Jarey Cat Lovers

Jarey’s Cat On The Blog

Susu Penting Untuk Kesihatan Kucing Februari 19, 2008

Filed under: Kesihatan Kucing — jareyj @ 9:00 pm
susuibukucing.jpg

Anak kucing yang baru dilahirkan masih terlalu lemah untuk melawan sebarang penyakit. Oleh itu, anak kucing anda perlu mempunyai antibodi di dalam badan. Namun antibodi anak kucing selalunya diperolehi dari induknya sendiri iaitu melalui air susu ibunya. Kolostrum adalah cecair pra susu yang dihasilkan dari puting susu induk setelah melahirkan anak dalam masa 48 jam pertama. Air susu ini berwarna keputihan serta kental dan ia mengandungi protein antibodi, vitamin dan beberapa nutrisi seperti immunoglobin, lactoferrin, lactalbumin, glycoprotein, cytokine dan lain-lain yang berkesan untuk melawan virus seperti bakteria, kulat, alergi dan toksin.

Kolostrum mengandungi khasiat yang lebih tinggi daripada susu dan ia sebenarnya membekalkan faktor imun untuk menyokong kehidupan dan faktor pertumbuhan bagi menjamin kesihatan dan daya hidup kepada anak kucing anda yang baru lahir.

Antibodi ialah proten yang berbentuk molekul besar yang akan berpecah menjadi kecil di dalam sistem pencernaan. Hanya setelah 24 jam tempoh air susu yang keluar kebiasaannya tidak akan mengandungi kolostrum lagi. Oleh itu anak kucing yang baru di lahirkan harus diberikan susu segera supaya mendapat antibodi yang masih mengandungi kolostrum. Kemudian, barulah kita boleh memberikan vaksin untuk menggantikan antibodi melalui susu induknya. Untuk pengetahuan anda, tidak semua antibodi yang terdapat dalam kolostrum akan memberi kebaikan kepada anak kucing anda. Jika anak kucing yang mempunyai perbezaan jenis darah dengan induknya kolostrum ini boleh mengancam nyawa anak kucing.

susuibukucing2.jpg

Tempoh kekebalan antibodi dari kolostrum sebenarnya adalah bergantung kepada jumlah antibodi yang terdapat pada induk kucing. Oleh itu jika jumlah antibodi yang terdapat pada induk kucing adalah kurang, maka potensi kekebalan anak kucing juga adalah rendah. Antibodi dalam kolostrum juga dikenali sebagai antibodi maternal. Antibodi maternal yang terdapat pada darah anak kucing akan berkurangan sedikit demi sedikit, dalam tempoh minggu ke 6 – 8. Oleh itu anak kucing sebaik-baiknya diberikan vaksin pada umur 9 minggu, agar anak kucing mempunyai kekebalan antibodi yang cukup untuk melawan sebarang penyakit dan seterusnya barulah anak kucing anda diberikan vaksin mengikut jadual.

 

Suntikan Vaksin Anak Kucing Januari 9, 2008

Filed under: Kesihatan Kucing — jareyj @ 9:46 pm

Suntikan Vaksin pada kucing adalah penting terutama kucing yang berumur 8 – 9 minggu. Ini dapat mencegah anak kucing anda dari pelbagai jangkitan kuman yang selalu menyerang anak kucing di usia yang begitu muda.

dscn0540.jpg

Dapatkan suntikan vaksin untuk kucing anda di pusat-pusat kesihatan haiwan yang bertauliah sahaja, untuk mengelakkan sebarang kesulitan kelak.

dscn0541.jpg

setelah mendaftar kucing anda haruslah ditimbang beratnya terlebih dahulu..

dscn0549.jpg

Di Sabah Medical Centre, Dr. Rashid adalah salah seorang doktor yang bertugas pada hari itu diantara 3/4 orang doktor kesemuanya.

dscn0555.jpg

Setelah pemeriksaan umum dijalankan oleh doktor, kucing anda akan diberikan ubat cacing.

dscn0558.jpg

Suntikan vaksin pada kucing biasanya tidak memakan masa begitu lama. Kos yang perlu anda laburkan untuk sekali suntikan vaksin adalah lebih kurang RM20-RM30, bergantung kepada gred pusat kesihatan haiwan tersebut. Apalah sangat dengan harga RM20-RM30 untuk anak kucing anda yang sihat berlari-lari bermain bersama anda jika dibandingkan dengan anak kucing yang merana kesakitan lalu mati pada usia 4-5 bulan seterusnya.

 

Apa Itu Vaksin Pada Kucing? September 11, 2007

Filed under: Kesihatan Kucing — jareyj @ 12:00 am

Pernah dengar VAKSIN? Ok! begini.. vaksin adalah sejenis virus yang dilemahkan untuk membantu memberikan antibodi kucing supaya mendapat memberi perlindungan daripada penyakit. Tapi tidak semestinya setelah mendapat suntikan vaksin kucing tersebut bebas daripada penyakit. Namun, penyakit yang menyerang biasanya tidak akan menyebabkan kematian.

an-159-feline-aids.jpg

Biasanya kucing yang berumur 8 – 9 minggu boleh mendapat suntikan vaksin. Ini kerana antibodi yang di terima melalui susu induknya tidak lagi kuat. Tetapi tidak semua anak kucing yang sudah mencapai umur yang sepatutnya mendapat vaksin boleh di berikan suntikan vaksin, ini kerana badan mereka tidak semua 100% normal dan kuat.

Jadual vaksinasi kucing :
Umur 8-9 minggu

  • Pemeriksaan umum
  • Vaksinasi TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)
  • Pemberian ubat cacing

Umur 12-14 minggu

  • Pemeriksaan umum
  • Vaksinasi ulangan RICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)

Umur 20 minggu

  • Pemeriksaan umum
  • Vaksinasi Rabies

Selepas itu bolehlah anda membawa kucing peliharaan anda setahun sekali untuk mendapat rawatan dan suntikan vaksin. Vaksin perlu di ulang kerana daya tahan atau antibodi kucing tidak selama-lamanya kuat. Oleh kerana itu kucing akan mudah di jangkitioleh pelbagai jenis penyakit.

Bagi seekor kucing yang tidak pernah mendapat rawatan atau suntikan Vaksin, kucing tersebut bolehlah membuat pemeriksaan umum dan mendapat suntikan Vaksinasi TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia) dan Vaksinasi Rabies.

Penyakit-Penyakit Yang Selalu menyerang kucing adalah :

  • Feline Panleucopenia(Distemper kucing)
  • Rhinotracheitis dan Calicivirus
  • Chlamydia
  • Feline Leukemia
  • Rabies.

Semua penyakit ini boleh menyebabkan kematian pada kucing.