Jarey Cat Lovers

Jarey’s Cat On The Blog

Cat Of The Week – 19 Oktober 12, 2010

Nama: TOBY
Baka: Persian
Umur: 9 Bulan
Makanan: Vetmaster + Super Solvitax Pure Cod oil
Kegemaran: Suka tidur,makan,mengejar lipas dan bukanya tikus..

Galeri Jarey’s Cat of The Week hari ni adalah kiriman dari Bryan Arthur bersama dengan seekor kucing ( jantan/betina tidak dinyatakan) yang boleh dikatakan agak sihat walafiat dari baka Persian. Bulu buleh tahan gebu, color highlight golden brown yang menawan, lebih kurang sama dengan  jarey punya Wulan.

Tahniah buat Bryan Arthur!! kepada yg belum menghantar gambar kucing kesayangan.. teruskan mengirim, mana tau anda berjaya.. tapi ingat gambar perlulah TERANG, JELAS dan SIZE sederhana besar, menghantar gambar yang bersaiz kecik, tidak jelas memungkinkan permohonan anda ditolak.. harap maaf ye, sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.. hehe!

OK, memandangkan pengirim kita kali ni tidak menyatakan jantina si TOBY, mari kita sama-sama bermain teka teki apakah jantina si TOBY nih.. err biar Jarey mulakan dulu, Jarey rasa TOBY nih JANTAN lah..

 

Cat Of The Week – 18 Jun 8, 2010

Nama: Mr. Kinky
Baka: American Bengal’s
Umur: 9 Bulan
Jantina: Jantan
Makanan: Cat’s Eye
Kegemaran: Suka main kejar-kejar

Galeri Jarey’s Cat of The Week hari ni adalah kiriman dari seorang yg bergelar ‘Kasih Cinta’ bersama dengan seekor kucing jantan yang boleh dikatakan jarang kita jumpa di Malaysia dari baka American Bengal. Bulu lebih kurang sama dengan harimau bintang yg di Afrika tuh, jarey suka pattern bulu Mr. Kinky..

Tahniah buat ‘Kasih Cinta’!! kepada yg belum menghantar gambar kucing kesayangan mereka, apa lagi yg kamurang tunggu, cuba try test email Jarey, mana tau anda berjaya.. tapi ingat gambar perlulah TERANG, JELAS dan size sederhana besar, menghantar gambar yang bersaiz kecik, tidak jelas memungkinkan permohonan anda ditolak.. harap maaf ye, cuba hantar lagi proper one.

 

Cat Of The Week – 17 April 8, 2010

Nama : Tuah
Baka : DLH (Domestic Long Hair)
Umur : 5 bulan
Jantina : Betina
Makanan : Iams/Royal Canin/Blackwood
Tabiat : Suka lepak dalam bilik/bawah sinki, bermain dengan kertas, gigit/kejar kaki, pendiam (susah sgt dgr dia mengiau…..)

Galeri Jarey’s Cat of The Week kali ini pula adalah kiriman dari Azlina bersama dengan kucing DLH kesayangannya bernama si Tuah.. punyala comel bulu, jarey suka part bulu putih yang kat bawah leher tuah. baru berumur 5 bulan, mcm hero pula Tuah ni.

Tahniah buat Azlina!! kepada yg belum menghantar gambar kusing kesayangan mereka, apa lagi yg kamurang tunggu, cuba try test email Jarey, mana tau anda berjaya..

 

Cat Of The Week – 16 April 1, 2010

Nama: Yoshirin

Umur: 10 bulan
Jantina: Betina
Makanan: Ikan rebus, Whiskas dan Frieskies
Kegemaran: suka berlari2 satu rumah, menangkap kaki tuannya, tidur di celah lengan tuannya dan menguyah rambut tuannya.


Tahniah buat Collin dari Tmn. Desa Kuala Lumpur kerana menghantar gambar kucing kesayangan anda, kepada yang belum dan ingin mencuba untuk masuk ke dalam galeri Jarey’s Cat of The Week, email lah sekarang. Kepada yang sudah menghantar gambar tetapi belum keluar entrynya, harap kalian tunggu ye, dan terima kasih kerana setia menunggu.

Harap maaf buat kawan2 dan geng2 sekalian sebab Jarey sudah lama tidak jenguk blog, keja Jarey kat luar kadang2 membataskan masa untuk mengupdate blog, walaubagaimanapun, Jarey akan cuba bahagi-bahagikan masa untuk korang semua ye.. bertambah meriah pula kamurang disini ni, bagus2 teruskan berkongsi-kongsi ilmu dan pengalaman kamu mengenai kucing.. 🙂

Sampai jumpa lagi semua di lain entry..

 

Bagaimana Mendaftar Kucing Anda ke Galeri ‘CAT OF THE WEEK’ November 24, 2009

Filed under: Cat of The Week — jareyj @ 12:40 pm
Tags: , , ,

Salam semua..

