianya dia mau juga susukan tu kurungkan saja bersama…lagipun bila susu dia bengkak sakit juga tu…biasanya dia kan susukan try la dulu

  85. fadzildaud Says:

    saya amat senang sekali dengan nasehat awak tentang ….kucing tq….

  86. parsi Says:

    kucing saya megeluarkan cecair berbau hanyir di dubur….apakah penyakit yang dialimi nya……????

  87. rina Says:

    Saya ada big problem…last 2 weeks my black terpaksa dibedah coz bby tak kuar…selama ni tak perna happen kat dia..kira ini kali ke 8 dia bersalin..bila dibedah cek2 bby dah kuar dari rahim tp tak keluar ke dunia..bayangkan betapa peritnya kesakitan dia..semua ada 4 ekor dan semua mati cos lemas..bby tu duduk kat merata abdomen perut dia..uterus black koyak..skg dah hampir 2 minggu dia tak lalu nak makan..terpksa force dia mkn biarpun sikit..masalahnya sekarang dah 4x antar kat vet..tp stil no progress..skg msalah baru salah satu susu dia bengkak sebelah kanan hingga mengakibatkan dia tempang..tak larat nak jln..ada sesiapa tau mcmana nak kempiskan bengkak susu kucing ni selain dituam dgn air suam..dah lah anak dia mati, rahim dibuang….huhu..dah kering air mata pikirkan kesudahnnya

  88. aman Says:

    hello jarey..nak tnya, kenapa mak kucing tu mkn anak dia sndiri..kami satu famili pun tgh pening kepala memikirkannya..at last, sya asingkan anak kucing sya dgn maknya…problem is, anak kucing x mau minum susu yg kmi beli dan asyik mengiau ja tiap2 mlm..nak ltak kt mak dia takut dimakan pulak…mcm mana r?

  89. aman Says:

    hello jarey..nak tnya, kenapa mak kucing tu mkn anak dia sndiri..kami satu famili pun tgh pening kepala memikirkannya..at last, sya asingkan anak kucing sya dgn maknya…problem is, anak kucing x mau minum susu yg kmi beli dan asyik mengiau ja tiap2 mlm..nak ltak kt mak dia takut dimakan pulak…mcm mana r?

  90. nica Says:

    saya nak tanya, kucing saya terlekat tulang maybe, sbb kucing saya x boleh makan, dan air liur meleleh dan bila saya buka mulut kucing tu tak nampak apa2 tapi memang nampak macam kucing tu sakit mulut, and x nak makan langsung, apa patut saya buat?? sedih, tengok mulut kucing dah biru. 😦

  91. Irin Says:

    saya nak tanya..klu kucing kurang selera makan?nak wat ape ek..

  92. fidzuliq Says:

    saya nak tanya kitten saya tu dah tak ada mak,tak tau mak dia kat maner masaalahnyer..anak mata dia tu terlalu banyak boleh di katakan kerap jugalah saya kena cuci mata dia…saya cuma nak tahu pendapat apa yang perlu saya lakukan,dan satu lagi ,,berapa usia kitten bpleh makan ye..

  93. elena ena 01 Says:

    hyee…sye elena…sye ade kucing namenye Chieky..die bru beranak..dpt 6 ekor..dah dua minggu dah…boleh tak klu nk pisah kan die dari susu ibu die…name ank2 die tuh…lulu…rubben…bobo…biengky…shedy…shallow…

  94. elena ena 01 Says:

    klu boleh kakak jareyj jawab lh yeww..

  95. ryan Says:

    hi jareyj, nape lame dah xde update?

  96. lydiawati abd hamid Says:

    hai sy br jumpa sekor ank kucing yg ditinggalkan oleh ibunya,sy ambil bela,coz nk biasakan pd ank sy,dia takut sgt pd kucing, kebetulan jmpa,bela jer la,sy bg kucing tue susu biasa jer.bl dh bc kt blog nie br nk p bli susu khas anak kucing.nasib baik kucing sy still ok,risau gak coz masih baby.mata pun blum buka.

  97. rehan Says:

    selamat malam, kucing saya baru ja melahirkan anak tetapi dengan cara operation dn hari kedua bari ibu kucing dapat menjaga anak nya jadi anak kucing terpaksa saya susu kan dengan menggunakan botol susu tetapi pada hari kedua anak kucing tetiba seperti sakit misteri iaitu meraung menangis dn badan menjadi kejang sekejap2 kemudian mulut mengeluarkn sedikit air dan sentiasa mengeluarkan kecing gan dalam 24 jam anak kucing pun akan mati secara perlahan dan penuh kesakitan…tolong lah doktor akan masalah saya ini…kerana akan ada kucing saya lagi yang akan bersalin jadi saya sudah fobia dn takut sekali doktr…saya sedih tidak terhingga…

