Jarey Cat Lovers

Jarey’s Cat On The Blog

Selamat Raya Semua… September 20, 2009

Filed under: Pengumuman — jareyj @ 12:00 am
Tags: , , , , , , ,

SelamatHariRaya_Greetings2009_by_eshark

Bermain mercun dan bunga api,
Makan lemang ketupat takbir bergema,
Selamat raya ku ucapkan semua di aidilfitri,
Ku pohon maaf buat semua pembaca setia..

 

Meow! Belai Si Comel Bersama FRISKIES Februari 16, 2009

meow-belai-si-comel-bersama-friskies

Bermula 21 Mac 2009, kita akan dapat menonton rancangan terbaru terbitan TV3.. rancangan program realiti kucing terbaru yang pertama di Malaysia. Rancangan ini boleh dikatakan sangat ditunggu-tunggu oleh semua peminat-peminat kucing, termasuklah Jarey sekali..heh! heh! Menawarkan hadiah utama sehingga RM10,000 (Waaah! buleh beli maine coon dah nih!) dan hadiah saguhati RM500 serta barangan kucing produk FRISKIES®.

Tujuan utama program realiti ini diadakan adalah untuk memberi tumpuan kepada kucing dan peserta perlu menunjukan kasih sayang dan kemahiran memelihara kucing kesayangan mereka. Uji bakat telah pun dijalankan di Giant Stadium Shah Alam dan Kota Damansara pada 7 – 8 dan 14 – 15 Februari yg lalu. Sama-samalah kita tunggu episod pertama rancangan Meow! Belai Si Comel Bersama FRISKIES pada 21 Mac nanti, jangan lupa ya bermula 12.30pm di TV3..

 

Pengumuman – Sapa Nak Jaga Kiera? Disember 31, 2008

Hi semua!! bagaimana cuti-cuti geng2 semua?? diharap semuanya ok. maaf ye lama tak online, now I’m back from cuti-cuti. cuti2 Malaysia..he..he..he..

Hari ni Jarey nak buat pengumuman kepada semua pembaca blog serta peminat-peminat kucing diluar sana yang saya ingin mencari penjaga baru untuk si ‘Kiera’ dari jagaan saya sekarang.. Yup! siapa lagi kalau bukan si ‘Kiera’ yang menang 4th place dalam Borneo International Cat Show 2008 yang lalu.. Haa! Kepada sepa-sepa yang berminat bolehlah menghubungi 012-8289704 untuk mendapatkan maklumat lanjut. ceh wahhh….

Nama : Kiera
Baka :
DLH
Umur :
10 bulan
Jantina :
Betina

Hanya pembeli yang layak serta betul-betul berminat saja akan dipertimbangkan!