Apakabar geng2 Jarey Cat Lovers hari ini? semoga anda semua berada dlm keadaan happy dan sihat disamping kucing tersayangan..

Disini, Jarey ingin memberi sedikit penjelasan bagaimana anda boleh mendaftar kucing2 kesayangan kamurang untuk masuk ke dalam galeri ‘Cat Of The Week’, memandangkan jarey menerima banyak email bertanya tentang perkara ni, so.. disini Jarey akan terangkan langkah2 yg mudah..

Anda hanya perlu emailkan gambar kucing kesayangan anda dalam medium format ke jareyj80@gmail.com berserta butir2 mengenai kucing anda, sila rujuk gambarajah di bawah..

Beberapa perkara yang perlu anda pastikan ialah:
– Alamat email yg betul
– Gambar kucing yang jelas dan terang
– Butir-butir kucing yang lengkap
– Pastikan subject di email anda tertulis “CAT OF THE WEEK”

Sekiranya terdapat sebarang kekurangan mengenai perkara diatas, adalah susah untuk Jarey post kucing kesayangan anda untuk dipertimbangkan ke Galeri ‘Cat Of The Week’. Diharap penjelasan ini dapat membantu anda.. dan kerjasama anda semua amatlah dihargai. Sekian, terima kasih! (ceh! mcm tulis surat rasmi plak)

 

Cat Of The Week – 15 Oktober 27, 2009

JareyCatLovers_CatOfTheWeek_15_Pandora

Nama: Zaralicious (Zara)
Baka:  Purebred Persian
Umur: 11 Months old
Jantina: Betina
Makanan: Royal Canin RC Persian kibbles, Ayam Bakar, Frisian Can
Kegemaran: Suka menjilat hidung tuan dan membawa toys masuk ke dalam bakul serta tidur bersama-sama.

Salam semua.. Cat of the Week kita kali ini ialah seekor kucing yg berbulu lebat dari jenis baka Purebred Persian, sangat comel, warna bulu yang mengancam serta sihat tubuh badan. Ucapan tahniah buat tuan punya kucing, Johan Jaffniey.. dan selamat datang ke galeri JareyCatLovers’ Cat of The Week buat Zara.. 🙂

Kepada yg berminat untuk mencuba nasib untuk publish korang punya kucing kesayangan dlm galeri ‘Cat Of The Week’
email ke : jareyj80@gmail.com dan pastikan gambar jelas dan terang, berserta butir2 kucing anda yang lengkap..

 

Bulu Kucing Yang Mana Menjadi Pilihan Oktober 4, 2009

Adakah ada diantara anda ‘alah’ pada bulu kucing?? atau anda tidak mempunyai masalah langsung dengan bulu kucing.. actually bulu kucing bukanlah satu masalah, dengan rutin penjagaan yg betul, rapi dan teliti, seorang yg mempunyai ‘alah’ pada kucing pun tentunya geram melihat kucing2 anda yg comel.. oleh itu, kita tengok pool dibawa, jenis bulu kucing yg macamana lebih banyak kamurang jaga sekarang..

 

Selamat Raya Semua… September 20, 2009

Filed under: Pengumuman — jareyj @ 12:00 am
Tags: , , , , , , ,

SelamatHariRaya_Greetings2009_by_eshark

Bermain mercun dan bunga api,
Makan lemang ketupat takbir bergema,
Selamat raya ku ucapkan semua di aidilfitri,
Ku pohon maaf buat semua pembaca setia..

 

GROOMING Untuk Kucing Anda? September 4, 2009

CatGrooming_9241

Pernahkah anda terfikir kucing juga memerlukan ‘Grooming’ agar sentiasa kelihatan segar, cantik dan selesa. Melakukan Grooming mengikut jadual yang teratur sebenarnya adalah penting untuk kucing anda, Jarey lebih selesa melakukan grooming sendiri dirumah, ada jugak yg mungkin tidak pernah melakukan grooming langsung ke atas kucing mereka..

mari kita sama2 lihat yang manakah menjadi pilihan ramai untuk melakukan grooming, buatlah undian anda dibawah..

 

Cat Of The Week – 14 Ogos 20, 2009

catoftheweek14-John

Nama : John
Baka : DLH (Domestic Long Hair)
Umur : 3 bulan
Jantina : Jantan
Makanan : AIMS
Tabiat : Gigit jari tangan dan kaki tuannya.. Sangat active.
Kegemaran : tunggu luar bilik tuannya…

Cat of the Week kali ini ialah seekor kitten yg kiut lagi aktif, ucapan tahniah buat Ramlan Amir :). Memang John sangat kiut dan tidak sangka umur 3 bulan pun sangat aktif ye! Syabas!!

Jangan lupa, kepada yg berminat untuk mencuba nasib untuk publish korang punya kucing kesayangan dlm galeri ‘Cat Of The Week’
email ke : jareyj80@gmail.com dan pastikan gambar jelas dan terang, berserta butir2 kucing anda yang lengkap..