  98. farahfarrisya Says:

    salam , saya ingin bertanyakan masalah kucing kepada anda boleh ya ?
    saya ada terjumpa seekor anak kucing yang tiada ibunya , saya mencuba cari ibunya tapi tiada . tetapi kucing itu belum lagi buka matanyaa . . jadi saya risau tentang kesihatannya . saya ada baca tips tips penjagaan haiwan tetapi bermacam cara saya dapat , ada yang bertentangan . saya risau . . saya memberi kucing itu catmilk , dia minum . tapi dalam kuantiti yang sedikit . sudah 2 hari saya bela , dia asyik bising , seperti menangis . saya takut . ada masalah , dia kerap begitu . bila saya bagi susu dia senyap , then dia tidur , bila bangun dia akan nangis balik . macamana ehh ? lagi satu anak kucing ini yang belum buka mata ? tidak berak ke ? dia hanya kencing sahaja . saya cuba try usap kain basah dekat alat sulit , tetapi dia hanya kencing tidak berak . boleh bagi penjelasan ? saya takut kerana ini pasal nyawa ? tolong

  99. web tools Says:

    Hi, this weekend is pleasant in favor of me,
    because this time i am reading this great informative piece of writing here at my house.

  100. Nurul Azhlinda Sari Says:

    Assalmulaikum bagaimana kalau kucing pernah ga sengaja di tinjak dan sejak tuh dia nda mau makan dan sekrg dia kurus dan Suka kejang2 dan sering mengeluarkan air liur yg banyak terimakasih

  101. Dayang Isah binti Abang Indi Says:

    hai semua. saya ada sekor kucing yg sgt cute. Umurnya 2 tahun. ibunya Garfield, bapanya Persian dr rusia. wana kulitnya ada 4 warna ie oren, putih, hitam dan kelabu. Sekarang tengah pregnant 53 hari. Mayb dlm 10 days lagi, beranak la. So xcited. Sy nak beri nama cooper, donat, Br terfikir 2 nama.1st time baca pasal cat kat blok ni, best sgt sbb rasa happy bila baca kesah cat2 member yg lain.

  102. This story is so interesting. I really enjoyed reading it!

    I think this place will become my most talked about site!

  103. Carolyn Says:

    I think you should check your webpage from safari,
    it’s got an incredibly odd layout on my end. I changed to IE and it’s coming up fine.
    … On the other browser, it’s sort of deformed and the text is tiny, tiny, tiny. Just thought you ought to know. Fantastic article!

  104. I am really delighted to glance at this blog posts
    which consists of tons of helpful information, thanks for providing these
    kinds of information.

  105. Assalam…….sy ader sepsang kucing nama GARFIELD jantan, MYLO betina.baru dpt anak 5 ekor sihat2 shj, pd 8 May 2013,masalah nyer knp ibu kucing ni kurus…….aper kh ibu kucing trsebut perlukn susu tambahan dn dr jenama apa yg mesti sy beli….diantara 5 ekor kitten trsebut slh saekor nyer kecik dr yg lain2……….apekh diperlukn susu tambahan jgk…..kapt Tarzizi

  106. Kapt Tarzizi Says:

    Blh x Jarey dn kwn2 catlover bg tau maklumat trkini mengenai susu tambahan kpd kucing sy itu

  107. hantu yatun Says:

    Nie blog babi apa nie? Xde blog elok sket kew?

  108. anisah Says:

    Jarey…semalam saya terjumpa seekor anak kucing hutan yg ditinggalkan ibu ditepi hutan..usia dalam 1-2 minggu kot..nak bagi makan & minum apa?cari ibu kucing yg baru beranak takde pulak..saya risau dia mati kelaparan..macamane nak buat ni Jarey

  109. Assalamualaikum.Kucing sy bru je beranak 4 ekor pagi tadi n setiap kali dia bernk,dia sllu abaikan..n yg hdup hnya seekor.ank kucing sy berusia kurng satu hari..jadi,apa perlu sy buat?dia slalu merengek n bisg,ble sy bgi susu tepung dia xnk..sy buntu..mohn ptolgn kwn2

  110. Nuyu Says:

    Hye..suami sy jumpa ank kucing tok kali k2..sblm ni jmp ank kucing huatan..bby lg..lpas 3hr dy mati..sy jmp dy tepi jln dlm hjn lebt..tp umr dy xpnjg..sy jaga 3 hr dy mati..yg k2 ni anak kucing hutan kacukan..besar ckit dpdyg first..sy bg susu milk powder premium..mula2 ok..lpastu ptg smlm kucing xbunyi suara..diam je..upany dia cirit birit..bila mlm pula dy berak kuar darah..sy btol2 xthu nk bt pe..sy xnk ank kucing magi lg..skrg mcm mn sy nk bt..mkn pon xnk minum pon xnk..da sape2 boleh tolong..


Tinggalkan komen